ㅤ
♡
"Chohee!"
Dia terjaga dari tidur disaat suara Jungwon menembusi telinganya. Langsir jendela dibuka bagi memudahkan dirinya melihat lelaki itu. "Buka pintu ni, please" Rayunya.
Chohee yg baru bangun itu hanya menurut. Dia berjalan menghampiri pintu utama sambil menggosok matanya. Masih mamai. "Kenapa?" Dia menyoal sebaik sahaja membuka pintu.
Jungwon tidak menjawab. Tubuh kecil Chohee dipeluk dengan erat. "Chohee, aku sukakan kau aku tak kisah tentang masa lalu kau. Semua aku terima" Dia mengungkapkan perasaannya dengan berani.
Chohee putus kata. Tak sangka Jungwon masih menaruh perasaan terhadap dirinya.
"Mungkin aku bukan yg pertama bagi kau tapi kau pertama dan terakhir aku"
"Aku sedih bila kau anggap aku hanya orang asing sedangkan penyebabkan aku berubah macam ni sebab nak buatkan kau jatuh hati dekat aku"
"Boleh bagi peluang untuk aku?"
"Jungwon.." Chohee meleraikan pelukan perlahan. Dia mengundur satu langkah ke belakang. "Semua ni terjadi secara drastik jadi aku perlukan masa untuk berfikir"
"Aku boleh jaga kau lebih baik daripada lelaki lain. Umur bukan penghalang, aku dah matang"
"Ya ya, aku faham.. Aku perlukan masa untuk berfikir"
"Maaf" Jungwon tahu dia tergesa-gesa tapi dia buat semua ni sebab takut lelaki kelmarin akan merampas Chohee daripadanya.
Dia mengorak langkah, perlahan-lahan menjauhi perkarangan rumah keluarga Lee. Harap-harap lah perasaannya tidak ditolak lagi.
Chohee memerhatikannya sehingga menjauh. Tangannya diletakkan diatas dada. Dapat dia rasakan jantungnya berdegup kencang. Semua ni terjadi secara tiba-tiba. Dia masih cuba memproses situasi sekarang.
"Dia.. suka aku?"
"Bukan dia dah move on ke masa dekat Incheon dulu?"
"Aku tak tahu apa yg aku patut lakukan sekarang"
"Aku suka dia ke?"
Dia meraup muka seraya mengeluh. "Ah aku tak tahu"
♡
Keesokan harinya,
Jam dinding dihadapan ditenung lama oleh Chohee. Tinggal 5 minit lagi jarum jam akan menunjuk ke arah angkah 3. Perasaannya tak usah ditanya lagi. Gemuruh sangat. Paling mendebarkan sekali, Jungwon ialah seseorang yg akan tiba awal daripada masa yg telah ditetapkan.Tok tok tok
"Aku dah sampai"
Semakin pantas degupan jantungnya disaat mendengar suara Jungwon. Jejaka tu sudah berada diluar bilik.
Dia meneguk air liur. "Masuk lah"
Pintu ditolak perlahan menampakkan kehadiran Yang Jungwon. Senyuman kecil diukir sebelum melabuhkan punggung dihadapan meja belajar. Dia cuba yg terbaik untuk tidak berpandangan dengan Chohee.
"Duduk lah"
Gadis itu duduk dihadapannya. Mereka berdua diam membisu buat beberapa minit.
"Jungwon, pasal semalam tu-"
"Lupakan"
"Ha?"
"Anggap macam tak pernah terjadi"
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfic13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...