Bab 10

1.1K 41 10
                                    

"Ehem, kak Ha, abang Razi" Kejut Nash menggoncang bahuku. Perlahan-lahan mata ini ku buka. Aku terasa bagai kepala ini berat benar. Baru kusedari aku terlentok tidur dibahu abang Razi manakala kepalanya terlentok di kepalaku. Ok ini sangat menjanggalkan lebih-lebih lagi dikejutkan oleh Nash begini. Abang Razi yang akhirnya tersedar segera membetulkan kedudukan.

"Eh awalnya bangun." Kata Wana yang muncul dari belakang Nash.

'Dia orang tak tidur lagi la Kak Wana." Kata Nash memandang aku dan abang Razi sambil tersengih. Abang Razi lalu bangun menuju ke biliknya. Wana memandang aku berasa curiga lalu bertanya

"Kak Ha dengan abang Razi buat ape hah?" Nash sudah tergelak mendengar pertanyaan Wana itu namun aku hanya membuat tak endah sahaja ke arah mereka lalu masuk ke bilikku dan bersedia untuk mandi. Sebaik sahaja aku menutup pintu dan terlihat sahaja mukaku di cermin, aku perasan di pipiku ade kesan, mungkin kerana tertidur di bahu abang Razi tadi. Macam mana aku boleh tertidur di sofa dah tu di bahu abang Razi pula tu. Malunya ya Allah. Nash pula yang megejutkan lagilah membara terasa panas di pipi ini. Janganlah Wana fikir yang bukan-bukan. Jangan budak dua orang ni membuat laporan pada mama sudahlah. Ah macam mana boleh terlelap tadi? Bukan kami tengah sibuk berborak? Ah baik aku solat dulu dari melayan perasaan ini.

Aku terlelap seketika setelah selesai menunaikan solat subuh tadi. Nasib baik lenaku tak lama. Segera aku bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sempat lagi mata ini melirik ke arah jam di dinding yang menunjukkan telah pun pukul lapan setengah pagi. Sebaik sahaja tiba didapur kulihat abang Razi telah pun berada di situ, memakai apron dan sedang membuat sesuatu. Aku memperlahankan langkahku, terkesima melihat semua ini. Baiklah, adakah aku patut mengganggu abang Razi atau naik semula ke atas? Hatiku berbelah bahagi. Aku masih lagi terasa segan dengan adegan pagi tadi di mana aku tertidur di bahunya. Baiklah ini sangat menjanggalkan. Ah kenapakah dia memakai 't-shirt' putih, aku sememangnya tidak boleh melihat lelaki memakai kemeja-t bewarna putih kerana bagiku mereka nampak sungguh seksi. Namun belum sempat aku mahu berundur dia kemudiannya berpaling memandangku

"Selamat pagi" Ucapnya sambil melemparkan senyuman yang indah itu.

"Pagi... Emm abang Razi buat apa tu?" Tanyaku menghampirinya secara perlahan. Mataku memandang apron bunga yang di pakainya. Senyuman serta merta terukir di bibir ini

"Pancake" Balasnya pendek

" Khas untuk Ziha" katanya sambil melambung 'pancake' yang berada di atas kuali leper itu. Khas untuk aku, wah terasa kembang hati ini mendengarnya.

"Oh Ziha pun baru ingat nak buat sarapan tadi, tapi nak buat lempeng" Kataku, tiba-tiba abang Razi ketawa. Aku termangu seketika tidak mengerti mengapa dia ketawa.

"Nampaknya kita memang ada jodoh, pemikiran pun sama." Kata abang Razi seolah menjelaskan. Aku juga tersenyum mendengar walaupun kurang mengerti. Betullah kata budak-budak ni boleh tahan lembab juga aku ni kerana serius aku tak faham apa maksud abang Razi tu. Kemudian aku berdiri di sebelahnya sambil memerhati apa yang di lakukannya.

" Nak Ziha tolong apa-apa?" Tanyaku. Abang Razi tersenyum memandangku

"Tak apa Ziha tolong tengok saje ok." Katanya kemudian dia menyambung kerjanya dengan menghias 'Pancake' itu dengan buah-buahan seperti strawberi dan peach. Mana pula abang Razi dapat buah strawberry ni? Emm tak perlulah tanya, mesti dia beli masa keluar semalamlah tu. Mungkin dia memang dah rancang nak buat sarapan pagi ni. Aku tersenyum kerana terasa bahagia melihatnya begini. Selesai sahaja dia pun meletakkan 'pancake' yang telah siap itu di meja manakala aku pula mula membasuh bekas masakan tadi di sinki.

"Ziha ni apa?" kemudian tangannya memegang pipiku. Kenapa? Ada kesan lagikah? Bukan kalau dah lama-lama kesan tidur tu hilang. Aku mula berasa cemas seketika. Namun tangan ini bersabun untuk memegangnya

9 hariWhere stories live. Discover now