Bab 14
Malam itu aku mencari masa yang sesuai untuk bercakap dengan mama. Aku tak tahu bagaimana harus aku mulakan perbualan dengan mama. Ada banyak benda yang harus diberitahu dan ada banyak persoalan yang ingin aku tanyakan pada mama. Aku juga tak beritahu abang Razi tentang rancanganku untuk memberitahu mama tentang surat tawaran belajar yang aku terima. Abang Razi pernah memberitahu untuk sama sama memberitahu mama tentangnya tetapi aku rasa lebih baik aku sahaja. Aku juga inginkan kepastian daripada mama tentang perasaan mama terhadap hubungan kami, hubungan yang baru beberapa hari terjalin. Aku tak mahu mama hanya mengizinkan di mulut tapi bukan benar benar menerima di hati. Aku tahu benar mama kerana itu aku berkata begini.
Aku harus mengetahui perasaan dan pendapat mama kerana lusa abang Razi akan kembali semula ke Scotland. Apa apa pun perkara ini harus dislesaikan pada waktu yang terdekat ini. Ah abang Razi akan pulang. Memikirkan sahaja membuatkan aku berasa sedih. Aku hanya mengetahui tentang abang Razi akan pulang semula pada petang tadi semasa kami bermain badminton bersama. Kami bermain berempat termasuk Rafidah anak buah pakcik Juki. Dia yang bertanya pada abang Razi bila abang Razi akan pulang ke Scotland kembali. Abang Razi sempat memandangku sebelum menjawab pertanyaan Rafidah. Namun aku hanya tunduk tidak mahu memandangnya. Sebenarnya aku cuba mengelak dari bertanya soal itu. Bagiku biarlah aku tidak tahu. Aku tidak mahu mengira hari. Bagiku aku hanya mahu menikmati masa bersama tanpa perlu memikirkan bahawa satu hari hari nanti abang Razi akan pulang semula ke kehidupannya yang biasa. Aku tersenyum sendiri. Baru beberapa hari lepas aku tidak sabar untuk abang Razi pergi dari rumah ini. Tetapi kini aku bagaikan mahu dia di sini terus dan jangan pergi. Kalaulah boleh aku mahu begini selamanya.
'Ziha?' Panggil mama, terkejut agaknya melihat aku berdiri di muka pintu.
' Kenapa ni?' Tanya mama mungkin melihat wajahku. Aku cepat cepat tersenyum dan menggeleng.
' Tak ada apa, ma, nak cakap kejap boleh.' Mama hanya mengangguk dan mengalihkan baju yang dilipat ke tepi agar aku dapat duduk di situ. 'Ziha nak cakap apa dengan mama?' Kata mama lagi mungkin melihatku terus berdiam walau sudah melabuhkan punggung di hadapannya.
' Ma, Ziha nak bagitahu, haritu Ziha dapat surat tawaran sambung U.' Kataku.
Mama yang melipat baju terhenti seketika.' Alhamdulillah, Dapat apa? Dekat mana?' Tanya mama lagi.
' Ziha sambung je ye, tak payah risau pasal mama ke pasal Wana ke. Jangan risau pasal duit. Duit ada pandai pandailah mama cari nanti. Ziha tak perlu risaukan mama dengan Wana. Ziha fikir pasal masa depan Ziha je. Jangan risau pasal duit. Kita ade duit. Mungkin tak banyak tapi cukup.'' Kata mama menyambung kembali melipat baju. Aku rasa terharu di samping itu aku rasa bersalah juga kerana patutnya anak anak mama sudahpun menyenangkan mama.
' Mama tak perlu risau pasal Ziha sebab Ziha dapat biasiswa course pun Ziha dapat Architecture, memang Ziha nak. Cuma tu lah U Ziha dapat ni kat Edinburgh, Scotland' Kataku seraya membuatkan tangan mama berhenti. Mama tidak memandangku.
' Oh ye ke?' Balas mama.
Aku tertanya kenapa mama berkata begitu. Aku memandang tanganku lalu berkata' Kalau mama nak Ziha sambung dalam negara je, Ziha tak kisah. Ziha boleh je tolak tawaran ni. Ziha boleh apply UiTM takpun U lain pun ada, '
' Ziha.' Kata mama perlahan memotong percakapanku, tanganku mama pegang lembut. Aku memandang mama
' Pergilah, dah dapat tu Alhamdulillah. Lagi sekali mama ingatkan jangan risau pasal mama, pasal Wana. Jangan korbankan impian Ziha sebab mama. Mama ok. Bagus jugak Ziha dapat Scotland dekat dengan Razi. Apa apa Razi ada dekat.' Kata mama., tangan mama masih mengusap lembut tanganku.
Aku terdiam, aku rasa mahu menangis mendengar mama berkata begitu. Pada masa yang sama aku nekad, bila aku dah berjaya akan aku senangkan mama. Kemudian aku tunduk semula,

YOU ARE READING
9 hari
ChickLitPernah dengar tak bila orang tua-tua kata 'jangan benci sangat nanti esok suka baru tahu'. Itulah yang terjadi, bertahun lamanya membenci akhirnya trasnformasi hanya mengambil masa sembilan hari.