Luna memandang jam di dinding cafe tempat kerjanya yang menunjukkan jarum pendek di nombor 10 dan jarum panjang di nombor 6. Dah pukul 10.30 malam. Masa untuk mengemas peralatan-peralatan yang telah digunakan dan mengelap meja supaya orang yang bekerja esok dapat memulakan kerja dengan mudah.Shift Luna tamat jam 11.30 malam. Luna meregangkan otot-ototnya sementara menunggu Sofia mengunci pintu cafe.
"Terima kasih, Luna tunggu saya. Jom saya hantar awak balik." Luna teragak-agak untuk menerima pelawaan Sofia.
"It's okay Sofi, saya balik dengan bas saja. Lagipun destinasi kita bertentangan. Nanti lambat pula awak sampai rumah, mesti awak penat." Luna menolak dengan baik pelawaan Sofia agar tidak mengguris hati rakan sekerjanya itu.
"Okaylah kalau macam itu, jumpa esok Luna. Goodnight." Luna membalas lambaian Sofia yang sudah berada di dalam keretanya.
Luna berjalan perlahan menuju ke arah perhentian bas yang berada agak jauh dari cafe, tempat kerjanya.
Belum sempat Luna duduk di bangku bus stop itu, sebuah kereta Audi hitam berhenti di depannya. Luna memandang kosong ke arah Audi itu sebelum tingkap di bahagian sebelah pemandu itu diturunkan dan terpampanglah muka Ethan yang tiada secalit pun senyuman. Mukanya juga kelihatan agak tegang dan keruh.
"Masuk." Keras suara Ethan kedengaran yang meminta Luna untuk masuk ke dalam keretanya. Melihat Luna yang masih berdiri tegak seperti menunggu lagu kebangsaan negara itu habis segera melembutkan raut wajahnya.
"Luna, sweetheart. Masuk." Kali ini suara itu lebih lembut dengan pakej panggilan manja lagi. Luna segera masuk ke dalam Audi Ethan bagi mengelakkan lelaki itu daripada marah kembali.
Luna hanya memandang lurus ke depan apabila dia sudah berada di dalam kereta. Melihat Ethan yang masih belum ingin memulakan perjalanan, dia segera berpaling ke arah Ethan.
Lelaki itu kelihatan sedikit berbeza malam dengan hanya mengenakan seluar sweatpant berwarna kelabu dengan t-shirt putih biasa. Ethan kelihatan lebih santai dan bersahaja daripada hari-hari biasa Luna melihat lelaki itu. Di kolej, Ethan lebih suka memakai seluar jeans dan jaket kulit.
Luna dapat melihat melalui hujung matanya yang Ethan sedang bergerak rapat ke arahnya. Dia semakin menyandar ke belakang kalau boleh badannya ingin tembus ke kerusi belakang kerana Ethan semakin hampir dengannya. Luna menutup rapat mata apabila wajah Ethan betul-betul di hadapan dia.
Setelah lama memejam mata dan tiada apa-apa yang berlaku, Luna membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat Ethan sedang menarik seat belt dari tepi tempat duduk Luna.
"Your seat belt, sweetheart." Tangan Ethan menyentuh lembut kepala Luna. Pipi Luna berona merah memikirkan tindakannya sebentar tadi yang berfikiran bukan-bukan terhadap Ethan.
"Kenapa kau tak call aku. Kan aku dah pesan, call aku bila kau dah habis kerja." Luna teringat akan perbualan dia petang tadi semasa Ethan menghantarnya ke tempat kerja.
***
Ethan memberhentikan kereta Aston Martin One-77 itu betul-betul di depan cafe Coffee House. Luna segera membuka seat belt yang dipakainya itu keluar daripada kereta Ethan. Sesak nafas dibuatnya apabila duduk di dalam satu kereta dengan Ethan.
"Thank you, Ethan." Belum sempat Luna membuka pintu kereta, Ethan memegang lengan Luna menghalang gadis itu daripada keluar.
"Pinjam phone kau kejap." Ethan mengeluarkan tangannya meminta telefon gadis itu. Luna tanpa banyak tanya terus memberikan Iphone 7+ dia kepada Ethan kerana dia sudah lewat untuk masuk bekerja. Apabila bermasa lelaki ini, Luna selalu lambat.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...