Bab 14

557 31 1
                                    


Matanya tetap pada badan lelaki yang baru keluar dengan tergopoh-gapah dari lorong yang sama dengan Luna. Mata Josh melilau mencari Luna. Tapi air liurnya ditelan kesat bila terlihat panahan mata yang membuak-buak kemarahannya dari Ethan.

Ethan maju melangkah mendekati Josh. Mata hijaunya tidak beralih dari menikam anak mata Josh. Langkah yang tadinya perlahan semakin dilajukan.

"Ethan, aku boleh ex." Belum habis ayat yang ingin dikatakan Josh. Kaki Ethan sudah naik menendang dada lelaki itu dengan kuat.

Tendangan kuat Ethan menyebabkan Josh terpelanting jatuh. Pelajar perempuan lain sudah terjerit kecil terkejut melihat aksi Ethan tadi.

"Kau buat apa kat dia, sial!!!" Suara Ethan bergema kuat di lorong itu.

Luna sudah menutup matanya bila mendengar jerkahan dari Ethan.

Liam dan Alice yang baru sahaja sampai di library berlari anak mendekati Luna. Alice segera memeluk badan Luna yang masih lagi menangis dengan luka dipipi yang masih lagi berdarah.

Liam pula segera menuju kearah Ethan yang berjalan mendekati Josh.

"Ethan, sabar Ethan." Liam menahan tubuh Ethan yang bagai dirasuk itu.

Josh pula masih lagi terbaring di atas lantai lorong sambil memegang dadanya yang sakit ditendang Ethan.

"Lepaskan aku Liam!" Sekali lagi suara jerkahan Ethan berbunyi. Tubuh Liam ditolak ke tepi.

Pegangan tangan Liam terlepas apabila dia tidak bersedia untuk menerima tolakan yang kuat Ethan. Kolar baju Josh ditarik kasar memaksa lelaki itu bangun dari duduknya.

Tanpa banyak soal, terus muka Jack ditumbuk.

Buk. Sekali

Buk. 2 kali.

Josh menutup matanya redha menerima tumbukan ketiga dari Ethan. Namun, tangan Liam pantas menahan lengan Ethan dari terus menumbuk Josh.

"Kalau kau taknak muka kau hancur. Baik kau lepas tangan aku sekarang, Liam." Tangan kirinya masih kemas memegang kolar baju Josh manakala pandangan matanya yang dingin diberikan kepada Liam.

Liam menelan kesat air liurnya. Tidak pernah dia lihat Ethan marah sampai sebegitu rupa. Ya, selama ini memang Ethan terkenal dengan sifat panas barannya namun selalunya semua itu kerana Ethan saja ingin mengusik lawannya.

Namun tidak kali ini, mata Ethan memancarkan kemarahan yang amat sangat sehingga mata hijau itu kelihatan kosong dan sangat dingin. Tubuhnya juga menggigil menahan marah tetapi itu tidak menghalang Ethan untuk bertindak seperti orang yang dirasuk. Tidak akan ada seorang pun yang boleh menghentikan Ethan pada saat ini.

Ethan sekali lagi menolak badan Liam menjauhi dirinya. Dia kembali mengangkat tangannya untuk sambung menyumbuk muka Josh. Tumbukan yang hampir terkena muka Josh itu terhenti apabila ada suara kecil yang memanggil namanya.

"Ethan." Luna memanggil perlahan nama Ethan, suaranya juga sudah serak kerana menangis.

Ethan mengemaskan pegangan tangannya di kolar baju Josh sebelum tangan kanannya sekali lagi diangkat bersedia untuk menumbuk Josh. Pandangan matanya masih seperti tadi dingin dan kosong.

"Please." Suara rayuan Luna yang kedengaran sangat rapuh itu sampai di telinga Ethan. Ethan memejamkan matanya sebelum dia melepaskan Josh dengan kuat.

Tong sampah yang berada di sebelah laluan disepak dengan kuat untuk melepaskan kemarahannya.

Dalam sekelip mata, Ethan sudah berada didepan Luna. Tangan yang menggigil itu menyentuh lembut pipi Luna yang berdarah. Dia melepaskan nafas yang berat. Perit hatinya melihat luka dipipi gadis kecilnya itu.

Ethan menarik tangan Luna perlahan sebelum mereka berlalu pergi ke kereta Ethan.

***

Ethan mematikan kereta Lamborghini di tempat yang telah dikhaskan untuk keretanya. Kepala disandarkan rapat ke kerusi dan badannya dibawa menghadap Luna yang berada dibahagian sebelah pemandu. Ethan leka melihat raut wajah Luna yang tenang. Gadis itu tertidur selepas 5 minit mereka berada didalam kereta.

Ethan bergerak keluar dan berlalu ke bahagian tempat duduk Luna. Pintu dibuka dan badan Luna diangkat ke dalam pelukannya. Luna merengek apabila tidurnya diganggu.

Sampai sahaja di penthouse, Ethan berjalan menuju ke bilik tidurnya dan meletakkan Luna diatas katil.

Selimut diangkat sehingga ke paras Luna sebelum dia berlalu ke dalam walk-in closet untuk mengambil kotak first aid.

Dia duduk di birai katil dan mula merawat luka dipipi Luna. Tangan Ethan menyelit rambut Luna ke belakang telinga apabila rambut itu menutupi wajah Luna.

I'm sorry baby.

***

Luna membuka matanya bila ada sesuatu yang menghalang dia daripada bergerak. Luna cuba melepaskan pelukan Ethan dipinggangnya. Namun tidak berjaya bila Ethan makin mengemaskan pelukan.

"Kau dah bangun?" Soal Ethan sambil mengemaskan pelukan di pinggang Luna. Dia mencium tepi kepala Luna yang terletak di atas lengannya.

"Sekarang dah pukul berapa? Lama ke saya tidur?" Mujur sahaja hari ini dia tidak bekerja tapi dia masih bimbang jika Aunty Aurel mencarinya.

Ethan menghenjut bahunya tanda tidak tahu.

"Ethan..." Luna menolak lembut bahu Ethan apabila lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya.

"Betullah aku tak tahu. Aku tidur sekali dengan kau dari tadi." Tangan Ethan bermain-main dirambut lembut Luna.

Luna pula sudah menunjukkan muka tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu. Ketawa kecil terlepas dari mulutnya sebelum dia mengambil Iphone 12 pro yang diletakkan diatas side table.

"Dah pukul 8 malam." Ethan menunjukkan skrin Iphonenya kepada Luna.

Luna segera menegakkan badannya. "Hantar saya balik."

"Kenapa nak balik. Kau stay sini jelah dengan aku malam ni." Ethan turut bangun dan menarik tubuh Luna ke dalam pelukannya. Dagu pula diletakkan di bahu Luna.

"Nanti Aunty Aurel risau kalau saya tak balik." Luna mengusap lengan Ethan yang melingkar di pinggangnya.

"Kalau macam tu, kau call je Aunty. Bagitahu dia kau stay penthouse aku malam ni." Ethan mencium beberapa kali pipi dan leher Luna menyebabkan gadis itu meyeringai kegelian.

"Tapi..." Luna masih teragak-agak.

"No buts. Lagipun aku dah malas nak drive. Baby, stay jelah sini malam ni dengan aku." Dalam tegas namun masih lagi ada nada manja Ethan untuk memujuk Luna.

"Okaylah. Kejap saya call Aunty." Luna mencapai beg sandangnya ditepi katil sebelum mencari Iphonenya.

"Aku pergi order food dulu. Mesti kau lapar kan?" Ethan mencium tepi kepala Luna sebelum keluar dari bilik dengan phone di tangan.

Luna juga turut keluar dari bilik Ethan setelah dia memberitahu Aunty Aurel yang dia stay di penthouse lelaki itu malam ini. Dia ingatkan Auntynya tidak akan membenarkan dia tidur disitu tapi jangkaannya meleset bila Aunty Aurel memberi kebenaran dengan mudah.

"Ethan." Panggil Luna yang sedang turun dari tangga.

"Dah call Aunty? Aunty bagi tak?" Soal Ethan.

"Dah. Aunty bagi." Ethan sudah tersenyum lebar.

"Ethan, awak ada towel baru tak. Saya nak mandi." Luna memandang Ethan yang sedang menonton series di Neftlix.

"Just use my towel yang ada kat tepi pintu toilet. Baju pun kau guna jer mana-mana baju yang ada dalam closet aku."

Ethan tersenyum nakal sebelum menyambung ayatnya.

"But i dont have any spare for girl's underwear. Kau tak payah pakai apa-apa laa malam ni." Ethan sudah menahan ketawanya bila muka Luna merah yang amat menahan malu.

"Ethan Xander!" Luna menjerit marah sambil berlari masuk ke dalam bilik Ethan.

Ketawa Ethan terlepas juga akhirnya. Penthouse itu dipenuhi dengan suara  kuat Ethan.

My Sweet BadboyWhere stories live. Discover now