ㅤ
♡
"Won, makan lah" Ujar Puan Yang dengan risau, sudah seharian anak tunggalnya itu tidak menjejakkan kaki ke dapur. Minum pun tidak.
Jungwon yg sedang sibuk membuat kerja sekolah itu menganggukkan kepala tanpa memandang wajah ibunya. Puan Yang tahu, Jungwon tetap tidak akan makan.
"Ibu letak dekat sini tau? Jangan lupa makan tau?" Pesan Puan Yang sebelum menutup pintu semula.
"Tak nak makan" Kata Jungwon perlahan. Dia menarik sehelai tisu lalu mengelap pipinya yg sudah dibasahi dengan air mata.
"Aku rindukan dia"
Dia menangis dengan senyap. Tak mahu sesiapa melihat keadaannya yg teruk sekarang.Sejujurnya, dia rasa menyesal telah menghancurkan hubungan mereka begitu sahaja. Dia sedar, semua yg Chohee katakan itu betul. Dia belum matang sepenuhnya dan tindakannya tempoh hari agak kebudak-budakan.
Kemarahannya pada Daehyun dia lepaskan pada Chohee. Dia putuskan gadis itu semata-mata untuk memuaskan hatinya yg cemburu dan inginkan perhatian.
Dia sedar, dia tak matang.
"Kenapa aku macam ni?"
♡
"Percaya atau tidak tapi diorang dah break up" Beritahu Daehyun kepada beberapa orang rakannya yg sedang melepak dibelakang rumah.
"Gila! Serius lah? Macam mana kau buat?" Soal salah satu rakannya yg bernama Jake. Bertih jagung dipeluk dan mata difokuskan kepada Daehyun.
Daehyun sudah tersenyum bangga.
"Baru seminggu aku dare kau tapi kau dah berjaya. Cis! Habis duit taruhan aku" Kevin menghentakkan tangan ke atas meja kerana tak puas hati.
Siapa sangka, selama ni Chohee selalu dijadikan bahan taruhan mereka.
"Tekaan aku and Jake betul. Bagi duit kau cepat" Sampuk Jay pula.
Kevin menjeling dua orang lelaki itu sebelum memberikan duit taruhan yg diminta tadi. 20K won lenyap begitu sahaja.
"Ha sambung cepat, Daehyun"
Daehyun menyandarkan tubuh ke sofa lalu menjawab dengan riak. "Aku tak buat banyak pun. Aku hantar mesej lepastu diorang bergaduh gaduh dan gaduh eh tiba-tiba putus pula"
"Peh, hebat kau"
"Jum kita bertaruh lagi, aku rasa diorang takkan getback"
"Aku rasa diorang getback juga"
"Okey, 20K won lagi. Deal?"
"Deal!"
Kemudian, 4 orang remaja nakal itu merayakan semuanya dengan meminum minuman keras. Tak kisah soal umur. Disebalik senyuman mereka ada dua insan yg menderita.
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfiction13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...