Bab 12

224 6 1
                                    

(Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana lewat dalam menyiapkan bab 12 ni. Kerana jatuh sakit dan sering keluar masuk hospital dalam tempoh setahun setengah ini tak dapat saya menyiapkan cerita ini. Namun, Alhamdulillah saya semakin sembuh, mohon peminat' 9 Hari' mendoakan saya agar terus sihat. Insya Allah '9 Hari' sudah hampir ke penghujungnya. Teruskan untuk membaca 9 Hari dan mengundi cerita ini. Terima kasih semua.)

****


Lama aku membelek gelang tangan itu dan aku juga tidak henti-henti memandang keindahan bilik itu. Entah bila masanya Abang Razi (dan di bantu oleh Wana itu sudah pasti) menghias bilik ini. Ah bagaikan enggan membenarkan bunga-bunga ini layu dan berharap agar belon-belon ini akan sentiasa cantik menghiasi syiling bilik ini walaupun aku agak sedikit terganggu dengan riben yang terjuntai dari setiap belon-belon itu. Ah aku tidak peduli, terasa indahnya hari ini. Aku kemudian baring ke katil sambil mengamati kembali gelang di tanganku.

'Kak Ha' panggil Wana yang muncul di muka pintu. Wajahnya yang tersengih itu membuatkan dia kelihatan sangat comel. Tentulah dia comel, lihatlah siapa kakaknya, selorohku pada diri sendiri. Kemudian dia melangkah masuk lalu duduk di sebelahku. Dia pun amat teruja melihat bilik ini walaupun aku tahu dia salah seorang yang menolong menghiasi bilik ini.

'Cantikkan.' Katanya aku mengangguk senyuman masih di bibir.

'Mana cincinnya?' Tanya Wana. Cincin? Cincin apa pula ni. Melihatkan wajahku yang berkerut Wana mengeluh. Besar sungguh keluhannya itu.

'Ingatkan hias begini punya gempak sebab nak 'propose' kak Ha. Habis tu abang Razi buat ape je dengan kak Ha tadi?' Tanya Wana. Macam aku ni patung 'mannequin' pula bila Wana tanya begitu. Aku segera menunjukkan perfume dan gelang tangan yang diberi oleh abang Razi tadi. Wana menepuk dahinya

'Dah cakap dah dengan abang Razi jangan bagi perfume. Eh tapi kak Ha tak marah pulak? Hari tu kata kalau abang Razi bagi perfume kak Ha nak campak keluar?' Aku hanya tergelak besar

'Macam mana nak campak, dia bagi perfume kegemaran kak Ha. Wana kan tahu susah nak dapat 'Idole D'armani' ni.' Kataku sambil memeluk perfume ku itu.

'Lawa gelang, hmm ingatkan abang Razi masih dengan kak Ha tadi, boleh jugak mengintip tapi kalau setakat bagi gelang macam ni je rasa bagus jugak tak berlari tadi.' Aku membaling bantal ke arah Wana. Entah kenapa hati ini berasa sedikit hampa.

'Wana ni tengok kak Ha dah rasa kecewa sikit, sekarang ni Kak Ha rasa tak best pulak.' Kataku sambil memandang kembali gelang di tanganku.

'Ei tamak cuba bersyukur banyak banyak.' Kata Wana lalu membaling kembali bantal kepadaku.

'Yelah, yelah Alhamdulillah, nasib baik bukan Wana yang dapat gelang ni.' Kataku.

'Dengki dahlah Wana nak main badminton. Malas nak layan kak Ha. Kak Ha jahat uwek!' Kata Wana lalu berlari keluar bilikku sebelum aku sempat berbuat apa-apa.

Aku meninjau abang Razi di biliknya usai solat Asar, namun dia tiada. Kemudian aku terdengar bunyi riuh di bawah, segera aku turun melihat apakah yang riuh rendah bunyinya itu. Melangkah sahaja ke ruang tamu ku lihat anak-anak pakcik Juki semuanya sibuk menghadap sesuatu di meja kopi itu. Bagiku ini bukan kali pertama melihat anak-anak pakcik Juki di sini kerana mereka selalu datang belajar bahasa Inggeris denganku manakala matematik dengan Wana sekiranya kami berada di rumah. Anif dan Balkish antara yang paling selalu datang ke rumahku ini. Mungkin kehadiran abang Razi beberapa hari ini membuatkan mereka segan datang ke sini namun menngapa hari ini tiba-tiba sahaja mereka disini?

Aku berjalan mendekati mereka semua. Ku lihat Aziq, Balkish dan Anif sedang membuat sesuatu. Wana juga ada tetapi dia mangasingkan diri di satu sudut. Akhirnya aku ternampak abang Razi bersama-sama dengan anak pakcik Juki. Mereka sedang memadankan puzzle di meja kopi itu. Wana juga sedang melakukan perkara yang sama. Aku berhenti lalu bercekak pinggang namun tersenyum memandang abang Razi. Abang Razi yang melihatku turut serta tersenyum. Dia segera bangun lalu menuju ke arahku.

9 hariWhere stories live. Discover now