ㅤ
"Weh, berapa lama korang dapat cuti sebenarnya? Aku meluat lah hadap muka kau setiap hari" Heeseung memulakan peperangan dipagi-pagi buta yg tenang ini."Seminggu. Kalau kau tak tahan, pergi lah duduk bawah jambatan tu. Biar kena makan biawak" Balas Chohee, jelingan singkat dihadiahkan kepada abangnya.
"Ha, biadap! Kau kejap kau, aku nak report dekat mak biar kau kena marah" Heeseung berlari masuk ke dalam bilik berpura-pura ingin membuat panggilan. Dia mengintip ingin melihat reaksi adiknya. Namun, Chohee tidak kisah langsung.
"Tak syok lah budak ni. Dah besar dah tak boleh ajak gaduh cis"
Ding dong!
Pantas Chohee memandang ke arah bilik Heeseung berharap agar abangnya itu akan keluar dan pergi membuka pintu. Tapi, tak keluar keluar juga.Dia mengeluh. Terpaksa mengalah.
Pintu utama dibuka dan menampakkan satu susuk tubuh yg dia sangat kenali. "Helo. Cikgu tutor awak dah sampai ni" Kata si dia sambil tersenyum manis.
Chohee mengedipkan matanya tak faham dengan situasi sekarang. Dia buat lawak ke? "Kau? Jungwon? Cikgu tutor aku?"
Jungwon melangkah masuk ke dalam dan sempat melanggar bahunya perlahan. Buat macam rumah sendiri. "Ya. Mak kau yg cadangkan tapi aku buat secara percuma" Punggungnya dilabuhkan diatas permukaan sofa.
"Ha? Kenapa kau?"
"Tak apa, aku jadi cikgu tutor kau untuk sementara je. Kalau dah jumpa cikgu tutor yg sebenar aku akan berhenti ajar kau"
Chohee menganggukkan kepala sebagai tanda faham kemudian duduk dihadapannya. Dia masih tak tahu nak rasa apa. Suka? Benci? Dia tak tahu. Suasana menjadi sunyi sepi seketika. Sesekali matanya mencuri-curi pandang wajah jejaka dihadapannya itu.
"Macam mana-"
"Jadi-"Bibir bawah digigit, rasa malu membuka mulut diwaktu yg tidak sesuai.
"Kau dulu" Bilang Jungwon,
"Macam mana kau boleh dapat nombor aku?"
"Abang kau bagi"
Kali ini dia mengetap gigi memaki abangnya didalam hati. Suka hati dia je bagi nombor orang. Nasib baik lelaki tu Jungwon, kalau orang lain macam mana?
"Pasal mesej tu.."
Chohee berhenti berbicara, rasa segan ingin meneruskan.
"Betul, aku rindu kau" Jawab Jungwon tanpa disoal. Dia tersenyum kecil. Mungkin diluar dia terlihat biasa sahaja tapi sejujurnya, jantungnya berdegup kencang bagai ingin meletup sekarang.
"Aku lupa balas mesej kau tapi sebenarnya aku pu-"
"Okey, kita belajar sekarang" Dia memotong percakapan Chohee dengan sengaja. Tak mahu mendengar balasan daripada gadis itu. Dia tahu, Chohee tidak merindukannya. Mesejnya pun belum terbalas.
"Oh kejap aku nak ambil buku dulu"
♡
YOU ARE READING
❝Boy : I'll Protect You❞ + Jungwon
Fanfic13+ ❝Aku belum sedia nak lepaskan Jungwon yg dulu❞ Dia tiba-tiba tinggalkan aku dan kembali sebagai orang yg berbeza. Mana Jungwon yg polos dan comel dulu? ┌ · · · · ♡ was ranked 1 #jungwon Draft : 15 December 2021 Start : 22 December 202...