Ethan menarik Luna keluar daripada cafe. Luna sekadar mengikut langkah Ethan tanpa banyak tanya. Luna takut untuk bertanya melihat emosi Ethan yang masih belum stabil. Cengkaman lelaki itu di tangan Luna juga sangat kuat sehingga menyebabkan pergelangan tangan gadis itu merah.Kaki Ethan berhenti di hadapan bilik rawatan kolej. Kolej mereka memang menyediakan bilik rawatan bagi memudahkan pelajar mendapatkan rawatan bagi luka-luka kecil ataupun untuk pelajar berehat apabila mereka sakit.
Dia membuka pintu setelah pasti tiada orang lain di dalam bilik tersebut. Tangannya pantas menutup dan mengunci bilik itu setelah dia menarik Luna masuk. Kakinya dibawa mendekati salah satu katil yang berada di dalam bilik rawatan itu.
Ethan merebahkan badannya ke atas katil. Badannya terasa sengal ditumbuk Josh. Ethan membuka mata memandang Luna yang masih berdiri tegak di sebelah katil. Tangannya pantas menarik Luna duduk di birai katil. Dia meletakkan kepalanya ke atas riba Luna. Terkejut gadis itu dengan tindakan spontan Ethan.
"Aku nak rehat kejap." Mata Ethan masih lagi dalam keadaan tertutup.
Luna membiarkan sahaja kepala Ethan di ribanya walaupun dia sangat terkejut. Kesian pula kepada lelaki itu apabila melihat mukanya yang bengkak-bengkak dan darah kering di bibirnya itu.
Mata Luna ralit memerhati wajah Ethan yang sedang tidur di pahanya. Kening Ethan yang lebat dan terbentuk cantik. Hidungnya yang tinggi dan 2 ulas bibir yang merah menandakan lelaki itu tidak merokok. Kulit Ethan juga bersih daripada sebarang cela mahupun jerawat.
Semasa mereka berduaan di dalam tandas tadi, dia tidak berpeluang untuk menilik jauh ini secara dekat kerana lebih banyak memandang lantai tandas daripada muka kacak Ethan.Bercakap tentang bibir membuatkan muka Luna kepanasan dan pipinya bertukar merah. Dia teringat kejadian sebentar tadi di mana Ethan menciumnya di hadapan semua orang.
Tangan Luna naik untuk menyentuh muka Ethan namun terhenti apabila Ethan membuka matanya.
"Kenapa?" Mata Ethan memandang tepat ke anak mata Luna.
"Kenapa apa?" Luna bertanya balik kerana tidak mengerti apa yang ditanya Ethan.
"Kenapa pipi kau merah." Ethan bangun lalu bersandar ke kepala katil.
"Oh, bilik ini panas." Luna cepat-cepat bangun dari katil. Dia ingin mengelak daripada bertentangan dengan mata lelaki itu lagi. Jantung berdetak laju setiap kali matanya bertemu mata Ethan.
Luna berlalu ke sebuah kabinet dan membukanya sebelum tangannya mencapai first aid yang disimpan di dalamnya. Dia juga turut membuka aircond untuk mengurangkan debaran yang dirasakan di dalam hati.
Selesai mencuci tangannya, Luna kembali kembali duduk di tepi Ethan dan mengeluarkan kapas, antibiotik dan juga iodin untuk merawat luka Ethan.
"Sini saya bersihkan luka awak." Luna mendekatkan sedikit badannya ke arah Ethan untuk memudahkan kerjanya membersihkan luka Ethan.
Tangannya perlahan-lahan menyapu kapas yang diletakkan antibiotik di tepi bibir Ethan.
"Auch." Ethan mendesah kesakitan apabila antibiotik itu terkena lukanya. Laju Luna meniup bibir Ethan apabila Ethan mengerutkan mukanya menahan pedih.
"Sorry." Dia meneruskan aktiviti membersihkan luka Ethan menggunakan antibiotik sehingga selesai sebelum meletakkan sapuan iodin ke kapas.
Ethan ralit memerhatikan wajah Luna yang sangat hampir dengannya. Pandangan Ethan jatuh pada bibir Luna yang sedang meniup luka yang disapukan dengan iodin itu untuk mengurangkan pedih yang dirasakan oleh Ethan. Luna terus menutup luka tumbukan besar di pipi Ethan dengan plaster kerana itu sahaja yang ada di dalam first aid tersebut.
Ethan yang masih ralit memandang Luna sehingga dia tidak tersedar yang Luna sudah selesai merawat lukanya.
"Okay, dah siap." Ethan tersentak mendengar suara Luna.
Luna mengangkat muka dan matanya dengan tidak sengaja bertembung dengan mata Ethan yang sedang turut memandangnya.
Luna pantas melarikan pandangannya. Pipinya kembali berona merah. Ethan tersenyum nipis melihat pipi Luna yang kemerahan. Dia mendekatkan wajahnya dengan telinga Luna.
"Tadi kau cakap sebab bilik ini panas. So, kali ini sebab apa pula pipi kau merah?" Muka Ethan masih lagi di tepi telinga Luna. Perkara ini makin membuat wajahnya bertambah merah. Dia menundukkan kepalanya ingin mengelakkan daripada pandangan Ethan.
"Thanks sebab rawat luka aku." Ethan mencium sekilas pipi Luna sebelum dia berlalu keluar dari bilik rawatan.
Luna masih pegun di birai katil sambil memegang pipi kanannya yang dicium Ethan.
***
Sudah seminggu berlalu selepas kejadian dia dicium oleh Ethan di cafe sekolah dan dicium di pipi oleh Ethan. Ethan juga tidak kelihatan dikolej selepas kejadian seminggu yang lalu. Ini bermakna sudah seminggu Ethan tidak ke kelas.
Fikiran Luna kembali mengingati perbualannya bersama Alice sehari selepas dia dijadikan kambing hitam Ethan. Dia masih ingat Alice yang mendesaknya dengan pelbagai pertanyaan. Hampir pecah kepala Luna dengan desakan Alice.
"Kau dengan Ethan pernah kenal ke? Since when lagi kau bercinta dengan Ethan? Asal tak bagitahu aku pun. Sampai hati kau buat kawan kau macam ini. Ini yang buat aku nak menangis ini. Kawan baik aku sendiri tak bagitahu aku yang dia couple." Luna menjeling matanya ke arah melihat aksi Alice yang berpura-pura menangis itu. Dah la mulut dari tadi tak berhenti tanya soalan.
"Kau tak payah nak buat sedih sangat. Aku dengan Ethan bukan ada apa-apa pun. Aku pun pernah jumpa dia sekali jer kat tandas semalam. Tup-tup, hari itu juga aku jadi girlfriend tipu dia." Luna menjelaskan kepada Alice bagaimana dia dan Ethan boleh berkenalan.
"Betul ini kau dengan Ethan tak ada apa-apa? Kau tak tipu aku?" Tanya Alice lagi tidak mempercayai kata-kata Luna. Luna menggeleng kepala mendengar soalan baru yang ditanya Alice
"Betul. Aku tak ada masa lah nak tipu kau." Malas Luna nak layan perangai senget Alice ini
Alice laju memeluk Luna berpuas hati dengan jawapan yang diterimanya.
"Pastu, kenapa dia cakap kau girlfriend dia?" Alice menegakkan kembali badannya menghadap Luna.
Luna mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Sudah penat melayan soalan-soalan tak seberapa KBAT daripada Alice.
Luna tersentak apabila sebuah buku dihempap dihadapannya.
Matanya memandang tajam Alice yang sedang tersengih seperti kerang busuk itu.
"Sorry. Aku tak sengaja, dari tadi aku panggil tapi kau asyik termenung saja." Alice meletakkan chicken chop diatas meja sebelum menarik kerusi untuk duduk.
"Kau termenungkan siapa? Ingat buah hati yang dah seminggu tak datang kelas ke?" Alice mengangkat-angkat keningnya sambil tangan ligat memotong dan menyuap chicken chop masuk ke dalam mulut.
"Mana ada. Tak adanya aku nak pikir pasal dia." Luna menafikannya.
Bibir Alice naik membentuk senyuman. "Ye lah tu tak pikir pasal Ethan." Alice semakin seronok mengusik kawannya itu apabila pipi Luna kemerahan kerana malu.
"Talk about your sweetheart. There he go." Alice memuncungkan bibirnya ke belakang Luna.
Luna pantas berpaling ke arah belakangnya. Bibirnya tersenyum apabila melihat Ethan yang sedang berjalan ke sebuah meja selang beberapa daripada mejanya bersama Liam.
Merasakan ada yang sedang memerhatikannya, Ethan pantas berpaling ke kirinya dan matanya terus bertemu dengan mata Luna.
Luna terus berpaling ke depan semula apabila dia tertangkap oleh Ethan. Dia tersenyum lebar dapat melihat wajah Ethan.
What is wrong with my heart.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...