Bab 4

690 28 1
                                    


Sudah sejam Luna berada di perpustakaan kolej untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah undang-undangnya pada minggu lepas. Dia memang tidak suka menangguh kerja yang diberikan oleh semua pensyarahnya. Jika dia mempunyai masa lapang maka masa itu akan digunakan untuk untuk menyiapkan mana-mana tugasan yang ada supaya nanti dia tidak kelam-kabut perlu menyelesaikannya last minute.

"Aku nak pergi cari buku kejap." Luna memberitahu Alice yang berada di depannya. Di mana ada Luna, di situ ada Alice. Dah macam belangkas tak boleh berpisah. Alice sekadar mengangguk tanpa mengangkat kepalanya kerana dia sibuk berbalas pesanan dengan buah hati kesayangannya Liam.

Luna menjelingkan matanya.

Annoying.

Luna terus ke bahagian yang menempatkan buku-buku berkaitan undang-undang perniagaan. Semua rak buku dan setiap tingkat rak buku itu diperhatikan dengan teliti supaya tidak terlepas pandang namun buku yang dikehendaki masih belum kelihatan. Dia terlalu leka mencari buku sehingga dia tidak perasan dia sudah berada di bahagian belakang library. Sedikit jauh dari pandangan pelajar-pelajar yang lain.

Luna tersenyum apabila dia terpandang buku yang dicari itu berada di tingkat paling atas. Luna menjengket sedikit kakinya untuk mencapai buku tersebut tetapi dia hanya dapat menyentuh buku itu dengan hujung jarinya. Dia memandang di sepanjang lorong untuk melihat jika ada bangku kecil yang selalu digunakan oleh pelajar untuk mengambil buku yang terletak di paras yang tinggi. Sayangnya, tidak ada satu pun bangku kecil yang ada dan dia juga sudah malas hendak ke depan semata-mata untuk mengambil bangku tersebut.

Luna memijak sedikit rak kayu itu untuk menambah ketinggiannya. Luna yang hanya setinggi 160 cm masih tidak dapat mengambil buku itu. Tanpa disedari, ada satu mata yang sedang memerhati perbuatan Luna dari awal lagi. Bibirnya terjungkit senyum apabila melihat gadis itu terkial-kial untuk mengambil buku yang terletak di bahagian paling atas rak kayu itu.

Dah pendek itu buat jelah cara orang pendek

Ethan mendekati Luna perlahan-lahan tanpa mengeluarkan bunyi. Luna yang tidak menyedari kehadiran Ethan itu masih mencuba sedaya upaya untuk cuba mencapai buku tersebut. Perbuatan terhenti apabila dia merasakan ada seseorang yang berdiri rapat dengannya. Rapat sehingga dia dapat merasakan dada yang luas itu terkena belakangnya.

Luna bergerak ke depan untuk menjauhkan badannya dari lelaki itu. Dia tahu lelaki kerana bau maskulin yang dapat dihidu apabila Ethan berada di belakangnya. Semakin Luna ke depan, Ethn turut bergerak ke depan untuk merapatkan jurang antara mereka sehingga badan Luna tidak dapat bergerak lagi kerana di halang oleh rak buku di depannya.

"Kau nak buku yang mana?" Badan Luna kejung apabila dia mendengar suara husky Ethan di tepi telinganya.

"Yang ini ke?" Ethan menunjukkan buku tersebut kepada Luna. Bukan dia tidak tahu buku yang hendak diambil oleh gadis itu. Tapi saja dia ingin mengusik. Ethan sendiri tidak tahu kenapa dia suka benar mengusik gadis di depannya ini. Dia suka melihat pipi gadis itu merah menahan malu.

Luna mengangguk apabila Ethan menunjukkan buku yang betul. Dia masih menghadap rak buku di depannya. Dia malu ingin memandang mata tajam Ethan.

'Aku tak suka bila orang bercakap tak pandang muka aku." Yes, dia paling tidak suka apabila orang bercakap dengannya tetapi tidak memandang muka dia. Bukannya muka dia ini buruk. Muka hensem macam ini tak dipandang, rugilah.

Luna perlahan-lahan memalingkan badannya menghadap badan Ethan. Namun,muka masih lagi tertunduk memandang kasut Ethan.

"Your face, sweetheart." Lagi sekali suara Ethan kedengaran. Ethan sengaja menundukkan badannya itu menyamai kedudukan dengan Luna. Tangan pula sudah disandarkan pada rak buku di belakang Luna.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now