Bab 13

189 3 0
                                    

Entah bila aku terlena aku tidak tahu. Mataku betul-betul sembab akibat menangis semalaman. Badanku terasa sakit kerana aku tertidur dalam keadaan aku memeluk lututku di balik pintu. Aku hanya terjaga pabila terdengar ketukan di pintu bilikku. Kepalaku juga terasa sakit akibat dari menangis semalaman. Aku tidak menjawab dan membiarkan sahaja ketukan perlahan namun bertalu itu.

'Ziha' kedengaran suara abang Razi memanggilku. Aku teringat kembali gambar di Ipad semalam dan hatiku kembali terasa sakit, lalu aku memilih untuk berdiam. Imej di instagram itu masih segar di ingatan ini. Aku enggan menjawabnya.

'Ziha abang ni Ziha ok tak?' Tanya abang Razi lagi. Tiba-tiba tombol pintu itu dipulas dan dia cuba untuk membuka pintu namun badanku menghadang pintu dari dibuka. Ah aku terlupa untuk mengunci pintu bilikku. Ziha kenapa kau cuai sangat! Marahku pada diri sendiri.

'Ziha, Ziha ok ke?' Tanya abang Razi apabila dia cuba menolak pintu namun aku terus menghadang pintu dari di buka.

'Ziha?' Panggilnya lagi namun bila dia menyedari akulah yang menghadang pintu dari terbuka dia berhenti.

'Ziha, please, beritahu abang kenapa ni?' Tanganku ku genggam, entah dari mana perasaan amarah datang membuak buak lalu aku bangun dan membuka pintu bilik itu. Abang Razi terkejut melihat keadaan aku. Aku tidak tahu bagaimana rupaku namunaku pasti wajahku jelas menunjukkan rasa marah dan sedihku.

'Ziha.. kenapa ni?' Tanya abang Razi lagi. Aku segera mengambil ipad di atas katil dan ku tunjukkan padanya instagram itu. Abang Razi serta merta terdiam. Lama dia terkaku dan dia seolah tidak mampu memandangku, matanya terpaku memandang ipad itu. Aku tahu dia sedang memandang gambar itu, gambar dia dan wanita itu berkucupan. Aku masih berdiri memandangnya tajam.

Dia cuba membuka mulutnya bagaikan mahu berkata sesuatu namun kemudian mulutnya tertutup semula. Andai tiada apa yang ingin diperkatakan, tidak perlu dia berdiri di sini. Aku tidak mahu melihat abang Razi. Buat masa sekarang aku tak mahu ada apa apa pun denganya. Tanpa aku sedari air mata aku mengalir kembali dan bila abang Razi memandangku aku cepat cepat mengesat air mata ini.

Namun semakin banyak ianya mengalir. Aku tahu air mata ini tidak akan akan berhenti namun aku enggan menangis di hadapannya. Aku benci diriku yang sangat mudah menangis. Kenapa aku tidak kuat? Tangannya bergerak ke arahku seolah mahu menyeka air mataku namun cepat cepat aku berundur sebelum tangannya sampai dekat denganku. Kemudian aku menutup daun pintu itu lalu menguncinya.

Aku berasa bagai hilang kekuatan yang ada, kaki ini terasa tidak mampu berdiri lagi lalu terduduk kembali aku di belakang pintu dan kali ini aku terus menangis semahunya. Kenapa harus begini, kenapa di saat aku bahagia datang perkara sebegini membuatkan aku terluka?

Setelah agak lama aku menangis akhirnya air mata ini berhenti mengalir. Aku mellirik mataku melihat jam di dinding, ianya menunjukkan sudah pun pukul sepuluh pagi. Terasa begitu lamanya aku menangis 'Ziha..' Aku terdengar namaku dipanggil di balik pintu. Melalui suara itu aku tahu abang Razi juga duduk di sebalik pintu. Mungkin menunggu aku berhenti menangis untuk bercakap denganku. Namun aku tidak menjawab, aku terus berdiam diri.

'Ziha abang tak minta Ziha maafkan abang. Cuma abang harap Ziha sudi mendengar cerita abang.'

Aku masih tidak berktata apa apa. Agak lama abang Razi berdiam kemudian dia bersuara semula.

'Wanita di dalam instagram itu adalah bekas kekasih abang... kadang Allah datangkan ujian pada kita kerana nak uji keimanan kita padaNya. Abang cakap begini sebab abang pernah diuji. Allah uji abang dengan kesenangan, kekayaan, kejayaan semuanya. Allah uji abang dengan wanita itu.

Abang gagal dengan ujian-ujian tu Ziha, abang lupa pada Allah, abang ikut sangat gaya kehidupan di sana. Allah uji dengan rakan rakan, yang membawa abang lagi hanyut, lagi jauh dari Allah. Pada masa yang sama abang kenal dia. Kawan abang yang kenalkan kami semasa parti Chrismas dua tahun lepas. Pada mulanya hubungan kami tidak serius. Kami cuma rakan yang selalu keluar parti bersama.'

9 hariWhere stories live. Discover now