Bab 11

695 31 2
                                    


"Kau nak makan apa?" Tanya Ethan sambil mengikat apron.

"Anything is okay. Saya tak kesah pun." Luna memandang sekeliling penthouse Ethan yang besar lagi luas itu. Semuanya nampak mahal bermula dari pintu masuk hingga ke dalam tandas. Tapi, satu saja kekurangan rumah ni. Tak ada warna. Semua hitam dan ada sikit-sikit putih and gold.

"Hard or soft?" Ethan tanya lagi setelah mengeluarkan semua bahan yang akan digunakan dari peti sejuk.

"Soft please." Luna kembali duduk di kerusi island untuk melihat Ethan memasak.

"Awak duduk sorang kat sini?" Mulut Luna mula bertanya soalan bila Ethan hanya fokus kepada masakan.

"Hurm." Luna mencebik mendengar Ethan yang menjawab hurm saja. Susah sangat ke nak buka mulut tu. Tadi, time marah boleh pula cakap banyak.

"Macam mana awak pandai masak?"

"Awak tak bosan ke duduk sorang kat penthouse ni?"

"Awak masak apa?"

Hanya kedengaran suara Luna di dapur Ethan. Ethan pula sekadar menjawab pendek persoalan gadis itu. Dia lebih fokus kepada makanan yang diatas dapur pada ketika ini.

Melihat Ethan yang tidak melayannya. Luna bangun dan perlahan-lahan mendekati Ethan. Luna memeluk Ethan dari belakang.

Bibir lelaki itu tersenyum nipis dengan perangai manja Luna.

"Kenapa baby? Aku tengah masak ni." Ethan mengusap tangan Luna yang berada di pinggangnya.

"Awak tak layan saya."   Ethan memusingkan badannya menghadap Luna. Tangan mengangkat dagu Luna supaya memandangnya. Ketawa kecil terlepas dari mulutnya melihat muncung Luna yang sampai boleh sangkut hanger.

"Mana ada aku tak layan kau. Aku nak masak cepat-cepat. Bagi kau makan. Mesti kau lapar kan sebab tak makan lagi dari pagi." Ethan mencuit hidung Luna sebelum berpaling ke hadapan semula.

New record. Ethan hanya cakap banyak kalau nak pujuk Luna dari merajuk je.

"Okay." Luna kembali memeluk Ethan. Dia menyandarkan kepalanya dibelakang Ethan.

"Ehem." Luna segera melepaskan pelukan bila mendengar suara lelaki lain dari arah belakangnya.

"Dah berbaik dah?" Liam sekadar berbasa-basi kerana dia tahu dua orang itu dah berbaik melihat kepada keadaan mereka sebentar tadi.

Luna berpaling ke belakang apabila mendengar suara yang dikenali.

"Eh, Liam. Awak buat apa kat sini." Luna memandang Liam pelik kerana Ethan cakap dia duduk sorang saja kat penthouse ni.

"Saya pun stay kat sini. Tapi bukan pethouse Ethan la. Rumah saya tingkat bawah." Liam menjelaskan kepada Luna kerana Ethan diam sahaja dari tadi,

"Lepas tu buat apa awak kat rumah Ethan kalau rumah awak dekat bawah." Luna bertanya lagi kerana pelik yang masuk ke rumah Ethan tanpa perlu membunyikan loceng or anything. Macam ini rumah Ethan dan Liam sahaja.

Liam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu macam mana nak explain kepada Luna kerana Ethan dengan jelas melarang dia memberitahu sesiapa sahaja tentang hubungan mereka.

"He's my cousin." Mulut Luna dan Liam sama-sama terlopong mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ethan yang diam sahaja dari tadi.

Luna terkejut kerana tidak menyangka Liam dan Ethan ada hubungan kekeluargaan. Manakala Liam terkejut kerana Ethan dengan mudah memberitahu Luna tentang hubungan mereka yang disimpan rapi selama ini.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now