ㅤ
"Jungwon, aku datang ni"
Pintu bilik ditolak perlahan. Seorang gadis melangkah masuk ke dalam dan duduk disebelahnya. Wajah Jungwon yg sedang tidur lena itu ditatap lama."Jungwon.."
Jungwon terjaga dari tidurnya disaat merasakan pipinya dibelai lembut oleh seseorang. Dia membuka mata perlahan dan alangkahnya gembiranya dirinya melihat Chohee berada dihadapan mata.
"Akhirnya, kau datang juga. Aku rindukan kau sangat-sangat" Ungkapnya perlahan. Leher gadis itu dia peluk membuatkan dada gadis itu turut jatuh padanya.
"J-jungwon.."
Gadis itu cuba untuk meloloskan dirinya namun Jungwon mengeratkan lagi pelukan. Akhirnya dia membalas dan tidak membantah lagi.
"Gara-gara kau lah aku demam macam ni. Kau tak sepatutnya buat aku macam ni,"
Jungwon menangis didalam pelukan.Mereka berdua senyap buat beberapa saat.
",maafkan aku" Ucapnya lagi.
Gadis itu sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Bibirnya perlahan-lahan mengukir sebaris senyuman bahagia. Tak sangka Jungwon rindukan dia sampai macam ni sekali.
♡
"Daehyun, malam ni aku tak boleh belajar dengan kau. Aku nak lawat seseorang malam ni" Beritahu Chohee kepada Daehyun.
"Siapa sakit?"
"Pergi je lah balik" Marahnya. Dah kenapa nak menyibuk hal orang.
Sempat Daehyun berpura-pura sedih terpaksa pulang ke rumah padahal di dalam hatinya dia sangat gembira. "Eh aku pun tak nak ajar kau lah perempuan"
Air muka Chohee berubah sebaik sahaja lelaki itu pergi. Mukanya yg cemberut tadi bertukar menjadi risau. Dia menanggalkan begnya dan dicampakkan ke dalam rumah begitu sahaja.
Kemudian, dia menuju ke rumah Puan Yang.
Ibu bapa Jungwon sibuk hari ini, mereka kena keluar buat beberapa jam dan terpaksa meninggalkan Jungwon seorang diri. Jadi, Puan Yang tidak mengunci pintu bagi memudahkan Chohee melawat anak lelakinya itu.
Tanpa salam dan apa-apa dia langsung menapak masuk ke dalam. Jantungnya berdegup pantas apabila berdiri di hadapan bilik Jungwon. Dia menghembuskan nafas, menenangkan diri.
Pintu yg sedikit terbuka itu ditolaknya perlahan tapi kehadiran seorang gadis disitu membuatkan dia terhenti. Gadis itu duduk disisi katil dan dia dipeluk oleh Jungwon yg sedang berbaring. Lama-kelamaan gadis itu membalas pelukannya.
Chohee tak kenal perempuan ni. Tapi dia pernah melihat wajahnya sekali. Sewaktu disekolah. Gadis ini dipanggil Iseul.
Mulut ditekup rapat. Tak mahu membuat sebarang bunyi. Kemudian, dia menutup pintu dengan berhati-hati.
Dia masih berdiri di belakang pintu cuba untuk memproses situasi sekarang. Kenapa Iseul ada di sini? Jungwon tak perlukan dia lagi ke? Kenapa Jungwon peluk dia?
Tanpa dia sedari air matanya sudah pun jatuh mengalir.
"Mungkin lebih baik aku tak datang"
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fiksi Penggemar13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...