Bab 8

1.3K 41 12
                                    

Aku sedang memikirkan bagaimana untuk bercakap berdua sahaja dengan abang Razi memandangkan perancangan awalku tidak menjadi. Aku takut untuk bercakap dengan abang Razi selepas masuk ke rumah tadi kerana mukanya masih lagi serius lalu aku terus naik ke bilikku. Sedang aku sibuk berfikir sambil membelek belek 'headphone' baruku, tiba-tiba muncul kelibat seorang pemuda di muka pintu.

"Kak Ha... Cak" tegur Nash sambil tercegat di pintu bilikku yang sememangnya terbuka. Aku memandangnya semacam. Mesti dia menginginkan sesuatu kalau tidak jangan berharap hendak melihatnya manja begini.

"Kenapa? Nak sesuatulah tu." Kataku cuba menyorokkan 'headphone' kesayanganku itu. Dari ekor mataku aku melihat dia juga menyorokkan sesuatu di belakangnya.

"Kak Ha... mainkan satu lagu boleh?" Kata Nash lalu menghulurkan gitar yang di soroknya kepadaku.

"Sekarang? Dah nak maghrib ni. Nak juga ke?" Tanyaku.

"Ala satu lagu je. Lagu apa-apa pun tak kisah." Katanya seraya duduk di atas katilku lalu menyebak-nyebak cuba mencari apa yang aku sorokkan tadi. Aku cepat-cepat mengambil gitar itu darinya sebelum dia menjumpai 'headphone Sony Limited Edition' itu di katilku. Baik aku layankan sahaja sekiranya dia menjumpai headphone itu pasti dia ingin mencubanya. Itu mesti dijauhkan kerana hanya aku sahaja yang boleh menggunakan 'headphone' itu. Semalam Wana yang sibuk hendak mencuba, aku langsung tidak membenarkannya. Terasa seperti 'Golumn' seketika. Sudah agak lama aku tidak bermain gitar dan gitar ini pun sudah hampir berhabuk terletak sahaja di bilik Wana.

Nash memang gemar bermain gitar tetapi entah kenapa apabila aku ada, dia lebih suka membiarkan aku yang memainkannya. Aku berfikir sejenak, lagu apakah yang aku mahu mainkan. Hanya ada satu lagu yang sering bermain di kepala ini lalu aku memetik gitar dan memainkan lagu 'A thousand years'. Aku terlalu asyik memainkan lagu itu sehinggakan apabila aku selesai memainkannya barulah aku sedar akan kehadiran abang Razi yang bersandar di muka pintu bilikku. Dia tersenyum memandangku dan tak tahu untuk keberapa kalinya aku terpana melihatnya. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila tersedar dan tangan ini segera menahan dada seolah jantungku mahu tercabut keluar. Entah mengapa aku dapat merasakan senyumannya itu sungguh bermakna. Janganlah dia berfikir yang bukan-bukan. Kalau aku tahu dia akan mendengar sudah pasti aku akan mainkan lagu yang lain.

"Tak sangka Ziha pandai main gitar." Kata abang Razi, senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Kak Ha kalau main gitar memang best ." Kata Nash tanpa dipinta

"Puas hati?" Tanyaku pula pada Nash lalu Nash mengangguk dan segera mengucapkan terima kasih lalu mengambil gitar itu dan berlalu keluar. Abang Razi yang masih memandangku kemudian berkata mahu mengajakku, Wana dan Nash keluar kerana Wana dan Nash ingin menonton wayang. Aku hanya mengiakan supaya dia cepat-cepat keluar dari bilikku. Sebaik sahaja dia keluar, aku segera menutup pintu. Nur Raziha, apa yang dah berlaku ini? Aku mengeluarkan 'headphone' yang kusembunyikan tadi dan memandangnya. Kenapalah orang yang membeli kau ni suka membuatkan jantung ini bagai disentap? Oleh kerana tiada jawapan yang kudapat dari 'headphone' itu aku terus menyimpannya dan turun ke dapur

Turun sahaja ke dapur aku terus menghidang makan malam. Mama dan Busu masih di dalam bilik, baru aku hendak menutup tudung saji, abang Razi sudah berada di belakangku. Terkejut aku seketika memandangnya. Dia ni memang suka muncul secara tiba-tiba.

"Makngah ada kat dalam?" Tanyanya sambil berjalan menuju ke bilik mama

"Ada, masuklah, rasanya mama dengan busu tu tengah mengemas barang." Kataku lalu menyambung kerjaku. Aku cuba merapatkan diri ke pintu bilik mama apabila Abang Razi mengetuk pintu. Aku cuba memasang telinga mana tahu dapat apa-apa informasi nanti. Dia hanya menjengah mama dan Busu lalu bertanya pada mereka

9 hariWhere stories live. Discover now