Seperti biasa Luna dan Alice akan singgah di cafe terlebih dahulu untuk mengisi perut sebelum bergerak ke kelas yang seterusnya. Mereka baru sahaja selesai dengan kelas Dr Adam. Mereka ada masa dua jam untuk berehat sebelum ke kelas Prof Jenice yang akan mula jam 2 petang nanti.Luna mengikat rambutnya dan mengemaskan sedikit bangsnya. Selalunya dia akan mengikat kemas bangs menggunakan klip rambut. Tapi hari ini dia sengaja melepaskan bangsnya bebas. Luna mengambil cermin mata di dalam beg sandang sebelum membuka laptop untuk menyiapkan sedikit tugasan yang tertinggal pada minggu lepas.
Alice sudah lesap bersama dengan pelaja-pelajar lain yang sibuk ingin membeli makanan. Biasalah, perut perlu diisi nanti tidak dapat fokus semasa di dalam kelas.
"Betul ni kau taknak makan, Luna?" Tanya Alice yang sedang memegang sepinggan salad ayam dengan jus epal. Luna senyum segaris.
'Taknak. Aku tak ada selera." Luna membalas dengan matanya masih memandang laptop.
"Nanti kau sakit balik. Sini makan salad aku." Alice menyuakan garfu yang ada sekeping isi ayam dan salad kepada Luna.
Luna menggelengkan kepalanya.
"Ni mesti sebab apa yang kau nampak pagi tadi kan. Kan aku dah cakap jangan dekat dengan Ethan. Tengok apa dah jadi. Kau tu dah la baru je sihat, pastu ni taknak makan pula. Nanti sakit balik macam mana." Alice sudah membuka kelas membebelnya. Geram dengan perangai Luna yang taknak makan.
Alice memandang Luna yang hanya buat tidak tahu itu. Ini lagi satu perangai Luna. Degil, tak dengar cakap orang. Suka sangat seksa diri.
Luna memalingkan mukanya dari laptop memandang Alice. Dia tergelak apabila melihat Alice yang merenungnya tajam walaupun sedang makan.
"Aku okaylah. Bukan aku taknak makan sebab apa yang kita tengok pagi tadi. Aku taknak makan sebab aku tak ada selera. I'm just gonna eat at home. Aunty dah janji nak masak malam ni." Matanya kembali menatap laptop.
"Baby, I dengan Ethan duduk sini, boleh? Meja lain dah penuh." Liam sudah menarik kerusi di hadapan Alice.
"Can. Duduklah." Alice menjelingkan matanya melihat Ethan yang menarik kerusi di depan Luna. Muka itu kembali dimaniskan apabila memandang buah hatinya.
Badan Luna keras saat Ethan duduk di depannya. Mata itu masih lagi menatap skrin laptop dan tangannya sibuk menaip di atas kekunci.
Luna mengambil Iphonenya yang berbunyi tanda ada mesej yang baru masuk.
Kepala itu diangkat namun matanya tidak memandang wajah Ethan.
Luna mengangkat tangannya dan melambai kepada seseorang sambil tersenyum.
Kesemua 3 pasang yang duduk semeja dengan Luna turut memandang ke arah orang yang dilambainya itu.
Ethan mengecilkan matanya apabila melihat seorang lelaki menuju kearah meja mereka.
Kepala dipusingkan kembali memandang Luna yang masih lagi tersenyum. Hatinya panas apabila melihat Luna yang tersenyum kepada lelaki lain.
"Sorry, im late." Kerusi ditepi Luna ditarik.
"It's okay. Mesti Jaden rushing datang sini kan." Luna menyerahkan tisu kepada Jaden. Jaden adalah senior Luna yang selalu membantu dia membuat tugasan.
"Tak adalah. So, mana tugasan yang you nak I tengok?" Tanya Jaden selepas nafasnya kembali teratur. Tangan pun masih lagi sibuk mengelap peluh di dahi.
"Ni, Luna tak faham part ni." Ethan yang mendengar bagaimana Luna membahasakan dirinya bersama Jaden terus memeluk tubunya sambil memandang tajam wajah Luna yang sedang fokus berbincang bersama Jaden.
"Luna, since when you pakai cermin mata?" Soal Liam bila baru perasaan yang Luna sedang memakai cermin mata. Comel sangat Luna pakai cermin mata bulat.
"Ohh ini, saya pakai time saya nak buat kerja dekat laptop je." Luna membalas pertanyaan Liam sebelum matanya kembali fokus kepada Jaden.
Ethan menjungkitkan senyuman sinis apabila gadis yang dihadapannya langsung tidak memandang wajah dia. Sebelum ini, walaupun Luna malu namun gadis itu masih akan memandang secara diam-diam. Tapi, hari ini Luna seperti mengelak dari memandang wajahnya
"Luna, I dengar you demam seminggu?" Ethan dan Liam turut mendengar perbualan antara mereka berdua. Alice sudah lesap lagi sekali mencari makanan untuk mengisi perut.
"Haah, Luna demam. Jaden tak datang melawat Luna pun." Luna sengaja membuat suara seperti berjauh hati dengan Jaden. Ethan pula sudah mengepal penumbuknya mendengar suara Luna yang dibuat-buat manja itu.
Luna sengaja berbuat demikian untuk melihat reaksi Ethan. Lagipun, dia sudah biasa dengan Jaden. Dan lelaki itu juga sedah mempunyai teman wanita. Dia hanya berani kerana lelaki itu adalah Jaden. Kalau lelaki lain bagi sejuta pun dia taknak buat.
"Alolo. Luna tunggu Jaden ke? Sorry la, Jaden busy last week." Jaden pula hanya melayan manja Luna. Dia sudah menganggap Luna seperti adiknya.
Jari Ethan mengetuk-ngetuk lengannya sendiri kerana panas melihat sesi manja Luna dengan Jaden. Liam pula sudah menelan air liurnya melihat muka Ethan yang bertukar merah kerana menahan marah.
Liam menggeleng kepalanya.
Kau dah tempah maut Luna.
Mereka berdua masih rancak berbual, tidak menyedari bahawa Ethan akan meletup pada bila-bila masa sahaja.
Disaat tangan Jaden hendek menyentuh rambut Luna, Ethan terus menepuk meja dengan kuat sehingga bahu Luna terangkat kerana terkejut. Perbualan mereka juga terhenti. Tepukan kuat itu telah menarik perhatian beberapa pelajar lain yang masih di cafe kolej.
Tangan Jaden juga kembali jatuh kesisinya bila melihat mata Ethan yang mencerlung tajam kearahnya.
Jaden merapatkan kerusi ke Luna. Dia juga tidak menyedari kehadiran Ethan dimeja itu sehingga tadi.
"Bila masa lelaki ni ada kat meja kita. Why he looks angry?" Jaden bertanya sambil berbisik kepada Luna. Perbuatan itu menyebabkan Ethan semakin marah.
"He looks angry at you, Luna." Jaden sambung berbisik bila perasaan yang mata Ethan tidak lepas dari menikam wajah Luna.
Luna menjauhkan sedikit kerusinya dari Jaden dan dia memilih untuk tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Takut akan menyebabkan bom dihadapannya meletup.
"Jaden, kita sambung lain kali discussion hari ni. Luna dah lewat nak masuk kelas Prof Jenice." Luna segera menyimpan laptop dan bukunya ke dalam beg. Dia mencipta alasan untuk lari dari Ethan walaupun dia masih ada 45 minit sebelum kelas bermula.
"Bye Jaden." Luna terus berlalu setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Jaden.
Luna segera berjalan keluar dari cafeteria.
"Luna, stop." Langkah kakinya terhenti sekejap apabila mendengar suara garau Ethan sebelum dia menyambung berjalan semula.
"Luna aku cakap stop." Suara Ethan mula kedengaran keras apabila Luna tidak mengikut arahannya.
Tak lupa lagikan perangai Luna yang degil. So, semestinya Luna tidak mengendahkan arahan Ethan itu.
Melihat Luna yang buat tidak dengar sahaja dengan arahannya membuatkan Ethan hilang sabar.
"LUNA GREY." Suara Ethan yang sedikit keras dan kuat itu menyebabkan Luna berhenti berjalan.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...