Bab 6

1.2K 34 4
                                    

Selesai makan abang Razi memohon untuk pergi ke surau dahulu sebelum kami balik. Aku pun bersetuju memandangkan waktu sudah pun agak lewat ketika itu. Setelah selesai menunaikan solat aku memeriksa telefonku. Oleh kerana aku baru sahaja membuka data internet, mesej masuk bertalu talu. Ternyata banyak mesej yang masuk dan lima puluh darinya adalah dari rakan-rakanku. Rata-rata mesej dari petang semalam, ingin mengajakku keluar bersama- sama hari ini. Aku hanya mampu melepaskan keluhan, mengapalah aku tak cek telefonku awal-awal. Fairuz pun satu, semalam aku sempat 'chat' dengan dia tapi dia tak pula mengingatkan aku. Kemudian ada pesanan ringkas dari Wana dan cepat-cepat aku membukanya. 'Kak Ha sorry eh tak beritahu awal-awal nak keluar dengan Rina. Nanti Rina hantar Wana balik, Kak Ha balik dengan abang Razi ok.' Mahu berasap hidungku dek kerana membara api di dalam hati ini membaca mesej dari Wana itu. Nasib baiklah memang kami sudahpun mahu pulang.

Kemudian ada mesej terbaru dari Lyna, Norha, Fairuz dan Shikin. Lyna berkata ' Kenapa tak cakap abang Razi tu 'handsome' orangnya. Fairuz 'jelous' tengok orang sepuluh kali ganda lagi kacak dari dia tapi Fairuz tu kacak ke hahahaha.' Manakala mesej dari Norha pula berbunyi 'Boleh aku 'try' usha abang Razi kau tu tak, kau tak kisahkan,kan,kan.' Fairuz pula menghantar mesej yang menyatakan ' kot ye pun abang Razi tu hensem tapi tak payahlah bertentang-tentang mata depan orang ramai. Patutlah tak kisah nak keluar dengan kita orang.Lain kali tengok sikit sebelum nak bercinta di khalayak ramai' Berkerut mukaku membaca mesej mereka.

Hanya mesej dari Shikin yang agak menyenangkan hatiku untuk membacanya ' Ziha nanti kita keluar sama ye.' Dan hanya mesej Shikin yang kubalas. Kemudian aku menelefon mama untuk memberitahu mama tetapi mama hanya menjawab begini "Tak apa, bawalah abang Razi jalan-jalan kat Putrajaya tu. Dia pun bosan duduk rumah. Tapi jangan lupa solat. Wana dah ada kat rumah, jangan risau pasal mama." Aku yang terkedu dengan kata-kata mama hanya diam membisu. Aku tak rasa aku mampu untuk keluar lama-lama dengan abang Razi berdua sahaja. Cepatlah pulang, aku tak tahu sejauh mana aku mampu menahan hati ini dari jatuh bergolek nanti.  

            Keluar sahaja dari surau aku tercari cari kelibat abang Razi, kemudian aku terlihat dirinya sedang duduk bermain piano di kawasan yang mempamerkan piano untuk di jual. Ramai juga yang berdiri disekitarnya untuk mendengar dia bermain piano. Aku menghampiri kawasan tersebut dan aku sendiri terpesona mendengar dia memainkan lagu 'A thousand years' dengan indah sekali. Sudah lama aku tidak mendengar dia bermain piano. Dia nampak begitu tenang memainkan lagu itu dan mempersonakan mata untuk memandangnya. Aku benar-benar pelik, sebab dia bukan orang yang gemar muzik sentimental begini. Sebaik sahaja dia berhenti bermain piano, orang-orang berdekatan yang mendengar dia bermain tadi memberikan tepukan. Kemudian dia memandangku dan bingkas bangun lalu berjalan menuju ke arahku. Entah kenapa aku terasa seperti mata orang di sekeliling dengan serta merta memandang ke arahku. Rasa bagai mahu menyorok sahaja di sebalik tiang ketika ini. Tetapi kaki ini kaku dan hanya menunggu abang Razi datang kepadaku. 

" Ziha ok, nak balik?' Tanyanya padaku. 

Aku yang masih terkaku hanya mengangguk perlahan, masih terkesan dengan pandangan orang ke arah kami. Kami kemudian berlalu dari situ dan menuju ke medan letak kereta.

Sepanjang perjalanan kami tidak bercakap, hanya membiarkan radio memainkan lagu. Aku dapat merasakan bahawa abang Razi ingin menyatakan sesuatu padaku kerana kerap kali aku melihatnya membuka mulut  tetapi kemudian berdiam diri. Aku sendiri pun tidak tahu apa yang ingin di borakkan dengannya. Kemudian kami berhenti di stesen Shell untuk mengisi minyak. Ketika itu aku mengeluarkan kembali 'headphone' misteriku dan membelek-belek 'headphone' itu. Sebaik sahaja abang Razi masuk kembali ke dalam kereta dia memandangku yang sedang asyik meneliti 'headphone' itu. Dia tersenyum lalu bertanya 

9 hariWhere stories live. Discover now