Bab 15

83 3 0
                                    

Pagi itu kami bersarapan bersama termasuk mama. Aku melihat setiap orang yang berada dimeja. Boleh dikatakan malam tadi tiada siapa pun yang benar benar dapat melelapkan mata dan ianya kelihatan jelas dan nyata di wajah masing masing termasuklah diri ini. Aku yang turun ke dapur setelah solat subuh melihat mama dan Wana sudah pun berada di dapur. Kami menyiapkan sarapan pagi dalam keadaan senyap. Tiada siapa yang berkata walau sepatah pun. Cuma sesekali Wana atau mama bersuara bertanya atau mengarahkan sesuatu. Selebihnya kami hanya diam membisu dalam menyediakan bahan sekaligus memasak.

Pukul 7.00 pagi nasi lemak sudah terhidang di meja. Ketika mama masuk ke bilik air untuk mandi abang Razi pula turun ke dapur. Setelah mama siap, barulah mama menyertai kami di meja makan. Dan sekali lagi suasana dibiarkan senyap sunyi tanpa sesiapa ingin berkata apa apa. Kemudian mama memecah keheningan itu dengan berkata da ingin bergerak ke klinik. Pada ketika itulah abang Razi akhirnya bersuara

'Makngah, Razi minta maaf sebab Razi makngah bergaduh dengan abah. Razi dah susahkan makngah. Apa yang abah cakap makngah jangan simpan dalam hati. Abah ungkit pasal rumah pun makngah jangan ambil hati. Tu memang Razi nak hadiahkan pada makngah. Tolong jangan pulangkan balik. Pasal hal abah dengan makngah, nanti Razi cuba cari jalan penyelesaian. Razi harap makngah maafkan Razi.'

Lama mama merenung wajah abang Razi lalu mama tersenyum hambar.

' Razi tak buat salah yang. Razi dah banyak tolong dah. Terima kasih. Pasal rumah tu nanti ada duit makngah bayar sikit sikit..'

'Makngah, jangan macam tu. Tu memang Razi nak beri pada mama... err makngah.' Ujar abang Razi lagi.

Kali ni mama mula menangis membuatkan aku dan abang Razi cemas lalu bangkit manuju ke arah mama. Wana sudahpun menangis mengalahkan pelakon Neng Yatimah ratu air mata zaman dahulu. Aku segera mengusap belakang mama manakala abang Razi memegang tangan mama. Aku memandang abang Razi dan abang Razi memandangku bila mama masih lagi menangis. Agak lama baru dapat mama bertenang. Kemudian mama memandang abang Razi

' Makngah tak ada apa nak bagi pada Razi sebagai balasan' Kata mama.

Mendengar sahaja kata kata mama aku ingin sahaja mencebik pada mama. Ma Ziha ni apa? Mama patutnya cakap sebagai balasan mama 'beri' ZIha pada abang Razi. Huhu Mulalah aku ni. Ziha ini bukan masanya Fikirku. Abang Razi yang memandang sekilas padaku ketawa kecil bagaikan membaca apa yang berada difikiranku lalu kemudian dia berkata.

'Sebagai balasan makngah bagi Ziha pada Razi biar Razi jaga Ziha' Bulat mataku mendengar kata katanya itu. Sah mamat nan seorang ini memang boleh baca fikiran aku.
Dalam kesenduan mama sempat berkata

'Bagi Ziha pada Razi ibarat memberi beban.' Lalu mama ketawa sambil mengesat air mata.

'Sampainya hati mama cakap macam tu' Kataku mengecilkan mulutku. Ketika itu abang Razi dan mama sama sama ketawa. Tapi paling kuat mengetawakan aku adalah Wana.

'Eh dah habis nangis dah?' Tanyaku sambil mencebik padanya. Wana mengabaikan aku lalu menghulurkan tisu pada mama. Kemudian mama memegang tangan abang Razi dan mengusap perlahan sambil berkata

'Bukan rumah sahaja yang makngah nak berterima kasih pada Razi. Macam macam sebenarnya, dari masa Mimi selalu sakit Razi selalu jenguk dia, kemudian tolong majlis perkahwinan Mimi di sana sehinggalah mempertahankan makngah malam tadi. Makngah berterima kasih sangat pada Razi. Makngah juga nak berterima kasih sebab sanggup nak ambil beban jaga Ziha seumur hidup. Bukan calang calang beban ni.' Kata mama membuat abang Razi dan Wana sekali lagi tergelak. Aku hanya memandang mereka tanpa perasaan. Mama masih memegang tangan abang Razi dan kali ini memandang tepat pada mata abang Razi.

'Cuma, makngah tak mahu Razi membelakangkan abah dan mama Razi. Jadi makngah nak sebelum balik, Razi pergilah jumpa abah dan mama. Minta restu. Perkahwinan tanpa restu orang tua adalah pahit. Banyak buruk dari baik. Takut tak ada keberkatan. Keberkatan ni penting dan makngah tahu sangat anak makngah ni, dia dah sedia menolak Razi kalau tak ada restu dari abah dan mama Razi. Itu satu benda yang makngah tahu sangat.' Mama menghabiskan kata katanya sambil memandangku.
Aku mengelak dari memandang abang Razi. Kata kata mama itu ada benarnya. Ketika ini aku sebenarnya masih lagi tidak membuat apa apa keputusan muktamad terhadap hubungan ini. Aku tak mahu hubungan yang kami ingin bina sebenarnya ditentang oleh paklong dan maklong. Abang Razi mengangguk perlahan. Hanya selepas itu barulah mama bangun lalu pergi ke tempat kerja.

9 hariWhere stories live. Discover now