Masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, Ethan dan Luna memilih untuk keluar date seminggu sebelum mereka akan menghadapi final exam dan akhirnya mereka akan bebas dari gelaran sebagai pelajar.Luna memilih untuk memakai dress paras lutut yang bercorak bunga kecil berwarna pastel purple dan rambutnya pula diikat bersama reben yang turut berwarna purple. Luna mengukir senyuman melihat bakul yang penuh dengan makanan seperti sandwich with strawberry cream, carbonara pasta dan juga potato salad yang disediakan pagi tadi.
Bakul yang berisi makanan itu diangkat apabila dia melihat kereta Ethan sampai di depan pagar rumahnya. Dia melambai kearah Ethan apabila lelaki itu keluar daripada kereta. Senyuman Luna bertambah lebar apabila Ethan memakai serba putih sama seperti yang disuruhnya semalam. Oleh kerana mereka akan date di taman lavender jadi dia meminta agar Ethan memakai kemeja dan seluar putih kerana dia tahu bahawa lelaki itu lebih suka memakai hitam berbanding warna lain.
Ethan kelihatan sangat santai dengan sunglass yang terletak diatas kepalanya. "You look handsome." Kata Luna apabila dia sampai didepan Ethan.
Ethan pula masih lagi kaku dan tidak berkelip melihat Luna dari tadi. Pipi Luna kemerahan menahan malu apabila Ethan masih lagi memandang. "Stop it. Kenapa pandang macam tu. Ada somthing ke kat muka saya?." Luna menilik muka dan pakaiannya di cermin kereta Ethan. Mana la tahu ada lipstik di giginya atau dia tidak kelihatan cantik hari ini.
"You look pretty today, baby. Extra. Pretty." Ethan menjawab persoalan Luna sambil tangannya menyambut bakul makanan yang dibawa oleh luna.
"Too pretty that I can't take my eyes off from you." Ethan menahan senyum apabila muka Luna bertambah merah apabila dipuji begitu. Sudah beberapa bulan bersama Ethan pun, Luna masih lagi malu apabila dipuji oleh Ethan.
Luna menolak lembut bahu Ethan apabila dia sedar bahawa lelaki itu mengusiknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mudah berasa malu apabila menerima pujian daripada Ethan.
Pintu kereta sebelah pemandu dibuka untuk Luna sebelum Ethan meletakkan bakul makanan untuk date mereka di bahagian belakang.
Selepas mengambil selama satu jam, mereka akhirnya sampai di Garden of Lavender. Semua barang-barang untuk picnic date mereka seperti alas duduk, makanan dan lain-lain dibawa oleh Ethan. Luna sekadar membawa sejambak bunga rose putih yang diberikan oleh Ethan tadi semasa mereka di dalam kereta.
Haih, Ethan why so sweet.
Selepas memilih tempat yang sesuai, Ethan segera menyiapkan tempat untuk picnic mereka pada petang itu.
Mereka menikmati picnic date mereka sama seperti pasangan lain. Mereka makan, ketawa dan makan lagi dan sambung ketawa dengan gurauan masing-masing. Ethan dan Luna juga turut melukis kerana Ethan yang menyediakan peralatan melukis. Katanya saja nak tangok siapa yang lagi hebat melukis.
Ethan ni memang ada je idea dia. Sweet tapi taknak mengaku yang dia tu sweet.
Semasa Luna asyik melukis langit senja, Ethan dengan senyap-senyap berlalu ke kereta yang diparkir tidak jauh dari tempat mereka picnic dan mengeluarkan sebiji kek dan juga sekotak hadiah.
"Happy birthday, baby." Ethan meletakkan kek yang baru dikeluarkan daripada kereta sebentar tadi di hadapan Luna.
"Ethan!." Luna terkejut dengan kek yang disediakan oleh Ethan kerana hari jadinya masih lagi 2 minggu dari sekarang.
"Why? My birthday lagi 2 minggu." Luna masih lagi pelik. Dia gembira but sedih at the same time sebab adakah Ethan tertukar tarikh untuk birthday-nya.
Ethan melihat muka Luna yang kelihatan jelas dalam kekecewaan walaupun cuba ditutup dengan senyuman. "Aku tak lupa birtday kau or tertukar tarikh. I know that you birthday lagi 2 weeks from today. But, nanti your birthday kita kan tengah final exam. So, I think of sambut awal which is today in case later we cannot celebrate it." Ethan mengusap lembut rambut Luna sambil menjelaskan kenapa dia membuat suprise birthday tersebut.
"Ohh." Raut wajah Luna terus berubah gembira mendengar kata-kata Ethan. Dia bangun dari duduknya dan terus memeluk Ethan dan menghadiahkan ciuman pada wajah Ethan.
"I love it, I love it. Thank you." Kata Luna yang masih lagi memeluk Ethan.
Ethan melepaskan pelukan mereka dan mengeluarkan sebuah kotak kecik yang berbalut dengan baldu biru. Dia membuka kotak tersebut dan mengeluarkan seutas rantai yang berbentuk hati. "Your birthday gift. I hope you like it." Ethan menunjukkan rantai hati itu kepada Luna.
Luna memusingkan badannya ke depan dan mengangkat rambutnya ke atas. "I love it." Kata Luna apabila Ethan memakaikan rantai tersebut kepadanya.
Luna menyentuh rantai yang dipakaikan oleh itu. Dia tersenyum apabila melihat di belakang rantai hati itu terdapat ukiran nama mereka yang dipendekkan kepada "EL".
"Thank you, Ethan." Luna memalingkan kembali badannya menghadap Ethan.
"I'm sorry that we can't have a normal date just like others. I'm also sorry that lately, fikiran aku asyik ke lain dan kita tak dapat spend a lot of masa together. You look so pretty today baby that I wish that I can look at you forever. Promise me that we will stay like this forever, that we will be each other safe and we will fight for each other. No. Matter. What. Happen. Okay, baby?." Ethan merapatkan dahi mereka sambil matanya memandang tepat anak mata Luna. Mencari kekuatan di dalam mata kekasihnya itu.
Luna mengangguk kepalanya mendengar kata-kata Ethan. Dia membalas pandangan mata Ethan dengan lembut supaya dapat memberi sisa-sisa kekuatan yang ada di dalam dirinya kepada Ethan. Walaupun dalam masa yang sama, dia hairan dan tertanya-tanya kenapa Ethan berkata seperti itu. Seperti ada sesuatu yang besar yang bakal berlaku.
***
Getaran daripada Iphone Ethan yang masih tidak berhenti dari tadi menarik perhatian Luna yang leka menilik gambar-gambar yang diambil semasa picnic date beberapa jam yang lalu.
Luna melihat nama pemanggil yang dari tadi tidak berhenti menghubungi Ethan. "Daddy". Luna teragak-agak adakah patut dia mengangkat panggilan tersebut dan memberitahu daddy Ethan yang Ethan ke tandas. Mereka berhenti sekejap di oil station untuk menambah minyak kereta dan Ethan ke tandas selepas selesai dia menambah minyak kereta.
Baru sahaja Luna ingat menjawab panggilan tersebut, namun daddy Ethan telahpun menamatkan panggilan. Dan apabila dia meletakkan kembali Iphohe Ethan di tempat duduk pemandu.
"LEAVE HER."
"Don't forget that you dah janji dengan daddy yang you akan balik Italy after final exam."
"By the time you back to Italy, I hope that you break up with that girl."
"Do not let me use violence, Ethan. You know what I can do to her."
Tangan Luna terketar-ketar selepas membaca message panjang yang dihantar oleh daddy Ethan. Semuanya telah dibacanya. Leave her. "Her' here adalah aku". Kata Luna kepada diri sendiri.
Luna membaca setiap pesanan yang dihantar. Semua perkataan yang dibaca olehnya tadi bermain-main di fikirannya sekarang. Akibat sekiranya Ethan tidak kembali ke Italy mengikut apa yang telah dijanjikan Ethan. Apa yang akan terjadi sekiranya mereka masih menjalinkan hubungan. Perkara terakhir yang dia mahu elakkan dari terjadi adalah Ethan membahayakan nyawanya sendiri.
Airmata yang jatuh ke pipi dilap secepatnya apabila dia melihat Ethan berjalan ke arah kereta. Luna mengukir senyuman apabila Ethan memasuki kereta.
And just like that, the lovely evening that they hope can last forever were gone. Semuanya hancur. Janji mereka untuk sentiasa bersama dan untuk sentiasa fight for each other perlu dilupakan dalam sekelip mata.
I'm sorry, Ethan.
Hello, Im back.😊
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...