D'Russo HotelEthan sampai ke majlis anniversary ke-80 D'Russo lima belas minit awal. Dia keluar dari Porsche Carrera GT kuning lalu menyandar pada pintu kereta. Tangan sudah mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan di bibir mulut. Ethan mencari lighter didalam kot hitam yang dipakai. Baru sahaja dia ingin membakar hujung puting rokok. Tangannya terhenti bila teingat pesanan Luna yang tidak suka dia merokok. Tangan mati awal katanya. Lighter disimpai kembali dan rokok dimulut dibuang.
Ethan melepaskan nafas yang berat. Dia cukup tertekan apa yang bakal dia hadapi selepas ini. Dia masih belum bersedia untuk dikenalkan kepada dunia. Namun bukan itu yang bermain di fikirannya sekarang. Bagaimana penerimaan Luna terhadap dirinya yang membuatkan dia takut dan ragu-ragu. Macam mana kalau Luna jauhkan diri darinya. Bukan dia nak bangga diri, tapi nama D'Russo lebih dari mampu untuk membuatkan seseorang menjauhkan diri dari mereka. Itu tidak termasuk lagi kalau gadis kecilnya itu tahu tentang latar belakang keluarganya yang sebenar.
"Yow, kau okay?" Liam menepuk bahu Ethan. Dari tadi dia tengok Ethan asyik termenung dan mengeluh.
Ethan berpaling memandang Liam. Matanya memerhati sekitar Liam mencari kelibat Mark. "Mark mana? Tak sampai lagi." Tanyanya sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
Liam terus bersandar disebelah Ethan. "Tu Mark." Mulutnya dimuncungkan kearah Mark yang baru keluar dari kereta dengan memakai suit berwarna grey.
Mereka berdua mengangkat tangan menyapa Mark yang baru tiba. "Kau okay tak, Ethan?" Ditanya lagi sekali bila Ethan tidak menjawab soalannya tadi.
Liam mengeleng kepala bila Ethan hanya berdiam diri sambil kakinya menyepak batu-batu kecil.
Aku dahlah jarang ada dialog. Bila ada dialog mamat gila ni taknak jawab pulak. Menyampah.
Mark yang saja sampai pelik melihat muka monyok Ethan. Dia memandang Liam, Liam pula sekadar menaikkan bahu tanda tidak tahu. Mark meraup tangan ke belakang sudah bersedia untuk membuat aksi bodoh bagi kembalikan senyuman Ethan.
Tangannya naik memegang pipi Ethan sehingga bibir lelaki itu muncung seperti mulut itik. "Baby kita ni dah kenapa. Sedih je. Cerita la dengan abang Mark dengan abang Liam." Muka Ethan turut digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Muka Ethan yang sudah sedia ada masam bertambah-tambah masam bila Mark memperlakukannya seperti itu. Ethan menepis tangan Mark yang berada dimukanya. "Gila. Malu bodoh orang tengok." Ethan melihat beberapa orang gadis yang lalu dan ketawa kecil bila tengok mulutnya muncung macam itik.
"Dahtu, kenapa? Bagitahu lah aku dengan Liam." Mark memeluk tubuhnya.
"Aku okay. Just aku serabut dengan daddy yang nak annouce yang aku ni pewaris dia yang seterusnya." Ethan menolak bila Mark menghulurkannya sebatang rokok. Tadi jer Ethan dah hampir merokok. Ni disuakan lagi sekali rokok.
Liam memandang muka risau Ethan. Muka risau tapi ni risau yang lain macam sikit. "Ke kau risau yang Luna tak boleh terima kau lepas dia tahu sape kau yang sebenarnya." Liam melepaskan pelurunya, terkena tepat pada sasaran. Bukan dia kenal Ethan setahun dua, dah hampir 20 tahun dia kenal Ethan. Tengok muka dah tahu yang Ethan takut Luna tinggal dia.
"Hmm." Liam dan Mark saling berpandangan. Apa yang Luna dah buat sampai sayang bebenor Ethan dekat Luna.
Liam dan Mark menarik bahu Ethan untuk masuk ke dalam hotel. "Alah, kau tak payah risaulah. Kalau Luna sayang kau, takkan dia nak tinggal kau." Mark mengangguk membenarkan kata-kata Liam walau dia tak kenal siapa sebenarnya teman wanita kawannya itu.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...