ㅤ
♡
"Happy.. n-natiyo..nal? gerpreng dei..?" Gigih Jungwon cuba untuk membaca tulisan pada sepanduk yg tergantung diatas pusat membeli belah sambil menggaru kepalanya.
Chohee yg memerhati disisinya itu mengerutkan dahi stres tengok dia membaca tersangkut-sangkut. Tapi tak apa lah, budak tu masih dalam fasa pembesaran.
Ya, beza dua tahun tapi Chohee jauh lebih matang dan itu membuatkan dia ingin menjaga Jungwon seperti adik lelakinya sendiri.
"Happy National Girlfriend Day"
Sebutnya, memperbetulkan bacaan Jungwon tadi."Oh, apa maksudnya?"
"Entah lah, aku pandai baca je. Tapi setahu aku maksud 'girlfriend' tu teman wanita kan?"
Jungwon menganggukkan kepalanya. Satu senyuman terbit di bibirnya.
"Kejap, aku nak google dulu" Ujar Chohee sebelum menyeluk telefon miliknya didalam poket.
"Kalau macam tu.. happy.. na.. tional girlfriend day, Choco" Ucap Jungwon perlahan-lahan, dia sudah cuba yg terbaik untuk memperbetulkan sebutannya.
"Hm? Kenapa ucap dekat aku?" Lembut sahaja Chohee bertanya, matanya masih melekat pada skrin telefon.
"Sebab.." Jungwon membuang pandangan ke tempat lain sementara menyambung ayatnya.
"Ha! Aku dah google tadi. Tapi aku pening lah. Ada yg cakap hari awek tapi ada juga yg cakap hari untuk menyambut persahabatan antara perempuan. Yg kau ni ucap mana satu tadi?"
"Em.."
"Hm?"
"Yg first tu"
"Ohhh- eh?"
Jungwon tersenyum malu-malu kucing. Dia berkata lagi. "Won sukakan Chohee"
Chohee menyentuh dadanya sendiri, terharu. "Aww" Kemudian, dia membelai kepala Jungwon dengan lembut.
Tidak menolak ataupun menerima pengakuan budak lelaki itu kerana baginya suka yg dimaksudkan itu tidak lebih daripada seorang 'kakak' lagipun dia terlalu muda untuk mengambil tahu tentang semua itu.
"Chohee pula macam mana..?" Soal Jungwon lagi. Kepala ditundukkan.
Chohee menggaru belakang tengkuknya berasa janggal. Dia tidak menjawab sebaliknya menukar topik perbualan. "Jum lah balik ikan bontal yg bolat" Tubuh budak lelaki itu dia tolak perlahan.
"Won tak bulat lah!"
"Bulat ni. Kau tengok pipi kau ni. Ni apa ni, bola ke ikan buntal ni?" Chohee mencubit kedua-dua belah pipinya.
"Ish sakit lah!"
Tangannya ditepis. Jungwon merengus tanda tak suka kemudian berjalan mendahuluinya. Langsung tidak menoleh. Habis lah, dia dah merajuk.Dia mengamuk sebab soalannya tadi tidak dijawab.
"Garang betul budak ni"
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfic13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...