Bab 10

701 36 9
                                    


"LUNA GREY." Panggil Ethan dengan kuat. Bahu Luna terangkat mendengar suara Ethan yang sedang marah itu.

Luna ingin menyambung langkahnya. Namun, kakinya mati tidak bergerak. Dia dapat rasakan lututnya menggigil kerana sebelum ini dia tidak pernah ditengking oleh sesiapapun.

"Kau memang nak cabar aku kan hari ni." Kata Ethan yang sudah berada di depan Luna. Suaranya masih lagi keras dan marah.

Ethan memandang Luna yang sedang menunduk didepannya. Mukanya yang bengis dan tegang tadi kembali kendur apabila melihat bahu Luna yang terhinggut-hinggut menahan nangis dan air mata gadis itu yang jatuh ke lantai.

Ethan mula berasa bersalah kerana menengking gadis itu tadi. Bukan niatnya untuk meninggikan suara kepada Luna. Tapi perangai gadis itu pada hari ini sangat mencabar kemarahannya. Mujur sahaja di laluan itu hanya ada mereka. Pelajar lain sama ada masih di cafe ataupun sudah berada di dewan kuliah.

"Baby, im sorry. Aku tak sengaja tinggikan suara dekat kau tadi." Tangan Ethan naik mahu menyentuh pipi gadis kesayangannya.

Luna dengan pantas mengelak dari disentuh oleh Ethan.

Ethan lagi sekali cuba untuk menyentuh Luna tapi masih sama seperti tadi, gadis itu mengelak dari disentuh oleh Ethan.

"Luna..." Suara Ethan kembali mengeras. Kesabaran yang tidak berapa nak tebal itu makin menipis dengan perangai Luna pada hari ini.

"Baby, kenapa dengan kau hari ni." Ethan menarik tangan Luna mendekatinya bila melihat Luna tidak lagi melarikan diri darinya.

"Kau marah aku ke, Luna? Kau tak tengok pun muka aku tadi." Suara Ethan sengaja dibuat sedih. Dia ingin meraih simpati gadis itu.

"Dah la tadi kau manja-manja dengan mamat lain depan aku." Dia menambah lakonan berjauh hati dengan Luna. Luna terus memandang Ethan dengan air mata masih bersisa di pipinya.

Ethan tersenyum apabila Luna memandangnya. Tangannya menyapu air mata Luna. Luna segera mengalihkan pandangan kearah lain.

"Kenapa ni, sunshine? Kau dah tak sayang aku ke? Sebab tu kau lari dari aku." Ethan tersenyum kelat bila Luna buat tidak dengar sahaja.

2 minit mereka berdiam diri.

Ethan diam.

Luna pun diam.

Readers pun diam jugak tau.

Ethan mengeluh.

"Takpelah. Aku janji aku tak kacau kau lagi lepas ni." Ethan berjalan menjauhi Luna.

"Ethan." Tangan Luna memegang lengan Ethan yang lalu ditepinya. Ethan senyum kemenangan,

Yes. Kan aku dah cakap cara ni memang jadi punyer.

"Sorry, Ethan." Luna segera memeluk Ethan dari tepi. Kepalanya disandarkan pada dada lelaki itu.

Badan Ethan dipusingkan menghadap Luna. Tangannya mengusap lembut pipi gadis itu. Ibu jarinya mengusap mata Luna yang sembap kerana menangis tadi akibat ditengking oleh dia.

"Im the one that should be sorry to you. Aku tengking kau tadi." Ibu jarinya mengusap mata Luna.

Tangan Luna juga dibawa mengusap pipi Ethan. Dia tersenyum manis.

Ethan tunduk ingin mencium Luna tapi pantas gadis itu mengelak.

Again. Ingat dah habis.

"Why?" Kening Ethan bertaut. Selalunya gadis itu biasa sahaja jika Ethan menciumnya.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now