37 - love each other

243 54 8
                                    


♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana girlfriend kau? Bukan kau cakap nak kenalkan dia dekat aku ke?" Iseul bertanya, dia melihat sekeliling mencari kelibat Chohee.

"Aku putuskan dia semalam"

"Eh? Bukan kau dah lama sukakan dia sejak kecil ke?"

"Ya, tapi dia masih ragu-ragu dengan perasaan dia. Takkan lah aku nak paksa?"

Gadis itu menganggukkan kepalanya faham. Jujur dia rasa gembira sekarang ni. Mungkin peluang untuk Jungwon sukakan dia semakin besar.

Iseul dan Jungwon berkawan rapat sewaktu di Incheon dulu. Dia sudah pernah mengungkapkan perasaannya namun dirinya ditolak mentah-mentah. Tapi tak lama selepas itu mereka berdua berbaik dan berkawan semula.

Perasaannya pada Jungwon masih kekal sama seperti dulu.

"Jungwon, aku.."

"Hm?"

Iseul diam sejenak, ini bukan waktu yg sesuai untuk menyatakan perasaannya. "Aku balik dulu. Kau tak nak ikut ke?"

Jungwon menggelengkan kepalanya. "Kau balik lah dulu" Dia menolak dengan lembut. Mungkin antara dia dan Chohee sudah tiada apa-apa lagi tapi dia memperlakukan dirinya seperti masih berpunya. Tak mahu berdua-duaan dengan perempuan lain.

Iseul melambaikan tangannya sebelum keluar dari situ.

Jungwon membuang pandangan ke luar jendela dan dia menyesali perbuatannya itu, Chohee dan Daehyun ada disana. Pulang bersama-sama. Dia tersenyum tipis.

Cakap lah dia lemah tapi air matanya mulai bertakung. Rasa bagai mimpi, Chohee yg dia katakan miliknya seminggu lalu itu telah berubah menjadi orang asing baginya. "Ha, aku tak sangka seorang perempuan boleh buatkan aku menangis"

"Mungkin betul lah aku belum matang lagi"

"Aku masih sayangkan kau, Chohee"

"Kenapa kau dengan Jungwon putus?"
Daehyun bertanya dengam berhati-hati, takut tersilap cakap. Tak pasal pasal kena marah dengan Chohee.

"Dia cakap aku tak pasti dengan perasaan aku. Tapi aku yakin aku sukakan dia. Aku pun tak faham dengan situasi sekarang"

"Kenapa dia cakap macam tu?"

Chohee tidak menjawab. Mesti lelaki ni bangga bila mendapat tahu dia lah penyebab mereka berdua putus.

"Kau tak perasan ke yg dia ni kuat cemburu dan suka marah tak bertempat? Dia tak matang lagi, Chohee. Kalau dia betul-betul sukakan kau dia takkan putuskan hubungan ni semudah tu je" Pandai cakap tapi diri sendiri tak matang.

Chohee diam. Apa yg dia katakan tu ada betulnya juga. Jungwon selalu marah dan cemburu tak bertempat, paling payah sekali dia mesti dipujuk dulu. Dia tak pernah mengalah demi Chohee.

Lagipun didalam hubungan mereka berdua tiada kepercayaan yg tinggi. Tiada sebab untuk mereka teruskan lagi.

"Tapi.. aku masih sayangkan dia"

Walaupun begitu, Chohee dan Jungwon masih saling menyayangi mungkin masih ada harapan untuk mereka memperbaiki hubungan ni. Jawapannya, salah satu daripada mereka harus menurunkan ego terlebih dahulu.

❝Boy : I'll Protect You❞ + JungwonWhere stories live. Discover now