Bab 5

1.3K 32 4
                                    

Lama sungguh aku rasa tak 'chatting' dengan rakan-rakan seperjuanganku (sebenarnya baru dua hari). Semalam pun sempat 'chat' dengan Fairuz sahaja, itupun kami sibuk bercakap tentang 'report' praktikal yang baru sahaja di hantar pada Profesor semalam menggunakan e-mail. Aku menghidupkan komputer riba di hadapanku.Tiba-tiba mata ini menangkap satu objek baru di hadapanku tersusun cantik bersama koleksiku yang lain. Cantik sungguh, rasanya aku baru sahaja melihat objek ini di Jusco semalam. Memang teringin nak beli tetapi harganya agak mahal kerana ianya barangan 'limited edition'. Macam mana benda ini boleh berada di sini?

Ketika itu juga Wana melangkah masuk ke bilikku yang sememangnya tidak berkunci. Belum sempat dia bersuara aku bertanya kepadanya terlebih dahulu 

" Wana, semalam Wana kata terlupa nak beli sesuatu tu, Wana beli ni ke?" Tanyaku menunjukkan 'headphone' Sony warna keemasan kepada Wana. Keningnya berkerut lalu dia menjawab pertanyaanku 

"Taklah, kenapa kak Ha tanya? Entah-entah kak Ha memang dah ada. Tengoklah koleksi headphone kak Ha tu, punyalah banyak sampai Kak Ha tak perasan pun ada yang baru ni." Kali ini dahiku pula yang berkerut 

" Taklah, kak Ha baru je tengok 'headphone' ni kat Jusco semalam. Memang nak beli tapi harga dia mahal. Takkanlah kak Ha tak ingat beli benda mahal macam ni. Dah tu ni 'limited Edition' tahu." Kataku merenung kotak berisi 'headphone' itu.

"Kalau Kak Ha beli, takkan kak Ha nak letak reben pulak kat kotak ni." Tambahku lagi. Wana mengambil kotak itu dariku. Kali ini dia pula meneliti kotak itu. 

"Betul jugak tu, emm mama kot yang belikan." Teka Wana lagi. Lagilah tidak masuk akal 

"Takkanlah. Mamakan marah Kak Ha kumpul 'headphone' banyak-banyak." Jawabku lagi. Kali ini kami sama-sama diam cuba memikirkan misteri dari mana datangnya kotak itu. Wana lalu bangun ke pintu tapi sebelum itu dia sempat berkata sesuatu yang hati kecilku juga berkata-kata

 " Kalau semua pun bukan, mungkin abang Razilah tu." Lalu dia keluar membiarkan aku terpinga keseorangan tetapi belum pun beberapa saat, Wana masuk kembali 

" Oh lupa nak cakap, abang Razi ajak tengok wayang, nak tak?" kemudian dia keluar kembali sepantas dia masuk ke bilikku.

****

Kalau ikutkan dari sudut pandangan aku, ini bukannya permintaan, tetapi lebih kepada perintah. Aku tidak sempat bersuara pun samada aku mahu atau tak mahu menonton wayang. Belum sempat aku memberitahu jawapan, ku lihat Wana dan abang Razi sudah pun bersiap. Aku sendiri pelik, mereka ni tak berasa penatkah, sudahlah pagi tadi kami berlari satu kampung, belum pun sempat aku berehat sudah di ajak pula pergi menonton wayang. 

"Cepatlah siap kak Ha" Kata Wana menjengukku dari biliknya. Dia sudah pun siap ketika itu. Pelik betul, biasanya primadona nan seorang ni bukan main lambat bersiap. Dengan langkah yang berat aku masuk kembali ke bilikku dan menutup pintu. Kali ini kami ke Alamanda Putrajaya, memandangkan perjalanan ke sana hanya setengah jam berbanding dengan ke Jusco Bukit Tinggi yang memakan masa sejam.

Aku memakai 'headphone' baruku, cuba untuk mengumpan reaksi abang Razi. Namun dia hanya bersikap bersahaja dan tidak memberi komen apa-apa pun mengenai 'headphone' yang kupakai. Ini benar-benar membuatku rasa keliru. Sepanjang perjalanan aku hanya mendengar lagu di headphone dan membuat tidak peduli dengan perbualan antara Wana dan Abang Razi. Sungguhpun begitu tiada reaksi yang dapatku baca dari wajah abang Razi dan yang menjengkelkan lagi, ku lihat makin rancak dia dan Wana bercerita. Aku sendiri tidak tahu apakah topik yang sangat hangat di bicarakan sehinggakan tidak mengendahkan aku yang duduk disebelahnya tetapi aku enggan menutup laguku dan mendengar perbualan mereka. Keegoanku yang mengekangnya.

Sebaik sahaja aku dan Wana keluar dari kereta, Wana terus menelefon kawannya dan memberitahu di mana dia berada. Aku memandang Wana tajam, abang Razi pula ketika itu baru sahaja keluar dari kereta. Wana yang tidak mengendahkan aku terus memandang abang Razi dan berkata

9 hariWhere stories live. Discover now