Bab 16

585 30 0
                                    


Italy

"Welcome home, baby." Kedengaran suara Melissa, mummy Ethan menyambut kepulangan Ethan ke Italy selepas 2 tahun anak lelakinya itu tidak pulang.

"Welcome home too, Liam." Melissa kini bergerak memeluk Liam selepas puas melepaskan rindu kepada Ethan.

"Thank you, mummy." Liam turut membalas pelukan dari Melissa. Matanya meliar disekeliling ruang tamu rumah 3 tingkat itu. "Nanny mana, mummy?" Liam bertanya selepas tidak melihat kelibat nannynya dari tadi.

Ethan pula sudah selesa merebahkan badannya keatas sofa lembut di ruang tamu rumahnya. Melissa mengeleng kepala melihat perangai selamba anak terunanya.

Melissa kembali memandang Liam. "Nanny kamu dekat atas. Kejap lagi turunlah tu. Liam pergi duduk dulu. Mummy ambikkan air." Melissa sudah biasa membahasakan dirinya sebagai mummy dengan Liam. Lagipun, Liam sebaya dengan Ethan dan mereka sudah bersama dari kecil lagi. Kemana sahaja Ethan pergi, mesti Liam akan ada juga. Nasib baiklah ibu bapa Liam jenis yang tak kesah.

Melissa meletakkan 2 gelas jus orange diatas meja. "Ethan dengan Liam balik berapa lama kali ni?" Soalan ditanya kepada mereka berdua tapi lebih ditujukan kepada Ethan kerana Melissa tahu Liam hanya mengikut kata-kata Ethan. Ethan tidak pernah tinggal lama di rumah sejak kejadian 5 tahun lepas. Paling lama Ethan pernah balik ke Italy pun selama satu minggu.

Melissa juga tahu yang kali ini Ethan balik pun kerana dipaksa oleh daddynya. Kalau tak dipaksa atau diugut mesti bayang-bayang anaknya tidak akan kelihatan di bumi Italy. Bilalah hubungan antara anak dengan suaminya akan baik. Dua-dua sama sahaja. Keras kepala. Saling tidak mahu mengalah.

Matanya menjeling Ethan yang masih lagi menutup mata. "Ethan, mummy tanya ni. Dengar tak?" Kaki anak lelakinya digoyang-goyang. Liam pula sudah meneguk habis jus orange. Dia biarkan sahaja soalan itu dijawab oleh Ethan.

Ethan membuka matanya bila rehatnya dikacau. Badan ditegakkan sebelum tangan didepakan pada kerusi. "Tak tahu, maybe lepas majlis anniversary D' Russo. Ethan terus balik UK." Tangannya laju mencapai gelas berisi jus orange sebelum diteguk habis.

"No, you need to stay a bit longer this time. Annivesary tu lagi 4 days kut. Kamu tu balik 2 tahun sekali lepastu nak stay 5 hari jer." Nanny, Matilda yang baru keluar dari lif bersuara.

'Nanny." Liam berlari memeluk tubuh tua neneknya. "I miss you so much, nanny." Liam berjalan beriringan dengan Matilda ke ruang tamu.

Ethan baru berjalan ke kerusi yang diduduki nannya sebelum tubuh itu dipeluk. "Duduk lama dekat Italy pun buat apa nanny. Baik balik UK." Ethan menolak jauh badan Liam sebelum dia duduk disebelah Matilda.

"Lepastu kamu dekat UK ada benda yang kamu buat ke. Tak kan. So, better stay Italy lama sikit." Melissa senyum mendengar arahan ibu mertuanya kerana Ethan tidak akan melanggar arahan itu. Dia setuju dengan Matilda, Ethan di UK pun bukan buat apa-apa.

Ethan memandang keatas mencari idea yang boleh digunakan untuk dia melepaskan diri. "Hah, kolej nanny. I have class to attend." Ethan mengangkat-angkat keningnya.

Laju sahaja Matilda menyekeh kepala cucu lelaki itu. "Kolej. Kamu ingat nanny tak tahu apa yang kamu buat dekat kolej. Class to attend konon." Liam sudah ketawa melihat muka terkejut Ethan bila disekeh oleh nanny.

Ethan masih berusaha untuk pulang awal ke UK. Dia sudah berjanji dengan Luna yang dia hanya di Italy selama 5 hari. "Kalau macam tu, I stay until monday, boleh? Kan majlis tu on friday." Ethan masih memujuk Matilda.

"Yang kamu tak sabar nak balik UK ni kenapa. Ada apanya di UK." Soal Matilda bila cucunya kelihatan resah gelisah bila tidak dibenarkan balik ke UK lebih awal.

Liam sudah tersenyum sinis kepada Ethan. Ada buah hati nanny, oi. Macam mana si Ethan ni nak duduk lama-lama dekat Italy kalau buah hati jauh di UK.

Ethan sudah menunjukkan isyarat supaya Liam tidak membocorkan rahsianya. "Nothing, tak ada apa dekat UK." Ethan masih belum bersedia untuk memberitahu keluarga tentang Luna. Dia yakin bahawa nanny dan mummy akan terima baik Luna. Namun, bila memikirkan daddynya, hasrat itu dibatalkan.

"See, exactly. You have nothing to do in UK. So?" Kali ini giliran Matilda pula yang mengangkat-angkat keningnya mengusik Ethan. Liam dan Melissa sudah mengetap bibir supaya tawa tidak terkeluar melihat muka merah Ethan diusik nannynya.

"Fine, I will stay here for 2 weeks." Matilda menunjukkan tanda okay menggunakan jari menandakan dia bersetuju dengan tempoh yang diberikan oleh Ethan. Liam dan Melissa pula sudah berhigh-five. Jarang sekali Ethan stay sampai 2 minggu disini.

***

Ethan menarik kerusi kulit yang terletak di depan meja daddynya dalam bilik kerja lelaki itu. Dia melabuhkan duduknya menghadap Alex. "Why you want to see?" Ethan terus straight to the point. Dia tidak boleh lama-lama bersemuka dengan daddynya. Kesabaran yang senipis bawang itu tidak mampu menahan perangai Alex.

Alex mengangkat kepalanya dari meneliti kertas kerja diatas mejanya. "No hai or hello dad, huh son." Alex sudah terbiasa dengan perangai dingin anaknya itu.

"Hai dad, how are you?" Ethan bertanya khabar Alex. Jika diingatkan balik perbuatan daddynya 5 tahun lepas, sudah malas dia ingat mengambil tahu tentang lelaki depannya ini.

Alex menyilang tangan didada. "Im good. Thank you for asking."

"So?" Ethan kembali ke tujuan utama kenapa dia datang ke bilik ini.

Alex mengambil sebuah fail berwarna biru gelap sebelum memberikannya kepada Ethan. "Some of our important business partner. I want you to remember that before our D'Russo anniversary." Ethan satu-satunya pewaris D'Russo yang ada. Empayar D'Russo memerlukan pemerintah baru dan orang ramai perlu mengenali pemerintah mereka supaya nanti apabila Ethan mengambil alih tapak pemerintahannya. Semua pekerja akan menghormati lelaki itu terutamanya pekerja dunia gelap mereka.

D'Russo adalah antara keluarga bangsawan yang terkaya di dunia. Mereka menduduki tangga ke-2 dunia. Mereka mempunyai syarikat perniagaan yang besar dengan hampir mempunyai cawangan di setiap negara diseluruh dunia. Mereka juga aktif dalam bidang perhotelan. Sekarang ini D'Russo mempunyai 50 cawangan hotel diserata dunia. Mereka turut mempunyai syarikat penerbangan sendiri dan beberapa buah pusat beli-belah mewah di Italy, London dan USA. Baru-baru ini pula, mereka membuka syarikat pembuatan kapal laut dan kapal terbang. They are multibillionaire. Mereka menguasai hampir sepenuhnya ekonomi dunia. D'Russo juga sangat berkuasa di Italy. Sesiapa sahaja yang bertindak menentang D'Russo, hanya satu sahaj pengakhiran mereka.

MATI.

"I will introduce as the heirs of D'Russo on our 50th anniversary. I don't care if like it or not. I need you to take over D'Russo." Senada sahaja suara Alex bercakap dengan Ethan. Mereka hanya bercakap jika berkaitan D'Russo. Selain itu, hampeh. Seorang ke utara, seorang ke selatan. Melissa juga sudah pening ingin memulihkan hubungan mereka berdua.

Ethan memandang wajah dingin Alex. "Like always. Daddy buat ikut kepala daddy je." Ethan sudah masak dengan daddynya.

"I know. So, lepas kamu habis belajar. I want you to come back to Italy and take over D'Russo. You have been avoiding this topic for 3 years. And this time, no more. By hook or by crook, you have to do it." Alex bersuara dengan tegas.

Ethan ketawa kecil. Bibirnya tersenyum sinis.

Fuck.

Ethan bangkit dari kerusi untuk keluar dari bilik kerja Alex. Saat tangan Ethan memegang tombol pintu. Suara Alex bergema memenuhi bilik itu.

"Leave her. Leave that girl." Tenang sahaja suara itu tapi penuh dengan baur amaran.

Ethan menikam tajam anak mata kelabu Alex. "You can ask me to do anything and I will give it a thought whether Im gonna do it or not. But not her. Im not giving you even a second to think about that bullshit."

Ethan menutup pintu dan berlalu ke kereta Ferrari merahnya. Dia perlukan lebih oksigen yang fresh. Oksigen dirumahnya penuh dengan toksik.

I told you. I hate that old man.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now