ㅤ
"Jungwon!"Akhirnya, dia mendapat peluang untuk berbicara dengan Jungwon. Jejaka itu menghentikan langkahnya dan menantikan dia menyambung kata-katanya.
"Aku minta maaf, aku cuma tak nak kau kena denda dengan cikgu. Jangan marah lagi, please?"
"Aku cuma nak tahu, kau tak percayakan aku ke? Daehyun ganggu aku selama ni, kau expect aku nak happy? Lagi-lagi dia claim kau masih sukakan dia. Betul ke?"
"Aku percayakan kau. But still, gaduh dekat sekolah tu tak elok"
"Yg kau marahkan aku sangat apa hal? Macam mana dengan Daehyun? Kau bagi lampu hijau untuk dia rosakkan hubungan kita ke?"
"Jungwon, bukan macam tu.."
"Habis tu?"
Dia menggigit bibir bawah. Tidak dapat menjawab soalan yg ringkas itu.
"Jadi betul lah kau masih ada perasaan dekat dia?"
"..tak"
Keraguan didalam suaranya membuatkan Jungwon tersenyum pahit. Perempuan ni masih belum pasti dengan perasaannya sendiri. Dia memejamkan mata memberanikan diri untuk mengatakan ayat yg dia tak pernah terfikir untuk lafazkan selama ni.
"Kita putus"
"Apa?" Chohee membalas pandangannya tak percaya. Matanya mula berkaca-kaca begitu pantas.
"Kau masih tak pasti dengan perasaan kau. Datang lah dekat aku balik bila kau dah betul-betul sukakan aku. Jangan risau, aku takkan berhenti sukakan kau"
Chohee menggenggam tangan kekasihnya itu dengan erat, air matanya mengalir. "Jungwon, aku tak nak. Aku tak pernah cakap pun aku sukakan dia" Kepala digelengkan laju sebagai tanda tak mahu.
"Ya, kau tak pernah cakap. Tapi suara, mata dan air muka kau mengatakan semuanya. Rasa nak mulakan hubungan dengan Daehyun tu masih tersisa dalam diri kau, Chohee"
"Aku masih sukakan kau tapi kita tak boleh teruskan semua ni. Maaf"
Chohee sudah menangis teresak-esak dihadapannya. Tapi dia memilih untuk melangkah meninggalkannya keseorangan disitu. Dia masuk ke dalam perut kereta dan air mata yg dia tahan sejak tadi akhirnya gugur.
"Aku dah buat yg terbaik.. tapi Chohee masih tak sukakan aku"
Dia menangis sepuas-puasnya.
"Kita tak boleh teruskan semua ni kalau kau masih ada perasaan dekat orang lain"
Jungwon harap, dia buat keputusan yg betul.
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfic13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...