ㅤ
Iseul memerhatikan setiap geri geri Jungwon dengan fokus, semua yg lelaki tu buat dia suka. Walau dia cuma berbaring dan memejamkan mata. "Jungwon, kau tidur ke?""Tak"
Iseul mengumpulkan keberanian untuk bertanya tentang hal semalam. "Semalam tu, kau betul-betul maksudkan ke?" Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan malu.
Jungwon membuka matanya. "Apa yg terjadi semalam?" Masih berfikir.
Senyuman gadis itu jatuh. Jungwon tak ingat ke? "Kau tak ingat?"
"Tak. Kau ada datang lawat aku semalam ke?" Soal Jungwon lagi, benar-benar tak tahu.
Iseul mula berasa hairan. Semalam, Jungwon sendiri yg peluk dia tapi kenapa hari ni dia tak ingat? Iseul mimpi ke? "Ada. Aku lawat kau pukul 11 lebih. Serius lah kau tak ingat.."
Jungwon terdiam seribu bahasa. Mungkin orang yg dia peluk semalam itu bukan lah Chohee tetapi gadis dihadapannya sekarang ni. Dia tak sihat dan terlampau rindukan Chohee semalam sehingga Iseul pun dia tersilap pandang sebagai Chohee. Lagipun, bilik tu gelap.
"Jungwon..?" Iseul bersuara apabila dia tidak membalas apa-apa lagi.
Soalan dibalas demi soalan. "Apa yg jadi semalam?"
"Kau peluk aku dan kau cakap aku lah penyebab kau sakit, sebab kau rindukan aku sangat-sangat. Kau mengigau ke?"
"Ya, aku mengigau sebab aku tak ingat apa-apa" Bohong Jungwon.
Dia menukar posisinya mengiring ke kanan, tak mahu berpandangan dengan Iseul lagi. Dia perlu berfikir. Maknanya, Chohee tidak pernah melawat sejak dia sakit ke? Rupa-rupanya orang yg dia peluk semalam tu bukan Chohee.
Dia mencapai telefon pintar miliknya yg terbaring diatas meja. Mesej yg dia hantar kepada Chohee awal tadi dia periksa sekali lagi.
me
good morning♡seen
"Oh patutlah tak ada balasan" Kecewa. Pantas dia memadam mesej itu. Ingatkan dia dan Chohee sudah berbaik semalam rupa-rupanya dia salah. Nyaris-nyaris saja dia malukan diri sendiri.
♡
"Kenapa datang masa cuti ni?" Chohee bertanya dengan melipatkan kedua-dua tangannya ke atas dada, dia memandang Daehyun dengan malas.
"Aku nak ambil buku nota aku. Tertinggal dekat sini. Tak boleh?"
Dia menjeling ke tempat lain lalu membuka telefonnya. Terbeliak matanya saat melihat satu mesej daripada Jungwon. Hampir terjerit dia dibuatnya. Terlampau bahagia.
"Wah dia mesej aku?"
jungwon♡
good morning♡Dia tersenyum. Jari jemarinya mulai menari diatas papan kekunci, menaip balasan yg ingin dihantarkan kejap lagi. Tapi belum dia selesai, mesej itu sudah dipadam.
jungwon♡
this message was deleted"Ah.. Dia salah hantar mungkin. Aku tak sepatutnya teruja sangat" Dia memaksa diri untuk tersenyum, berpura-pura baik-baik sahaja. Itu lah yg dia lakukan setiap hari.
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfic13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...