ㅤ
♡
"Yey!! Akhirnya aku boleh merasa naik feri" Kata Riki dengan teruja, seluruh gerak geri tubuhnya mengatakan semuanya. Bukan main lagi dia menari.
"Jum masuk cepat" Ajak Minwoo kepada dua orang rakannya, menarik beg bagasi masuk ke dalam feri.
Jungwon mengikutinya tanpa sebarang suara. Dia memanjangkan leher mencari keberadaan Chohee. Dapat dia lihat disana gadis itu sedang kesukaran untuk menarik dua beg bagasi.
"Weh, kau letakkan beg bagasi aku pergi dalam boleh?" Pintanya kepada Riki. Belum sempat temannya itu membalas dia sudah pun pergi meninggalkan mereka berdua.
Dia menghampiri Chohee dan langsung menarik dua beg bagasi itu.
"Eh- Jungwon?"
Dia tersenyum sampai ke telinga sebaik sahaja Chohee menyebut namanya. "Kenapa kau sampai bawa dua beg bagasi? Nak tinggal setahun dekat pulau tu ke?" Perlinya sambil menahan tawa.
"Mana ada. Yg warna merah tu Daehyun punya. Dia paksa aku bawa"
Dia berhenti lalu mencampakkan beg bagasi yg berwarna merah itu ke dalam air tanpa teragak-agak. Chohee ternganga melihat tindakannya tadi. "Kau.."
"Jum" Ajak Jungwon dengan senyuman lebar. Dia menarik tangan Chohee dan jalan bersama seperti tiada apa-apa yg terjadi.
"Macam mana dengan beg bagasi tu?"
"Biarkan. Kita buat-buat tak tahu je"
Chohee ketawa kecil. Nampaknya, hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Patut kah dia memberikan jawapan sekarang? Dia merenung wajah Jungwon dari sisi. "Kau ada bagi aku klip rambut kelmarin kan? Warna putih"
"Ya. Kau suka ke?"
"Mesti lah. Aku ada pakai sekarang. Tengok ni" Chohee menepuk bahunya memintanya untuk berhenti dan melihatnya. Dia menunjuk ke arah klip rambut yg melekat dirambutnya sendiri.
"It looks good on you"
Dia tersengih gembira mendengar pujian yg keluar daripada mulut Jungwon itu.
"Aku ada belikan yg baru lagi. Warna pink macam lip tint kau"
"Wah! Mana mana mana?"
Jungwon mengecilkan kedua-dua matanya lalu memuncungkan bibirnya. Dia berpura-pura menjeling Chohee. "Tak boleh. Aku akan bagi kau bila kau dah bagi jawapan dekat aku"
"Okey, aku bagi jawapan sekarang. Nak?"
Dia meneguk liur sendiri, tiba-tiba rasa gemuruh. Tak sangka Chohee ingin memberikan jawapan secepat ini. "Okey, apa jawapan kau?"
"Aku-"
"Semua pelajar diminta untuk berkumpul ke tempat masing-masing dan bersiap sedia untuk makan tengah hari sekejap lagi. Saya ulang, semua pelajar diminta untuk berkumpul ke tempat masing-masing dan bersiap sedia untuk makan tengah hari sekejap lagi"
Suara pemberitahuan dari alat pembesar suara itu membuatkan mereka berdua terpaksa berpisah buat sementara. Mereka berpandangan sebentar. "Kalau macam tu, nanti je lah kau balas"
Chohee menganggukkan kepalanya. "Aku masuk dulu"
Jungwon masih berdiri di tempat yg sama, memastikan Chohee benar-benar dapat masuk ke dalam bilik dengan selamat.
"Jungwon, jum masuk"
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfiction13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...