Bab 11

810 33 8
                                    

Malam itu hanya aku dan abang Razi yang turun untuk makan malam. Mama masih di bilik, masih berasa penat dan sudahpun makan bersama Busu sebelum Busu dan Nash pulang tadi. Wana pula tidak mahu makan malam dan kini sedang sibuk keluar masuk dari bilik mama mengemaskan baju dan barang-barang dari kotak di bilik mama. Aku dan abang Razi yang sedang makan tidak terkesan dengan kekalutan Wana keluar masuk itu. Aku asyik berbual dengan abang Razi perihalku di Universiti dan perkara menarik sepanjang aku menuntut di UiTM Pahang.

'Ziha pergi 'camping'?' Tanyanya tidak percaya. Tangannya sibuk menceduk kuah asam pedas itu ke nasi.

'Abang Razi ni, Ziha tahulah Ziha 'introvert' tapi janganlah cakap macam tu. Sedihnya. Yes I have to go camping, but it's my own choice and I chose to go ok. satisfied?' Kataku sambil menambah nasi di pinggan. Abang Razi hanya ketawa

' Ye lah abang percaya.' Balasnya membuatkan aku tersenyum. Memang aku memilih untuk pergi 'camping' ketika di semester 3 kerana andainya aku tidak pergi, aku akan gagal semester itu kerana ianya perkhemahan wajib. Pilihanlah jugakan, aku memilih untuk tidak gagal dan menyertai perkhemahan itu tapi abang Razi tidak perlu tahu.

'Ziha pernah ada boyfriend sebelum ni? Masa kat sana?" Tanya abang Razi namun tidak memandangku. Aku tersenyum, aku mengambil masa memilih untuk tidak menjawab soalan itu. Akhirnya abang Razi memandangku mungkin kerana terlalu lama aku menunggu reaksiku. Melihat aku tersenyum sebegitu wajahnya agak kemerahan seketika.

'Pedas ke?' Tanyaku lalu mengisi air ke dalam gelasnya. Abang Razi hanya menggeleng lalu berkata

' Ziha saja nak 'torture' abang ye' Perlahan sahaja suaranya. Aku tersenyum melihat mukanya yang terlalu ingin mengetahui jawapan kepada soalanya itu. Dari tersenyum aku tergelak seketika membuatkan dia tersenyum juga. Akhirnya dia beralah mengetahui aku tidak akan menjawab soalannya itu lalu bertanya padaku perihal yang lain.

Selesai makan aku mengemas meja manakala abang Razi menolongku membasuh pinggan. Aku tersenyum memikirkan abang Razi yang menolongku didapur, sesekali aku menjengah melihat betulkah dia di situ. Bahagia di hati hanya Allah yang tahu. Setelah itu aku menyuruhnya untuk meninggalkan dapur kerana tiada apa lagi yang perlu ditolong. Setelah mengemas meja dan menyimpan lebihan lauk ke dalam peti ais aku berlalu ke ruang tamu hanya untuk melihat abang Razi membelek CD 'My Chemical Romance' yang berada di tepi TV. Aku duduk di hadapannya.

'Siapa yang suka 'My Chemical Romance' ni?' Tanya abang Razi.

'Zihalah' jawabku lalu mengambil CD itu dan meletakknya semula di tempatnya. Abang Razi tersenyum memandangku.

'Kenapa?' Tanyaku. " Bukan Ziha jenis yang suka 'Backstreet Boys, N'sync.. KRU?' kata abang Razi hampir tergelak. Aku merenung ke mata abang Razi menunjukkan perasaanku yang geram sedikit.

'Tolonglah abang Razi, tu kan Ziha suka masa zaman sekolah. Tapi abang Razi sendiri pun ade kaset KRU dulu betul tak? So what?' Kataku sambil itu aku turut mengemas kawasan CD itu. Abang Razi masih memandangku senyumannya makin lebar.

'Hmm memang abang ade kaset KRU dulu, sebab nak dengar apa yang best sangat sampai Ziha taksub sangat dengan KRU tu. Sampai kalau tak ada gambar KRU Ziha tak boleh belajar.' Aku berhenti seketika, mana abang Razi tahu tentang perkara ni?

'Ayah Mi beritahu ye?' Tanyaku mengimbau kembali ketika aku sekolah rendah dahulu, dimana ayah Mi akan marah anadai aku meletakkan gambar KRU di sebelahku. Ayah Mi merupakan pakcik ku yang kelima dan juga tua setahun dari Busu. Kadang kala dia gemar melawat ibuku setiap kali dia pulang ke kampung di Hulu Langat untuk menziarah ibu mertuanya. Dari kecil aku memang tahu aku adalah kesayangan ayah Mi namun bila abang Razi ada, dapat kurasakan yang dia akan melebihkan abang Razi dariku. Anak buah lelakilah katakan. Terasa jurang anak lelaki dan perempuan di situ. Abang Razi menarik satu CD 'Best of Backstreet Boys' lalu menunjukkan padaku. Senyuman nakalnya terukir di bibir andai menginginkan penjelasan.

9 hariWhere stories live. Discover now