Bab 8

660 28 4
                                    


Sudah seminggu Luna terperap sahaja dirumah kerana demamnya yang tidak kebah-kebah. Akhirnya, hari ini dia akan ke kolej seperti biasa. Sudah seminggu dia tidak hadir ke kelas. Dah banyak yang dia terlepas selama seminggu ini. Namun, sepanjang seminggu dia sakit, dia tidak pernah bosan kerana setiap hari mesti ada 3 orang yang melawatnya. Siapa lagi kalau bukan Alice, Ethan dan juga Liam.

Itu pun setelah Liam puas memujuk Ethan untuk membenarkan dia melawat Luna. Sepanjang minggu itu juga, rumah Aunty Aurel penuh dengan gelak ketawa atau suara Alice yang memarahi Liam. Ada sahaja yang mereka berdua ingin gaduhkan. Kata sahaja pasangan kekasih tetapi setiap hari mesti ada sahaja perkara yang membuatkan Alice memarahi Liam.

Ethan pula lebih suka mendiamkan diri dan hanya memerhati. Hanya sekali-sekala Ethan turut ketawa dengan lawak yang dibuat oleh Liam. Selebihnya perhatian Ethan diberikan sepenuhnya kepada Luna. Apa sahaja yang diinginkan oleh Luna mesti Ethan akan tunaikan dengan segera. Melihat muka Luna berkerut sedikit sahaja, Ethan segera bertanya apa yang tidak kena dengan Luna. Dan semua permintaan dibuat dengan rela hati dan tidak menunjukkan tidak berpuas hati.

Aunty Aurel juga sudah jatuh sayang kepada Ethan. Melihat kepada betapa lembut dan sabarnya Ethan melayan Luna semasa dia sakit menyebabkan wanita tua menyenangi kehadiran Ethan disisi Luna.

Luna tiba-tiba teringat bagaimana Aunty Aurel boleh berjumpa Ethan minggu lepas. Mengingati perkara itu membuatkan pipi Luna bertukar merah. Dia juga tidak menyangka yang dia akan berperangai manja sedemikian rupa.

***

Bubur ayam yang sudah ditiup untuk menyuamkannya disuap ke dalam mulut Luna. Luna makan dengan begitu berselera sekali. Ethan mengelus lembut rambut Luna apabila gadis itu berjaya menghabiskan semangkuk bubur ayam itu.

"Dah kenyang?" Ethan menyoal Luna sambil menatap wajah Luna. Luna memberikan senyuman yang tidak pernah dia lihat sebelum ini kerana Luna sibuk menahan malu. Dia mengangguk kepalanya menandakan dia sudah kenyang.

"Its time to eat medicine now." Senyuman di bibir Luna terus mati bila mendengar yang Ethan menyuruhnya untuk makan ubat.

"No, saya tak nak. Pahit." Luna membuat muka menahan pahit ubat. Luna mengongcang-gongcang lengan Ethan untuk memujuk lelaki itu. Sekali lagi, Ethan mengaru kepalanya yang tidak gatal mencari idea untuk membuat gadis didepannya makan ubat.

Ethan diam mencari idea.

"Sunshine, how about you take one pill, and i will take one pill too with you. After you take your medicine, i promise yang aku akan teman kau tengok movie." Ethan menunjukkan jari kelingkingnya.

Baru sebentar tadi Luna mengajak dia menonton movie bersama tetapi dia menolak kerana dia tidak mahu terserempak dengan Aunty Luna. Namun sekarang dia terpaksa stay untuk menonton movie bersama Luna.

"Janji?" Ethan mengangguk kepalanya. Luna terus membelitkan jari kelingkingnya dengan Ethan.  Dia tersenyum gembira kerana Ethan akan stay dirumahnya lebih lama.

Ethan dan Luna sama-sama menelan satu biji pil seorang. Tubir mata Luna memanas melihat kesungguhan Ethan menjaga dia.

Ethan membawa Luna ke ruang tamu untuk menonton movie disana. Setelah meletakkan Luna diatas sofa. Ethan bergerak membuka televisyen dan menyerahkan remote televisyen itu kepada Luna.

"Aku nak pergi ambik comforter kau." Ethan berlalu ke bilik Luna apabila gadis itu membenarkannya.

"Dah pilih nak tengok cerita apa?" Ethan bertanya setelah melabuhkan punggung disebelah Luna diatas sofa. Tangannya pantas menarik pinggang Luna merapat kepadanya sebelum menutup badan mereka dengan comforter.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now