Luna berdiri lama didepan cermin. Dia melihat luka di pipinya yang agak besar. Luna malas memeningkan kepalanya dengan luka di pipi lalu dia terus sahaja mencuci muka dan menggosok gigi menggunakan berus gigi baru yang dijumpai di dalam kabinet bawah sink.Luna mengemaskan ikatan tuala sebelum dia melangkah masuk ke dalam walk-in closet Ethan. Ye, Luna guna tuala Ethan yang disangkut ditepi pintu toilet. Luna memandang sekeliling walk-in closet Ethan yang sangat besar, semuanya berwarna hitam. Terdapat beberapa bahagian di dalam closet. Bahagian hanya untuk t-shirt, jaket dan hoodie dan kemeja. Terdapat juga almari cermin ditengah-tengah closet itu yang menampakkan pelbagai jam tangan yang mahal dan perfume.
Luna berjalan menghampirinya bahagian yang menempatkan pelbagai t-shirt yang bercorak. Dia mengambil satu-satunya t-shirt yang berwarna cream disitu. Yang lain semuanya berwarna hitam. Dia juga mengambil sehelai short pants yang berwarna hitam.
Dia keluar dari closet itu dengan memakai t-shirt sahaja yang panjangnya smpai ke peha. Luna mengelap rambutnya sambil berjalan menuju ke pintu bilik. Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap rambut menyebabkan pandangan matanya terhalang.
"Auch." Luna memegang kepalanya yang terhantuk pada sesuatu yang keras yet lembut.
Mata Luna tertancap lama di dada Ethan. Bibirnya kering melihat dada bersih Ethan yang tegap dan six packnya yang berbaris cantik. Air liur ditelan kesat. Ethan ketika itu hanya bertuala kerana baru sahaja selesai mandi d bilik sebelah.
"Dah-dah lah pandang dada aku ni." Ethan tersenyum sinis sambil tangannya menutup dada.
Luna terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Can you help me with that too?" Ethan menunjukkan tuala kecil ditangan Luna yang digunakan untuk mengeringkan rambut.
"Yeah, sure." Luna mengawal suaranya daripada tergagap. Dia melangkah menghampiri Ethan yang sudah duduk di birai katil.
Tuala kecil yang digunakan untuk rambutnya sekarang digunakan untuk mengeringkan rambut Ethan pula. Tangan kekar milik Ethan berada di pinggangnya. Luna mengawal sedaya-upaya supaya matanya tidak turun memandang ke bawah kerana Ethan masih lagi bertuala dan dia berada diantara kaki Ethan.
"Aku order pizza. Are you okay with that?" Ethan bertanya dari dalam closet selepas Luna siap mengeringkan rambutnya.
Luna melihat Ethan yang keluar dari walk-in closet dengan hanya memakai short pants dan baju tanpa lengan.
"Sunshine, kau okay ke makan pizza? Ke kau nak makan benda lain." Soal Ethan lagi.
"No, im okay with it."
***
Luna berjalan mendekati Ethan yang sedang duduk di sofa dengan memegang short pants yang asyik terlorot jatuh dari pinggangnya. Saiz seluar Ethan dua kali ganda lagi besar dari saiznya. Macam mana tak longgar.
"Ethan, can you help me with this?" Sebelah tangannya mengangkat sedikit baju dan tangan satu lagi memegang kemas seluar supaya tidak jatuh.
"Help you with what, baby?" Ethan mengalihkan pandangan dari skrin tv menghadap Luna.
"This." Luna menunjukkan tali seluar Ethan. Seluar itu mempunyai tali tapi Luna tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskan ikatan seluar tersebut.
Ethan memegang tali short pants itu dan menarik Luna mendekatinya. Matanya kadang-kadang mengerling melihat series di Netflix.
"You should eat more. You too small, baby." Tangan Ethan mengusap tepi pinggang ramping Luna.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...