10 H O N G B A N J A N G

28 3 0
                                    

"Jom teman aku makan." Tanpa sedikit rasa bersalah, Zahin membuka bicara. Memandang wajah wanita yang sangat dirinduinya itu.

Mengada. Baru dua bulan.

"Thank you but sorry. I ada client. Bye." Melihat riak yang dipamerkan Zahin, Iris rasa bengang. Sudahla hilang begitu sahaja.

Keesokkannya selepas sahaja fashion show Iris tamat, Irham memberitahunya bahawa Zahin sudah berhenti kerja.

Terkejut beruk dia. Kenapa tiba-tiba. Pelbagai fikiran berlegar-legar di kepalanya. Lelaki itu punya masalah? Kenapa terlalu drastik. Tidak juga dikhabarkan kepada Iris terdahulu.

"Lunch? We need to talk." Zahin menghalang langkah Iris.

"Zahin. I ada client. And i dah lambat. Can you get out from my way?" Geram. Dia tersangat sudah terlalu lambat. Dia tak boleh rosakkan tanggapan pertama customernya. Habis dia nanti.

"Aku tunggu dekat sini. Nanti kita lunch sama-sama." Pujuk Zahin lagi. Dia betul-betul mahu bertemu dengan Iris.

"Whatever. Move." Bahu Zahin ditolak kasar.

Zahin mengeluh perlahan.

"Puan Sri i'm sorry. Jalan jammed. Sumpah i tak sengaja." Sesampainya disitu, Iris memohon beribu keampunan kerana membiarkan wanita separuh abad itu menunggunya lama.

Sri Maimun tersenyum kecil. Mahu dimarah, Iris anak kenalannya. Lagipun servis Iris tiptop. Dan dia taknak jadi tua semata-mata kerana selalu memarahi orang. Jadi dia batalkan niat mahu beremosi.

"Ah it's okay. Nevermind. Let's proceed should we?"

"Yes boleh boleh." Kelam kabut Iris duduk dan mengeluarkan segala jenis fail lalu perbincangan mereka pun bermula.

"Actually your mom kenalkan you dekat i. And my daughter pun ada puji-puji you so i trust on you Iris." Kata Puan Sri Maimun.

"Thank you Puan Sri. My team and i will do our best."

"Oh ya. I'll set our next appointment with my daughter and son-in-law with you later. I kena follow schedule you. So apa apa i contact ye." Tas tangan berjenama dior digapai. Berura-ura untuk mengakhiri perbincangan mereka.

Iris dan Zana juga turut bangun. Iris menundukkan sedikit tubuhnya tanda hormat.

"Sure Puan Sri. Thank you." Mereka berjabat tangan.

Iris berlalu keluar dari restoran tersebut. Berniat untuk pergi ke butiknya. Sudah lama tidak menjengukkan diri dia di sana.

"Cik Natasha." Zahin yang sedang bermain dengan iphonenya itu melangkah laju ke arah Iris. Disimpan iphonennya ke dalam poket.

Iris statik di situ. Dia panggil, dia lah kena datang. Eleh kau jual mahal. Padahal dia nak je peluk-peluk Zahin sebab rindu nak mati dengan mamat handsome tampan menawan di hadapannya itu.

"Lunch jom. Aku belanja." Zahin mempelawa lagi.

Ewah ewah dia ingat dia pakai segak macamni dia boleh tunjuk duit dia la.
Apa ingat aku takda duit?

"I dah kenyang."

"Tipu."

"Sukahati you lah."

"Sayang..." Panggil Zahin meleret.

Iris terpana. Amboi malaun ni muncul-muncul terus gatal. Sebelum hilang, beriman semacam menahan godaanku yang hebat.

"Fine. Dekat mana?" Iris mengalah.

"Jom." Tas tangan Iris ditarik mengikuti langkahnya yang maju kehadapan.

Selesai membuat pesanan, Zahin memandang Iris yang melabuhkan punggung di hadapannya. Iris yang berwajah ketat itu dipandang penuh minat. Dia tahu wanita itu marah kepadanya. Sebab itulah seusai pulang sahaja dari Itali, dia terus pergi menemui Iris.

SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]Where stories live. Discover now