Bab 7

1.3K 38 4
                                    

Aku sedang duduk bersantai di luar rumah ketika posmen datang menghantar surat. Ketika itu Wana juga ada, sibuk membaca majalah 'Keluarga' manakala abang Razi masih belum pulang dari masjid. Di antara surat-surat yang ku terima itu ada satu surat yang menarik perhatianku memang ditujukan khas untukku. Aku dengan segera duduk berjauhan dari Wana dan membuka surat itu. Aku membacanya dan terasa bagaikan tidak percaya. Aku membacanya sekali lagi, kali ini aku melihat lambang di kepala surat, lambang 'Edinburgh Napier University', kemudian aku melihat perkataan, 'acceptance' dan 'further study in Architectural Technology BSc/BSc (Hons) Full-Time'. Mulutku ternganga seketika.

Kemudian aku berlari ke bilikku meninggalkan Wana terpinga-pinga keseorangan. Aku segera menelefon Lyna, dan berharap agar dia cepat menjawabnya. Sebaik sahaja Lyna menjawabnya aku terus bertanya

" Lyna kau ada dapat apa-apa 'offer' tak?" Lyna terus menjerit kegembiraan mengetahui aku juga mendapat tawaran sama cuma dari universiti yang berlainan dan course yang berbeza. " Tak sangka kita dapat. Aku dengar Norha tak dapat tapi dia pernah cakap dia nak sambung kat USM saja." Kata Lyna. Antara kami yang memohon hanya aku, Lyna dan seorang lagi rakan dari 'course' kami yang mendapat tawaran begini.

"Aku rasa kita kena telefon Prof Ehsan, ucap terima kasih banyak-banyak pada dia." Kataku, Lyna juga bersetuju. Mana tidaknya, Profesor Ehsanlah yang membuka peluang. Suatu hari ketika di dalam kelasnya tak berapa lama dahulu, dia berkata bahawa kuota pelajar bumiputera untuk belajar di luar Negara sangat rendah kadang kala tempat untuk pelajar Bumiputera diisi oleh pelajar bukan bimuputera, jadi profesor menyuruh kami pergi mengambil borang memohon belajar di mana-mana kedutaan untuk di isi.

"Aku pun nak ucap terima kasih pada kau sebab kalau bukan kau yang ambilkan borang ni untuk di isi, belum tentu lagi akan dapat tawaran sebegini." kataku ikhlas

" Ala tu perkara kecil." jawab Lyna lalu kami menyambung perbualan dan setelah satu jam kami berbual akhirnya aku meletakkan telefon.

Aku masih lagi meneliti kandungan surat itu tetapi kemudian setelah berfikir banyak kali, aku berasa berbelah bahagi. Lama aku termenung sehingga aku tak sedar Wana sudahpun duduk di sebelahku.

"Surat apa tu kak Ha?" Tanya Wana. Aku cuba menyorokkan surat itu dan berkata tiada apa padanya. Namun Wana yang lebih tangkas, mengambil surat itu dariku lalu membacanya.

" Kak Ha, ni berita baik, kenapa nak sorok pula." Kata Wana lalu meneliti surat itu kali kedua.

" Sebab kak Ha tak tahu lagi nak pergi ke tak." Kataku.

" La kenapa pula, lagipun ni ada biasiswa." Kata Wana lagi.

" Bukan pasal tu sayang, Wana kan tahu rancangan kak Ha. Kalau kak Ha sambung macam mana dengan mama, Wana semua." Wana hanya mendengus perlahan.

" Siapa lagi yang dapat?" Tanya Wana lagi.

" Lyna, tapi dia dapat Leed's University, bidang 'Environmental Science'. Lagi seorang Hasnol, Wana tak kenal, dia dapat Universiti Glasgow, bidang apa kak Ha tak tahulah." Balasku lagi.

"Oh yang lain pun dapat kat UK ye." Tanya Wana. Aku mengangguk.

" Kami memang ambil borang untuk UK sahaja." Terangku lagi. Wana diam sambil itu dia memasukkan kembali surat itu kedalam sampulnya.

"Kak Ha ni peluang keemasan kot, bukan semua orang boleh dapat peluang macam ni. Lagipun dekat Edinburgh, memang tempat abang Razi, kalau apa-apa, ada keluarga di sana." Kata Wana. Aku hanya berdiam diri, fikiranku cuba menganalisis dilema ini. Wana hanya mengeluh bila melihat aku masih tidak mengiakan kata-katanya.

"Jangan beritahu orang lain dulu ye terutama mama." Kataku. Wana seakan mahu protes tetapi dia cuma mendiamkan diri dan keluar dari bilik itu. Nampaknya aku perlu membuat nota 'pro dan kontra' tentang menerima tawaran itu atau tidak.

9 hariWhere stories live. Discover now