Bab 6

661 29 0
                                    


"Happy ke dapat jumpa sweetheart kau?" Soal Liam yang melihat Ethan tersengih-sengih melangkah masuk ke dalam penthousenya. Sudah menjadi rutih harian Liam untuk ke penthouse Ethan setiap malam.

Mereka tinggal di bangunan penthouse yang sama, cuma Ethan tinggal di bahagian paling atas dimana tingkat itu hanya ada penthouse Ethan seorang manakala penthouse Liam di tingkat 20. Sepuluh tingkat di bawah Ethan. Lif yang digunakan Ethan juga hanya khas untuk dirinya seorang tidak perlu berkongsi dengan penduduk penthouse yang lain. Lif itu juga mempunyai golden key menunjukkan sesiapa yang tiada golden key itu tidak dapat mengakses kepada lif tersebut. Hanya 3 orang yang mempunyai golden key iaitu pengurus penthouse, Ehan dan juga cousin Ethan, Liam.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Ethan dan Liam merupakan sepupu. Semua pelajar di kolej tidak sedar yang Ethan sebenarnya anak kepada seseorang yang sangat berpengaruh di Itali. Ethan sengaja menyembunyikan identitinya. Liam ke UK juga kerana dipaksa oleh Ethan. Bangunan yang mereka duduki sekarang juga sebenarnya milik keluarga Ethan.

"Woi, aku tanya ni. Happy ke boleh jumpa buah hati kau?" Soal Liam lagi apabila Etham masih tersengih seperti kerang busuk sambil memegang pipi.

Dah angau gamaknya sepupu aku ini.

"Hurm, biasa je." Liam menunjukkan muka menyampah bila mendengar jawapan pendek Ethan.

Senyum dah macam nak rabak pipi. Boleh dia cakap biasa saja.

"Kau tak lupa kan lagi 2 bulan kita kena balik Itali." Liam masih perlu mengingatkan Ethan tentang kepulangan mereka ke Itali walaupun dia tahu lelaki itu tidak suka.

"Ingat." Ethan kalau dah bagi jawapan pendek macam itu maknanya memang dia tak suka. Dia bukan tidak suka balik ke Itali malah dia sangat rindukan mummy dan nannynya. Cuma dia malas hendak bersua muka dengan daddy. Setiap kali berjumpa lelaki tua itu, mesti ada sahaja benda yang membuatnya sakit hati. Sudahlah dia hati dia masih sakit dengan perkara yang berlaku dulu, hingga ke bumi UK dia melarikan diri.

"Kau macam mana boleh sangkut dengan Luna?" Ethan memandang Liam dengan muka yang pelik.

"Luna? Luna mana?" Liam sudah menepuk dahinya. Biar betul si Ethan ini. Dah kiss banyak kali dengan Luna tapi tak tahu nama.

"Sweetheart kau lah, ngok." Sakit hati Liam dengan perangai tak peduli Ethan. Nasib dia juga mengenali Luna melalui Alice. Jadi, dia tahu serba sedikit peribadi Luna macam mana.

"Oh sweetheart aku." Ethan tersenyum kembali apabila bercakap tentang Luna. Liam juga jarang melihat Ethan senyum begini sejak kejadian 5 tahun lepas. Ethan seperti menjadi dirinya yang dulu apabila bersama Luna.

"Entah nantilah aku cerita. Aku letih." Liam sudah masak sangat dengan perangai Ethan yang tak suka bercerita. Nanti dia itu kalau Liam mati hidup balik pun belum tentu Ethan akan cerita.

"Nanti kalau kau nak balik, jangan lupa tutup lampu dengan aircond. Aku tak ada duit juta-juta nak bayar bil elektrik." Pesan Ethan sebelum naik melangkah menuju ke biliknya untuk berehat.

Liam sudah mengangkat tangan tengahnya kepada Ethan. Tak ada duit juta-juta konon. Juta-juta memang lah tak ada. Billion-billion duit makan sampai 10 keturunan pun belum tentu habis adalah.

***

Luna yang sedang duduk atas buaian di laman rumahnya memandang jauh ke arah langit malam. Malam ini lebih gelap dan hitam dari malam-malam sebelumnya. Mungkin disebabkan tiada bulan dan hari juga ingin hujan. Dia mengemaskan lagi cardigan yang dipakainya apabil merasa tiupan angin sejuk menyentuh kulit.

Tiada bintang.

"Luna buat apa dekat luar ini. Nanti demam macam mana?" Luna berpaling ke arah suara yang datang dari belakangny. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Aunty Aurel.

"Here, hot choco." Aunty Aurel menyerahkan segelas hot choco kepada Luna. Sengaja dia sediakan hot choco kepada gadis itu supaya badan Luna kekal hangat.

"Thanks, Aunty." Luna bergerak sedikit ke tepi untuk memberi ruang kepada Aunty Aurel duduk. Dia menyisip sedikit hot choco yang disediakan oleh wanita itu. Badan Luna kembali hangat setelah hot choco itu melalui kerongkongnya.

Mereka berdua hanya berdiam diri selama beberapa minit. Hanya suara cengkerik yang kedengaran. Mereka lebih selesa melayan perasaan sendiri ketika ini. Aunty Aurel hanya membiarkan Luna dengan perasaannya kerana dia tahu apabila Luna keluar untuk duduk di buaian ini pada malam hari, mesti kerana Luna rindukan keluarganya.

"Did you miss them, dear?" Aunty Aurel akhirnya bertanya juga. Dia tidak mahu gadis itu memendam rasa rindu itu. Dia risau sekiranya Luna akan jatuh sakit kerana rindukan keluargnya.

Luna hanya mendiamkan diri dan menjatuhkan kepalanya ke atas bahu wanita yang telah menjaganya selama ini. Sungguh dia terhutang budi dengan Aunty Aurel.

Tangan tua itu naik mengusap lembut rambut Luna. Rambut Luna yang berwarna brown keemasan itu sama seperti mummynya. Mata Luna yang berwarna hazel juga diwarisi daripada mummy Luna. Hanya kening Luna yang sedikit lebat itu diwarisi dari daddy. Dia juga mempunyai tanda lahir di bahagian bahu sebelah kiri sama seperti ayahnya.

Tanda lahir yang sama seperti daddynya membuatkan Luna tidak pernah memakai sebarang pakaian yang terbuka di bahagian atas. Ini kerana dia takut jika ada orang yang akan mengenalinya.

Luna masih sama seperti sebelum ini. Tidak pernah memberitahu perasaannya kepada orang lain. Dia lebih suka memendam rasa itu daripada meluahkannya. Luna memejam mata sebelum dia membuka bicara.

"Do you think that Nikolai will grown up as a handsome man if he still alive?" Buat pertama kalinya selepas 18 tahun, Luna menyebut nama abangnya itu. Aunty Aurel yang mendengar pertanyaan Luna itu berasa tubir matanya sedikit panas. Sekurang-kurangnya Luna masih mengingati mereka.

"Yes, i think he will be very handsome." Luna menjelingkan matanya mendengar jawapan Aunty Aurel. Wanita itu sekadar tersenyum.

"I don't think he will." Luna mengangkat kepalanya lalu menyedut sedikit hot choco yang telah suam.

"But, you can't deny that your brother is a very handsome man." Bibir Luna tersenyum kelat kali ini.

He was. WAS.

"Goodnight night, honey. Jangan lama sangat dekat luar. You will get sick later." Aunty Aurel tunduk mencium rambut Luna sebelum bergerak masuk ke dalam rumah. Dia perlu mendapatkan rehat yang cukup kerana dia perlu bekerja esok.

Luna kembali merenung langit yang gelap dan kelam tanpa bintang dan bulan. Sama seperti hatinya. Luarannya dia seperti manusia yang paling bahagia dan tidak ada walau satu pun masalah. Namun, jauh di sudut hatinya, dia terluka.

Luna menghabiskan hot choco yang masih berbaki di dalam gelasnya. Belum sempat dia hendak bergerak masuk ke dalam rumah. Hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. Dia terus meredah hujan itu tanpa berfikir panjang. Masuk saja ke dalam rumah...

"Ah-choo."

Great.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now