45 - trust issue

244 60 1
                                    




♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Chohee.."

Pemilik nama itu menundukkan kepala dan cuba untuk berjalan melewati dirinya. Nasib baik, dia sempat mencapai tangan gadis itu. "Chohee, please. I miss you so bad"

Chohee mendiam dirinya.

"Kenapa tak pernah lawat aku walaupun sekali? Kau tak risaukan aku ke? Kau sendiri tahu aku merengek macam orang gila nak jumpa kau masa aku sakit. Aku nak tengok kau sangat-sangat tapi kau tak pernah datang"

"Penyebab aku sakit macam tu pun sebab rindukan kau. Kau memang tak ada perasaan dekat aku lagi ke? Memang aku seorang je ke yg sakit dekat sini?"

"Memang patut pun.." Chohee membalas perlahan. Mengelak berpandangan mata dengannya.

"Ha?"

Dia menggenggam penumbuk sebelum menjawab. "Kau yg putuskan aku sendiri. Kau yg pilih untuk tamatkan semua ni. Memang patut pun kau rasa sakit" Matanya mulai berair.

"Maaf. Aku sedar kesalahan aku. Lepasni aku akan cuba jadi yg terbaik untuk kau. Aku cuma nak tahu satu benda je, kau tak kisahkan aku ke?"

"Tolong pandang muka aku. Aku rindu kau, Chohee. Aku tak boleh teruskan semua ni. Tolong terima aku balik. Tolong sayangkan aku balik"

"Penipu. Aku tak percayakan kau lagi" Balas Chohee, air matanya dibiarkan mengalir.

"Aku buat salah apa lagi? Tolong bagitahu aku. Aku akan perbaiki semuanya, okey?"

"Kau cakap kau rindukan aku tapi kau dengan perempuan lain. Aku nampak semuanya. Malam tu, aku cuba untuk lawat kau tapi kau peluk perempuan lain. Kau rindukan dia, bukan aku. Jangan cuba tipu aku, Jungwon"

Jungwon meraup muka. Tak sangka Chohee nampak semua tu. "Tak. Aku tak rindukan dia. Masa tu kepala aku sakit sangat dan bilik tu gelap. Dalam fikiran aku selama sakit tu hanya ada kau jadi aku ingatkan Iseul tu kau. Please, aku rindukan kau seorang je masa tu"

"Jungwon, aku tak rasa aku boleh percayakan kau semudah tu" Chohee membalas sambil menangis. Dia pun masih sayangkan Jungwon tapi entah lah, selepas apa yg Daehyun lakukan padanya dia mengalami kesukaran untuk mempercayai lelaki lagi.

"Aku tak tipu. Aku cakap perkara yg betul. Tolong lah percayakan aku"

"Maaf"

Kali ini, giliran Jungwon pula untuk menangis. Lama dia diam. Susah berbicara disaat dirinya tersedu-sedu.

"Aku takut apa yg Daehyun buat dekat aku akan berulang lagi"

Jungwon segera menarik gadis itu ke dalam pelukannya. "Aku bukan Daehyun, kau boleh percayakan aku. Please.."

"I love you.. I love you so much, Chohee. I love you. I love you"

Dia mengulangi kalimat yg sama bersama air mata yg mengalir tanpa henti. Chohee seorang sahaja yg mampu membuatkan dirinya menjadi lemah sehingga ke tahap ini.

"Esok aku akan bagi keputusan sama ada aku nak teruskan hubungan ni ataupun tidak. Aku harap kau faham"

"Boleh, kan?"

Mata dipejam rapat ketika Chohee membalas pelukannya. Dia menganggukkan kepala. "Terima kasih" Air mata dilap.

Kemudian, Jungwon melangkah pergi tanpa mengatakan apa-apa lagi. Dia risau jika Chohee sempat melihat wajahnya menangis.

Gadis itu memandangnya yg semakin menjauh. Tangannya bergerak perlahan cuba untuk merasakan sesuatu dirambut. "Klip rambut?" Rupa-rupanya Jungwon sempat menyepitkan klip rambut itu sebelum pergi.

Dia menyeka air matanya.

"I love you too, Jungwon"

❝Boy : I'll Protect You❞ + JungwonWhere stories live. Discover now