Bab 17

521 24 1
                                    


"Yow bro, whats up?" Ethan menegur Mark yang bersama Liam. Mereka berjanji untuk berjumpa hari ini di salah sebuah kelab malam. Liam sebenarnya yang mengajak dia ke kelab malam. Kalau ikutkan, dia tak ingin pun menjejakkan langkah di tempat itu.

Ethan dan Mark bertegur sapa gaya lelaki. Mark menepuk bahu Ethan semasa dia duduk. "Im good, bro. Kau tu apa cerita. 3 tahun menghilangkan dari Italy, dah la kau angkut sekali dengan Liam ikut kau." Mark melirik sedikit melihat Liam yang sedang meneguk Coke. Datang night club tapi order Coke.

Keep it halal, guys. Haha.

Ethan meraup rambut hitamnya ke belakang. Leher pula diurut, sakit kepalanya teringat perbualannya petang tadi bersama Alex. "As you can see, Mark. Im alive. Thanks to Liam." Ethan turut memesan Coke, dia tiada niat untuk mabuk malam ini. Sudahlah jauh dari Luna. Nanti apa-apa jadi time dia mabuk, susah.

"So how? Kau dah ready ke untuk diperkenalkan kepada dunia as the only heirs of D'Russo." Mark melihat wajah bosan Ethan. Sudah dia tahu yang Ethan masih belum bersedia untuk memikul tugasan itu tapi apa je yang boleh Ethan buat. Dia satu-satunya waris D'Russo yang tinggal sekarang. Jadi, semuanya akan jatuh ke bahunya sama ada kawannya itu suka atau tidak.

Kali ini, Ethan memicit pelipisnya pula. "Macam lah kau tak kenal daddy aku macam mana. Apa yang dia nak dia akan dapat. Dia memang akan kenalkan juga aku pada dunia nanti time anniversary D'Russo." Hanya Liam, Mark dan seorang lagi kawannya yang mengetahui tentang status dirinya. Selain daripada mereka, tiada seorang pun yang mengetahui bahawa Alexander D'Russo mempunyai waris.

Mereka berempat sudah lama berkawan dari umur 7 tahun lagi. Mereka berjumpa semasa Liam dan Ethan menghadiri Holliard International School. Dari situlah, tali persahabatan mereka bermula, jatuh bangun bersama. Mereka mengetahui rahsia antara satu lain dan juga sama-sama menyembunyikannya.

Ethan, Liam dan Mark masih saling berhubung kerana mereka masih tinggal di negara yang sama, kecuali 3 tahun lepas apabila Ethan memilih untuk menyambung pelajarannya di UK. Kawan mereka yang lagi satu tu berpindah ke Canada semasa mereka berumur 13 tahun.

Kehidupan kawan mereka itu sangat complicated tidak seperi mereka bertiga. Kami yakin nanti author dah ada idea, author cerita.

But, for this time, mari kita kenali Liam, anak original Italy, tak ada kacukan mana-mana. Mummy dan daddy Liam berasal dari Italy dan kedua-duanya bekerja sebagai doktor. Mummy Liam adalah anak kedua dalam D'Russo, sebab itu dia hanya ingin menjalani kehidupan biasa seperti orang lain bersam suaminya. Tidak perlu menyakitkan kepala dengan perkara-perkara terlarang. Tetapi mereka tidak sama sekali melarang Liam jika Liam ingin menyertai dunia itu bersama Ethan.

Manakala Mark pula adalah kacukan Italy British dan ibu bapanya memilih untuk menetap di Italy. Mark turut berasal dari keluarga bangsawan British tetapi tidak sekaya keluarga Ethan. Ibu bapanya mempunyai beberapa buah syarikat perniagaan di beberapa negara. Mark pula adalah pakar IT yang sangat hebat dan terkenal. Dia turut mempunyai sebuah syarikat IT pada usia yang muda.

Perbualan mereka bertiga terhenti apabila Iphone 13 pro Ethan berbunyi minta diangkat. Senyuman Ethan terbentuk di bibir merahnya bila melihat nama pemanggil. Dia segera bangun keluar dari night club itu untuk menjawab panggilan dari buah hatinya. Mark dan Liam ditinggalkan terpinga-pinga begitu sahaja.

"Siapa yang call, Ethan?" Mark menyoal Liam kerana jarang dia melihat Ethan tersenyum bila ada orang call. Lagi mengejutkan bila lelaki itu terus segera menjawab tanpa banyak alasan. Selalunya ada sahaja alasan Ethan untuk menjawab panggilan.

Liam melihat Ethan yang berjalan keluar. "Girlfriend dia." Liam menjawab sambil meletakkan tangan di telinga. Dia tahu dia bakal pekak sekejap selepas ini dengan reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Mark.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now