Pulang sahaja ke rumah jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Wana dan Nash yang tadinya pergi berkaraoke menyanyi-nyanyi kecil di belakang kami. Masuk sahaja ke rumah Mama dan Busu sedang duduk di ruang tamu seolah menunggu kepulangan kami. Aku berasa pelik kerana mama dengan Busu berpakaian seolah mahu keluar, ataupun mereka pun baru pulang dari suatu tempat?
"Maaf makngah, busu sebab balik lambat" Kata abang Razi sebaik sahaja terpandang wajah mereka.
"Takpe, masuk dulu" Kata mama. Kami serta merta duduk dihadapan mereka seolah menunggu untuk mendengar ceramah yang panjang.
"Makngah dengan Busu nak keluar ke Tanjung Malim, kawan makngah meninggal. Busu akan temankan makngah. Paling lewat esok petang kami balik. Jadi makngah beri kepercayaan penuh pada Razi, Ziha dan yang lain, jaga rumah." Aku ternganga seketika mendengar kata-kata mama itu. Mama naknkami jaga rumah atau jaga diri hmm? Namun aku tidak menyuarakan pabila melihat wajah mama yang kesedihan, kehilangn kawan. Pasti rakan karib mama yang aku tak kenali.Abang Razi hanya mengangguk lalu kami menghantar mama dan Busu ke pintu.
Sebaik sahaja mereka berlalu pergi, Wana dan Nash segera menghilangkan diri. Mengantuk sangat agaknya. Nak diikutkan aku pun berasa sangat mengantuk ketika ini tetapi sebaik sahaja memandang abang Razi, fikiranku segar kembali. Dia yang tersenyum padaku berkata
"Ziha mesti penat, pergilah naik tidur." Katanya. Aku hanya mengangguk dan berlalu naik ke bilik.
Setelah menukar pakaian aku terus baring ke katil. Mata yang tadi bukan main mengantuk tidak mahu terpejam pula. Hati ini sedang mepermainkan perasaan. Entah mengapa aku begitu ingin sekali menatap wajahnya, sekejap pun jadilah. Bukankah tadi aku dah puas menatap wajahnya. Walaupun ketika menonton wayang mata ini bukan tertumpu pada skrin layar perak tetapi pada wajahnya. Tidak cukup lagikah Nur Raziha? Wahai hati janganlah begini bukankah aku sendiri yang mengingatkan dirinya bahawa tidak elok untuk masuk ke bilik orang tanpa keizinan lebih-lebih lagi bilik orang lelaki
Namun badanku enggan menerima arahan dari minda ini lalu aku berlalu keluar dari bilikku dan berdiri betul-betul di hadapan bilik abang Razi. Aku terasa teringin sekali untuk melihat wajahnya. Kenapakah dengan aku ni? Dia hanya disebalik pintu ini tetapi aku terasa rindu benar. Beberapa kali aku cuba untuk memulas tombol pintu itu tetapi ku hentikan tangan ini. Aku berlalu ke bilikku tetapi kemudian aku berpusing kembali ke bilikknya. Mahu sahaja aku menjerit ketika ini dan bertanya apa yang harus aku lakukan? Kenapa harus aku rasa begini. Aku kemudian berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu lalu aku ke katil dan memeluk bantalku kuat agar aku dapat meleraikan perasaan gila ini. Tetapi kegilaanku ketika ini menguasai diri lalu aku berlalu sekali lagi ke biliknya. Aku hanya tercegat di hadapan pintu itu masih berkira-kira tentang kegilaan ini, akhirnya setelah menarik nafas panjang, tanganku bergerak mahu membuka pintu, hati ini bercelaru terasa seperti ingin melakukan satu jenayah. Aku berharap dia sudahpun tidur agar dia tidak tahu pun aku pernah masuk ke biliknya.
Aku mula mengira sehingga tiga lalu aku memegang tombol pintu itu tetapi terkejut bukan kepalang apabila tombol itu berpusing sendiri lalu pintu terbuka. Mataku bulat memandang abang Razi di muka pintu. Dia sendiri terkejut melihatku di depan biliknya.
"Ziha tak tidur lagi? Ziha buat apa depan pintu bilik abang?" Tanyanya. Otakku cepat-cepat memproses alasan-alasan yang boleh digunakan.
"Err tak, nak ajak tengok tv." Kataku. Ya Allah, kenapalah kau ni Ziha, banyak-banyak alasan itu sahajakah yang mampu diberikan? Abang Razi tersenyum lebar seolah-olah mengetahui niat sebenarku
"Kalau abang Razi tak mahu tak apalah, Ziha tidur dulu" lalu aku cepat-cepat berpaling ke bilikku.
"Abang pun rindu kat Ziha juga." Katanya bagai berbisik membuatkan aku berpaling memandangnya kembali. Terasa meremang bulu roma ini apabila dia berbisik begtu. Ah..dia sememangnya tahu, tentulah dia dah buat perkara ni banyak kali betul tak.
YOU ARE READING
9 hari
ChickLitPernah dengar tak bila orang tua-tua kata 'jangan benci sangat nanti esok suka baru tahu'. Itulah yang terjadi, bertahun lamanya membenci akhirnya trasnformasi hanya mengambil masa sembilan hari.