2 hari kemudian...Kelihatan Ethan dan Liam sedang menjamu selera di cafe kolej. Spaghetti carbonara Liam sudah hampir habis namun makanan di dalam pinggan Ethan masih belum terusik.
Matanya sibuk memandang manusia-manusia di cafe itu. Mata lelaki itu terus meliar mencari seseorang. Sudah 2 hari dia tidak melihat wajah manis itu. Kemanakah gadis itu menghilangkan diri. Kali terakhir dia berjumpa Luna adalah pada malam dia mengambil Luna dari tempat kerjanya.
Tidak mungkin Luna melarikan diri daripada dia. Mata Ethan jatuh pada wajah seseorang dia kenali tetapi bukan wajah itu yang dicari. Tapi, sekurang-kurang dia boleh bertanya kepada Alice di mana Luna. Dia melihat Alice melangkah laju ke meja mereka berdua sambil membawa sesuatu.
Sampai sahaja Alice dimeja yang diduduki Ethan dan Liam, dia terus meletakkan tupperware yang berisi bubur ayam di atas meja lalu ditolak ke arah Ethan.
"Awak tahu kan dekat mana rumah Luna?" Soal Alice setelah nafasnya kembali teratur.
"Tahu. Kenapa?" Ethan membuat muka tidak peduli sedangkan hatinya sudah berdegup kencang ingin mengetahui tentang keadaan gadis kesayangan itu.
"Tolong hantarkan bubur ayam ini dekat Luna tak? Dia tak sihat. Aunty Aurel terpaksa tinggalkan Luna hari ini sebab dia kerja. Saya tak dapat nak hantar bubur ayam ini dekat Luna sebab lepas ini ada kelas Dr Adam." Panjang lebar sekali penjelasan Alice. Ethan pula mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Alice.
"Hurm, okay." Liam membuat muka mendengar nada Ethan yang seperti terpaksa itu. Acah terpaksa padahal rela.
"Thanks, Ethan." Alice senyum manis kepada Ethan yang sudi membantunya.
"Sebelum awak bagi dekat Luna, panaskan dulu tau bubur ayam ini and tambah air sikit sebab Luna tak suka makan bubur pekat." Alice meninggalkan pesanan kepada Ethan sebelum mengeluarkan sepapan ubat dari beg tangannya.
"Ini ubat Luna, lepas dia makan bubur baru bagi makan ubat. One more thing, Luna tak suka makan ubat, so tak boleh paksa. Nanti dia nangis. Awak pujuk dia tau Ethan untuk makan ubat." Ethan mendengar dengan jelas penerangan Alice. Alice dah macam tinggal satu rumah dengan Luna. Semua yang Luna suka dan tak suka dia tahu.
Ethan mengangguk-angguk kepalanya menandakan dia faham apa yang Alice bagitahu.
"Saya pergi kelas Dr Adam dulu." Alice tunduk meninggalkan kiss ringkas di pipi Liam. Setelah beberapa langkah, Alice memusingkan badan ke meja itu kembali.
"Sorry, i forgot. Luna's key house." Luna dan Alice memang saling mempunyai kunci rumah masing-masing bagi memudahkan urusan mereka ketika kecemasan. Contohnya seperti sekarang ini. Setelah memberikan kunci rumah Luna kepada Ethan, dia segera menuju ke kelas Dr Adam.
Ethan segera mengambil kunci rumah Luna dan bubur ayam yang diberikan oleh Alice tadi. Makanannya juga sudah ditolak kepada Liam supaya sepupunya itu menghabiskannya.
Baru sahaja Ethan hendak membuka langkah meninggalkan Liam. Ada suara yang menghalangnya.
"Bukan kau pun ada kelas Dr Adam lepas ini, Ethan." Lebih kepada pernyataan yang diberikan Liam.
Ethan sekadar membuat tidak dengar ayat Liam dan menyambung kembali perjalanan ke motor besarnya. Ethan membawa motor hari ini kerana Liam juga datang dengan menaiki superbike. Jadi, dia tidak perlu susah-payah menumpangkan lelaki itu.
Deruman enjin superbikenya kedengaran dengan kuat apabila Ethan sengaja memulas minyak. Destinasinya pada kali ini membuatkan Ethan tersenyum.
YOU ARE READING
My Sweet Badboy
Action🌱 ON-GOING 🌱 Ethan Xander X Luna Eloise Dia badboy kolej. Auranya menjelaskan kegelapan dan kedinginan. Muka kacukan Itali dan British itu tidak pernah tersenyum namun masih mampu mencairkan hati semua gadis di kolejnya. Never give a damn about wh...