4 S A P U S A M P A H

63 2 0
                                    

Varin Beach Resort, Melaka.

"Welcome to Varin Beach Resort, Cik Iris."

Pekerja Varin Beach Resort yang baru sahaja beroperasi menunduk hormat ke arah Iris.

Iris hanya mengangguk.

"Cik Iris," Pekerja yang manis bertudung itu menyapa.

Iris toleh ke belakang.

"Yes?"

"Cik Iris nak jumpa bos?"

Iris angguk. Yelah takkan nak jumpa tukang sapu sampah resort pula?

"Follow me." Iris mengikut setiap langkah pekerja muda itu. Mahu sesat di dalam resort besar ini. Habis dia.

"Encik Am." Selepas diketuk pintu bilik kerja bosnya, terjengul kepala Mia, pekerja muda itu.

"Yes?" Am mengangkat kening. Tidak suka konsentrasinya terganggu.

"Cik Iris dah sampai."

Am terkejut. Amboi awalnya. Semangat betul minah ni.

"Come in."

Mia meninggalkan Iris bersama bosnya untuk memberikan privasi. Tidak mahu mengganggu orang atasannya berbincang.

"Cik Iris, have a seat." Am menunjukkan tempat duduk dihadapannya kepada Iris. Acah-acah macho. Imej kena jaga.

Iris menarik kerusi. Punggung dihenyak di atas kerusi empuk itu. Kaki disilang gaya diva.

"Awalnya awak datang, Cik Iris." Am gelak. Saja mahu berbasa-basi.

"Time is gold." Iris senyum nipis. Kepala batu dia awal. Memang waktu macam ini yang dijanjikan. Patutlah Melayu tak pernah maju. Asyik membuang masa. Iris pantang orang yang membuang masa. Baginya, setiap detik adalah masa untuknya mengejar kejayaan.

Am gelak lagi. Good, I like it.

"So, how is it? Jadi tak awak nak organise fashion show dekat resort kami yang tak seberapa ni?"

"Of course jadi. I dah booking sebelum resort ni siap lagi."

Am angkat kening. Oh ye ke. Mana dia tahu. Dia pun baru masuk hari ini dan dia pun baru dimaklumkan bahawa akan ada orang yang datang berjumpa dengannya.

"Oh yes. I forgot about it!" Nak cover punya pasal, Am petik jari beberapa kali.

Iris jeling tajam wajah si Irham. Macam manalah boleh berjaya macam ni kalau sikap pelupa tu ada? Tak faham betul.

"You jangan macam-macam. I serious dalam hal ni. Fashion show ni penting bagi I. I dah set location dekat sini." Iris geram. Tidak suka dia berurusan dengan orang yang tidak tahu mengambil serious. Stres!

Am sengih. Im siap kau nanti bila aku jumpa kau.


"Morning, nek." Puan Zanirah yang sedang bersarapan terus tersenyum membalas sapaan cucunya.

"Eh, Im? Tak kerja ke hari ni?" Diperhati satu persatu pakaian santai cucunya.

"Kerja, nek" Im sengih.

"Kerja apanya macamni. Kamu.."

Melihat sengihan nakal dari cucunya, Puan Zanirah sudah menggelengkan kepala. Apalah cucunya nak buat kali ni?

"Kamu jangan macam-macam, Im." Jeling Puan Zanirah.

Cucunya bukan boleh dibawa main. Macam-macam dalam kepala otak. Ikut siapa entah.

SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]Where stories live. Discover now