Oleh kerana abang Razi di rumah ini, mama memasak untuk makan malam. Kebiasaannya rumah aku jarang ada masakan panas untuk makan malam. Yang tinggal di rumah ini semuanya perempuan. Kalau mama malas memasak, aku dan Wana dengan gembira ber'diet' pada malam itu. Paling tidak pun kami pergi ke pasar malam membeli makanan. Penghuni dalam rumah ini memang tidak mengikut peraturan. Makan bila rasa nak makan, bangun tidur pun suka hatilah. Asalkan bangun sembahyang selepas tu kalau nak tidur hingga ke esok pagi pun tak siapa melarang. Tapi belum pernah lagi aku atau Wana berbuat begini. Tetapi bila ada tetamu, tentulah tak boleh berbuat sesuka hati lebih-lebih lagi tetamu yang datang ni bukan orang sebarangan. Kalau setakat Nash atau Busu yang datang bermalam, tekanan tu tak terasa sangat.Tapi kali ni abang Razi tetamu yang tak disangka-sangka dan bagiku, tidak diundang.
Aku memilih untuk duduk sebelah mama berhadapan dengan Wana. Abang Razi kemudiannya muncul memakai baju melayu dan berkain pelekat. Muka Wana terus berubah merah bila abang Razi duduk di sebelahnya. Mama yang perasan perubahan wajah Wana, terus memandang aku. O'oh... mama tolonglah jangan...
"Ziha, duduk tempat mama, mama nak duduk sebelah abang Razi." Aku hanya mampu menyumpah di dalam hati.Wana ni, pemalu tahap cipan! Mama pun sama, asyik nak lebihkan Wana saja. Aku bingkas bangun dengan muka masam dan duduk di hadapan abang Razi. Abang Razi langsung tidak sedar senario yang berlaku sekejap tadi. Aku memandang lauk yang terhidang.
Rasanya inilah kali pertama mama serius memasak. Kalau tidak aku dan Wana sering menjadi mangsa akan masakan baru yang 'simple' oleh mama kerana tak rajin memasak. Selera terus terbuka memandang hidangan yang enak di depan mata tetapi terus terpadam apabila terpandang wajah abang Razi. Buat pertama kalinya abang Razi tersenyum memandang aku. Aku berasa was-was, Seperti ada sesuatu di sebalik senyumannya itu.
Selalunya aku akan makan dengan bersopannya tetapi malam ni aku tak peduli, sebab aku dah bosan berpura-pura sopan depan keluarga terutama yang di pandang tinggi seperti abang Razi. Lauk yang dimasak oleh mama memang membuka selera. Aku pun apalagi, makanlah dengan berselaranya sehingga aku pun tak tahu bila mama, abang Razi dan Wana berhenti makan dan memandang aku. Aku hairan apabila mereka memandang aku semacam. Mama macam nak marah, Wana dengan abang Razi memandang aku dengan pandangan takjub.
"Kenapa?" tanyaku spontan. Wana hanya tersengih
" Ziha macam dah lama tak jumpa makanan. Tak makan ke tengahari tadi?" Soal abang Razi tanpa kusangka. Mama dah macam nak makan orang tetapi hanya aku dan Wana perasan perubahan muka mama itu. Kenapalah mamat ni selalu buatkan 'mood' aku jadi tak baik. Nasib baik aku dah sudah makan. Aku kemudiannya hanya senyum lalu bangun dan membawa pinggan ke dapur. Biar Wana je la yang kemas dapur malam ni. Aku tak nak tunggu di dapur lebih lama. Suasana makan malam kami kemudiannya kembali sunyi sepi ketika aku membasuh pinggan di sinki. Aku tak selesa begini, dan siapa yang suka makan dalam keadaan senyap macam berada di tanah perkuburan.
"Razi tambahlah lagi. Makngah masak tak seberapa." Kata mama akhirnya memecah kesunyian. Abang Razi hanya mengangguk sopan. Terus terang kunyatakan disini, hanya aku, Wana serta tuhan yang tahu betapa seriusnya mama memasak lauk yang tak seberapa ni. Mama bangun ke dapur setelah menghabiskan nasi di pinggan. Ketika itulah abang Razi bersuara
"Wana sekarang buat apa?" Wana yang sedikit terpinga menjawab sepatah
" Belajar" Abang Razi ketawa lalu bertanya lagi
" Ambil degree kan? Bidang apa?"
"Business Admins" Jawab Wana pendek. Dalam kepala aku pada masa ini hendak sahaja aku berlari ke bilik tetapi mama memandang memberi bahasa isyarat menyuruh aku tunggu untuk mengemas dapur. Tiba-tiba abang Razi memandangku yang berdiri di sinki tidak jauh dari meja makan dan bertanya tanpa di pinta
YOU ARE READING
9 hari
ChickLitPernah dengar tak bila orang tua-tua kata 'jangan benci sangat nanti esok suka baru tahu'. Itulah yang terjadi, bertahun lamanya membenci akhirnya trasnformasi hanya mengambil masa sembilan hari.