ㅤ
♡
"Chohee, kenapa tak lawat Jungwon?"
Soalan Chanmi menghentikan gerak geri Chohee, dia meletakkan sudu ke atas pinggan."Lawat?"
"Kamu tak tahu ke? Kamu berdua kan bercinta. Jungwon demam panas. Puan Yang bagitahu sema-"
Chohee bangun tanpa menunggu ibunya selesai bercakap. Lantas, dia berlari ke rumah keluarga Yang yg terletak disebelah rumah mereka.
"Helo!" Pintu bel ditekan tanpa henti.
"Chohee datang ni!" Tangannya tak berhenti dari menekan bel pintu tersebut, terlalu risaukan Jungwon.
Akhirnya, pintu dibuka membuatkan dia berhenti. Pelik, Jungwon lah orang yg membuka pintu itu dan dia terlihat tidak sakit sama sekali. "Chohee.."
"Kau sihat? Aku dengar kau demam"
"Aku okey je"
"Tapi, mak aku cakap kau tak okey?" Chohee mengamati wajah jejaka itu cuba untuk melihat dimana terletaknya 'demam' itu.
"Kau balik lah. Aku okey je, jangan risau"
Entah mengapa mungkin kerana dia sudah lama mengenali Jungwon. Dari nada suaranya pun dia tahu lelaki ni menipu.
"Kau demam, jangan tipu"
Jungwon membuang pandangan ke tempat lain. Mengelak membuat hubungan mata dengannya. "Mana ada. Aku sihat je lah"
"Em.. Boleh menunduk sikit tak?" Pinta Chohee dengan suara yg perlahan.
Mendengar itu Jungwon tidak bisa menolak, dia menundukkan kepala seperti yg Chohee inginkan. Mata dipejam tatkala merasakan sentuhan gadis itu diatas dahinya.
"Panas. Kenapa kau tipu aku?"
Dia membuka mata membalas pandangan perempuan dihadapannya. "Aku tak tipu. Aku tak sakit. Aku cuma rindukan kau" Balasnya.
Jungwon tidak menyedari fakta yg dia demam disebabkan terlalu merindukan Chohee. Mabuk cinta lah katakan. Perutnya yg kelaparan pun diabaikan oleh tuan badan sendiri. Yg dia mahu hanya lah, Lee Chohee.
"Kalau kau rindu aku, jangan putuskan aku. Aku dah cakap aku sayangkan kau seorang je kan? Kenapa degil nak putus juga?"
"Bodoh.." Marah Chohee lagi.
"Maaf. Aku pun tak tahu apa yg aku fikir masa tu"
"Aku sedar aku salah. Aku sedar aku tak matang lagi. Tapi lepasni aku akan cuba untuk jadi yg terbaik untuk kau. Aku janji akan jaga kau dengan lebih ba-"
Ayatnya terputus ketika Chohee memeluknya. Dia tersenyum gembira lalu membalas pelukan gadis kesayangannya itu.
"Aku faham. Aku sayangkan kau, Jungwon. Mari mulakan semuanya balik" Ujar Chohee lalu mengecup pipinya sekilas.
Jungwon tidak tahan lagi, dia ingin melepaskan rindunya selama ini. Dagu Chohee dia angkat lembut kemudian dia mendaratkan ciuman pada bibirnya. Sebelah tangannya merangkuli pinggang gadis itu.
Dan mereka berdua hanyut didalam dunia mereka sendiri.
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfiction13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...