Epilog

74 5 2
                                    


Ziha memandang suram keluar jendela. Tangannya mengusap usap perut yang tidak selesa itu. Keinginannya membuak benar ketika itu, tidak mampu ditahannya. Beginikah apa yang kebanyakan wanita di luar sana rasakan? Wajahnya terasa sugul. Lama dia merenung kemudian dia melepaskan satu keluhan panjang. Keluhan itu mendapat perhatian Razi yang sedang duduk di sofa. Razi mengalihkan pandangan dari buku yang dibacanya lalu memandang Ziha.

'Ziha ok?' tanya Razi, namun tiada jawapan. Isterinya tidak mendengar pertanyaannya barangkali. Lalu dia bangun menghampiri. Perlahan dia memeluk Ziha dari belakang lalu memandang ke arah apa yang melekakan isterinya itu. Ziha kemudian berpaling memandang Razi. Air matanya menitis.

'Kenapa ni?' tanya Razi lalu menyeka air mata di wajah Ziha. Ada perasaan bimbang di situ

'Ha nak sangat...' kata Ziha perlahan, wajah mulus itu memandang Razi dengan penuh pengharapan. Razi mahu sahaja memeluk cium isterinya melihat isterinya begitu namun sebaliknya dia bertanya

'Ha nak apa? Cuba beritahu. Kalau Ha tak cakap abang tak tahu' kata Razi. Rambut Ziha dibelai lembut. Air mata Ziha semakin deras mengalir dalam tangis dia berkata

'Ha nak makan sambal belacan.' katanya menangis lalu memeluk suaminya. Razi tergamam seketika mendengar permintaan Ziha itu. Tangannya segera memegang perut isterinya yang semakin hari semakin membesar itu.

'Allahu, manalah nak dapat sambal belacan kat sini sayang?' kata Razi separuh tertawa, memeluk erat Ziha yang terus menangis sambil memandang salji yang turun di luar jendela.

9 hariWhere stories live. Discover now