Sudah 2 bulan Luna dan Ethan berkenalan. Bermula dari kejadian di tandas sehingga Luna tiba-tiba menjadi kekasih expressnya. Layanan baik Ethan selalu membuatkan Luna terbuai dengan sentuhan lelaki itu. Kemana sahaja Luna pergi, mesti ada Ethan. Ethan juga selalu menghantar dan mengambil dia dari tempat kerjanya. Namun, Ethan hanya mesra dengannya apabila tiada orang di sekeliling mereka. Jika adapun, sama ada orang itu mereka tidak kenal atau bukan dari kolej.Hubungan mereka jika di kolej tidak seperti pasangan lain. Ethan sangat dinginnya apabila mereka berada di kolej. Bertegur-sapa pun tidak. Jika bertegur pun kerana Liam yang menegurnya dulu. Kalau harapkan Ethan, lelaki itu hanya akan memandangnya sekilas sebelum berlalu. Pelajar-pelajar lain pun sudah berhenti bergossip tentang dia dan Ethan. Mereka menyangka yang Luna dan Ethan sudah berputus.
Namun persoalannya, apakah status hubungan Luna dan Ethan sebenarnya. Lelaki itu tidak pernah walau sekali menyatakan dengan jelas bahawa Luna adalah kekasihnya. Luna mengeluh, macam mana nak putus kalau bercinta pun tidak.
Tapi layanan Ethan diluar kolej, tak payah cakap. Bersemut habis sampai garam pun semut tertukar dengan gula.
Luna berjalan bersendirian di laluan berbumbung menuju ke library. Dia sudah berjanji dengan Alice untuk berjumpanya di sana. Alice masih lagi ada perjumpaan dengan kumpulannya untuk projek berkumpulan.
Luna lebih suka memilih laluan berbumbung itu walaupun perjalanannya ke library sedikit lambat berbanding laluan satu lagi yang tidak berbumbung kerana laluan itu tidak ramai orang dan dia akan dapat melihat satu taman bunga jika menggunakan laluan itu. Luna selalunya akan berhenti sebentar untuk melihat bunga-bunga yang ada disana. Dia tidak pernah bosan lalu di taman bunga kerana setiap hari ada jer pokok baru yang berbunga.
Semasa berjalan menuju ke library, Luna melintasi satu kumpulan pelajar lelaki yang sedang melepak di bangku berhadapan dengan taman bunga tersebut. Luna tidak menghiraukan mereka dan terus berhenti di taman itu sama seperti hari-hari yang lain.
"Bukan tu girlfriend Ethan?" Tanya salah seorang daripada lima lelaki yang sedang melepak itu. Kesemua mereka berpaling untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh kawan mereka.
"Haah. Tapi betul ke perempuan tuu girlfriend Ethan. Aku tak pernah nampak pun diorang sekali." Lelaki yang lain pula bersuara.
"Josh, apa kata kau try perempuan tuu. Dahlah cantik, body pun lawa. Alang-alang Ethan ambik yang kau. Apa salahnya kau rampas yang dia. Lagipun, like Daniel said, entah-entah diorang bukan couple pun." Lelaki yang pertama bercakap tadi memberi cadangan kepada Josh.
Ye, Josh yang pernah gaduh dengan Ethan kat cafe tu. Haah, dialah.
"Taknak aku. She's not my taste." Josh menjawab malas.
"Kalau kau taknak pun dia. Apa kata kau usik dia. Aku nak tengok macam mana reaksi Ethan bila barang dia kena sentuh dengan lelaki lain." Daniel pula yang cuba menghasut Josh.
"You know, just as a proof yang Ethan dengan perempuan tu betul-betul couple. Mana la tahu yang Ethan tipu kau." Josh memandang wajah kawan-kawannya sebelum bibirnya tersenyum sinis melihat Luna.
Josh mula bangun mengikut langkah Luna. Kawan-kawannya yang lain sudah bersorak kepadanya.
Lets see how Ethan Xander will react if I touch his girl.
***
Belum sempat Luna menolak pintu masuk library. Tangannya direntap dengan kuat oleh seseorang. Pegangan pada pergelangan tangannya yang terlalu kuat itu memaksa Luna untuk mengikut langkah lelaki yang sedang mengheretnya.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...