9 T I N G G A L

24 2 0
                                    

"Kamu biar betul, Im?!" Suara Tan Sri Khalid meninggi.

Im garu kepala yang tidak gatal. Sengihan tidak bersalah dilemparkan.

"Papa bawa bertenang. Benda boleh bincang." Qaiseer disebelah menyampuk. Kasihan melihat wajah Im yang menunduk.

"Bawa bertenang? Bawa bertendang ada lah sekarang ni." Tan Sri Khalid menjawab.

"Alah papa. Kasi je restu. Dia ni dah angau dah dekat anak papa tu." Irham menambah laju. Padan muka kau Im. Marah dia lagi papa. Memang nak kena budak sorang ni.

"Papa bukannya apa. Iris tu tak suka orang tipu-tipu dia. Papa takut dia marah nanti. Bila dia marah, faham-faham lah." Puan Kayla yang sedari tadi mendiamkan diri mengangguk setuju. Kenal benar dengan perangai anak bongsunya yang keras kepala.

"Hal tu papa jangan risau. Im tahu, siapa je yang suka kena tipu, right? Pandailah Im uruskan nanti. Papa cuma berikan restu dan sokongan je. Rancang memang nak bagitahu papa. Tapi tak tahu nak mula dari mana sebenarnya."

Melihatkan kesungguhan Im, Tan Sri Khalid dan Puan Kayla memberikan persetujuan. Ikutlah apa yang nak dilakukan janji tidak melampaui batas.

Selepas hampir sebulan bertungkus-lumus menyediakan persiapan pertunjukan fesyen, akhirnya hari yang sangat di tunggu-tunggu Iris pun tiba. Debar bercampur teruja bermain di dalam hati Iris.

Sedari tadi, dia tidak senang duduk. Ke hulu ke hilir memeriksa kondisi modelnya. Dari rambut hingga ke kaki dia belek. Takut berlaku kesilapan, memang habislah dia sebagai pereka fesyen terkenal. Kesempurnaan ialah sangat penting kepada Cik Iris Natasha.

"Cik Iris, semua model dah siap make up. Tinggal Cik Iris sahaja. Cik Iris nak make up sendiri or what?" Zira yang sedari tadi juga tidak menang tangan membuat kerja menegur bosnya.

"I nak make up sendiri. You pantau di sini. I pergi make up kejap." Baju yang labuh menyapu lantai diangkat sedikit memudahkan langkahnya untuk ke arah bilik solek.

"No problem, Cik Iris."

Contengan di wajah Iris hanya nipis. Dia tidak suka kalau solekan terlalu heavy atau tebal. Katanya kalau tampar muka boleh berjerebu KL. At least kalau wajah dia kena tampar, mungkin hanya kabus di KL.

Wajahnya ditilik untuk kali terakhir. Perfect.

Semua barang solek yang berselerakan di kemas semula.

"Kau boleh Iris Natasha! You're born to be the most beautiful fashion designer. Fighting!" Memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri. Sejujurnya dia agak gementar.

"Oi"

Pantas Iris menoleh ke arah muka pintu yang terbuka sedikit. Muncul satu kepala yang menjenguk dari pintu tersebut.

"Terkejut I. Nasib baik I tak baling berus ni dekat you."

"Kau baling berus, aku baling penyapu ni dekat kau." Zahin mengacah penyapu yang berada di tangannya ke arah Iris.

"You ni kan. Kemana-mana je mesti dengan penyapu. Takde kerja lain ke."

"Ada je. Aku buat part time dekat restoran depan tu. Tapi tak pegang penyapu la. Aku pegang sabun basuh pinggan." Kata Zahin.

Iris ketawa. Tidak berbunyi ikhlas namun dia mahu memberikan penghargaan kepada lawak yang dilontarkan Zahin. Eh bukan senang mamat ni nak buat lawak tau. Kenalah bagi award.

"Dahla you. Penat nak layan. I tengah nervous ni. You datang ni buat apa? Nak kacau I?" Iris menjeling. Orang tengah risau, dia boleh datang buat lawak hambar. Dahla tak kena masa. Ini kalau mamat ni buat lawak petang semalam, bolehla dia sambut lebih-lebih.

"Aku ingat nak datang sapu sini. Tapi takpelah kain kau dah tolong sapukan. Senang kerja aku."

Aaaa malas layan malas layan. Iris pekakkan telinga.

"By the way, goodluck. Tak payahla risau sangat. Bukan first time pun kau buat kerja ni. Jangan jatuh pulak. Kesian habuk-habuk dekat lantai tu nanti kena hempap dengan orang berat macam kau. Kesian lagi aku yang kena sapunya."

Iris baru mahu berterima kasih tetapi ayat last mamat Zahin ni buatkan Iris rasa nak cekik-cekik je anak orang sekarang ni. Loyar buruk sungguh.

"Ye thanks. I malas nak balas balik. Kang tuhan marah dekat I, habis I kejap lagi." Lidahnya dijelirkan ke arah Zahin tanda dia tidak tergugat padahal dalam hati, hanya Allah Maha Pencipta sahaja mengetahuinya.


"Kau seriouslah pergi macamtu je?" Ujar Qaiseer kepada Im yang berada di panggilan.

"Yes. Alaa aku balik Itali dua bulan je. Flight aku malam ni tak boleh postpone."

"Habistu adik aku macam mana?" Blah gitu je mamat ni. Sudahla malam ini ialah malam penting untuk adiknya.

"Aku dah jumpa dia tadi. Wish goodluck siap tau. Alah aku yakin dia boleh la. Oh jangan lupa hantar la sekeping dua gambar dia hehe buat modal lepas rindu."

"Ah takde. Nak tengok adik aku, datang sendiri. Nanti sampai Itali roger aku."

"Kedekut. Dahla bye." Mereka mematikan panggilan apabila fashion show Iris sudah mahu bermula.

Tepukan gemuruh diberikan apabila tirai pentas dibuka.




2 bulan kemudian..

"Ye kejap-kejap I tengah cari parking. You pancing la Puan Sri tu. Borak pasal lain. 5 minit lagi I janji I sampai." Panggilan dimatikan. Kelam kabut dia mencari parking di kawasan restoran tersebut.

Macam mana lah dia boleh terlajak tidur. Aduh ni semua salah jam.

Sejak fashion show dua bulan lepas, dia banyak menerima tempahan perkahwinan dan sale collectionnya meningkat berganda-ganda. Makin sibuklah dia sampai kan masa nak tidur pun tak cukup.

Puas memusing sampai kepala naik pusing, akhirnya satu parking kereta dijumpainya. Iris menjerit keseronokan. Terima kasih tuhan. Kalau tidak, dia bercadang mahu tinggal sahaja keretanya di tengah jalan.

Keluar dari kereta, ringtone Iphone berbunyi sekali lagi. Aduh mesti si Puan Sri dah mengamuk. Bukan dia sengaja. Salah jam la.

"Yes yes on my way. 3 minutes." Akibat kekalutan maksima yang dihadapi, mata Iris tidak tertancap ke hadapan.

Dan seperti biasa, seperti anda semua tahu, seperti anda semua dapat agak, Iris selamat melanggar orang. Maka terpelantinglah Iphone yang dia bayar cash bukan bayar bulan dan selamat mencium lantai.

"Sorry miss."

"Sorry!" Iris gelabah.

Do you get dejavu, huh?~

Apabila memandang figura yang dilanggarnya tadi, mata Iris terbeliak. Aku bermimpi ke?

"Hye Cik Iris Natasha." Sapa jejaka tersebut. Sapaan kemesraan yang tidak begitu mesra kerana lelaki ini mana pandai bermesra! Tetapi nampak kesungguhan di situ.

"Zahin? Zahin Aiman?! How can?" Dia menutup mulutnya yang ternganga.

Seriously. Tapi kenapa nampak sangat kacak? Bersuit bagai.

Yang tu tak penting. Yang penting, mana perginya mamat ini selama dua bulan? Puas Iris cari.

Takdelah puas sangat. Dia istiqomah cari sebulan setengah je. Lepastu dia redho. Zahin tu dah besar. Pandai-pandailah dia jaga diri.

"Yes. It's me. Zahin Aiman."

~~~~~~

SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]Where stories live. Discover now