"Cantiknya!"
Iris mendepakan tangan di atas basikal yang ditunggang Zahin. Bahagia betul wajahnya apabila Zahin membawanya pusing-pusing kampung.
Tidak dinafikan, Iris masih kagum dengan keindahan kampung suaminya. Dia tidak percaya yang masih wujud kawasan hijau seperti ini zaman sekarang.
"Duduk elok-eloklah burung. Nanti jatuh kang susah." Teguran Zahin mematikan lamunan Iris yang sedang ralit menikmati keindahan alam dan tiupan angin.
Habis bergoyang basikal. Siapa yang struggle? Dia jugak. Iris sudahla berat macam anak gajah.
"I nak terpegun dengan keindahan alam pun tak boleh ke?" Pinggang Zahin yang dipegangnya kejap sedari tadi terus dilepaskan. Protes.
"Tak salah. Tapi duduklah diam-diam. Kau pernah ke nampak aku time terpegun tengok kau haritu tergedik-gedik macamni? Takde kan?"
Eh eh. Sunyi.
Iris diam. Malas nak bertekak lebih. Baik dia tengok lembu yang tengah berselera makan tu.
I wish i am lembu. No work, no stress just moo moo. But no Zahin Aiman kesayangannya is cannot cannot. Bisik hati kecil Iris.
Jadi dia mengambil keputusan untuk menjadi manusia sahaja dan kekal setia di sisi suaminya yang tercinta. Haktuih.
"Pegang pinggang aku Iris. Nanti jatuh." Arah Zahin. Risau dia tak dapat rasa kehadiran Iris dibelakangnya. Kang Iris jatuh pun dia tak sedar.
"Taknak." Iris masih menunjukkan rajuknya.
Oh taknak ye. Zahin tersenyum sinis.
"You!" Pinggang Zahin ditampar kuat.
Zahin ketawa kuat. Bergegar basikal yang ditunggangnya.
"You turunkan I dekat sini sekarang. Tak senonoh la you ni. Pengotor!" Jerit Iris nyaring.
"Padan muka. Orang dah suruh pegang taknak." Zahin ketawa menang.
"Sampai hati you kentutkan isteri sendiri. Busuk tahu tak. Makan petai ke orang tua ni." Bebel Iris dibelakang. Sumpah nak muntah. Nasib baik ada angin yang membawa perlahan gas-gas yang dilepaskan suaminya itu pergi jauh dari aliran pernafasannya.
"Cepat pegang. Jangan nak bantah." Ujar Zahin sambil mengawal reaksi mukanya yang kelihatan puas mengenakan Iris. Ketawa lebih-lebih nanti makin mengada isterinya merajuk.
Kali ini, Iris tidak membantah. Dipegang pinggang Zahin sekuatnya sehingga Zahin mengeliat kesakitan. Rasakan kau! Berani lagi kau kentutkan isteri kau sendiri ye.
"Maklong!" Jerit Iris ketika melihat figura wanita itu yang sibuk memberi ayam makan di belakang rumah.
Ada ayam? Sejak bila ada ayam? Dia tak tahu pun. Semalam kenapa ayam tu tak datang kenduri dia? Maybe nenek tak jemput. Kesian kau ayam, kempunan nak makan ayam masak merah.
"Eh Iris. Dah balik? Kejap nya pergi."
"Zahin tu tak sporting. Dia bawak laju-laju lepastu dia langgar lopak atas jalan. Sakit ontot Iris. Sebabtiu balik awal." Reka Iris. Suka betul fitnah suami.
Zahin tu kalau boleh, nampak je lopak, dia stop basikal dan bawak paling perlahan di dunia. Taknak bini sakit ontot punya pasal.
"Eee tak sweetnya." Sampuk maksu.
Iris mengganguk laju. Memang tak sweet. Belum dia cerita yang Zahin kentutkan dia setengah jam lepas.
"Mengumpat apa nya tu?" Zahin menyertai ahli mesyuarat tingkap itu selepas meletakkan basikal atuk di bawah rumah kayu.
Terjengket-jengket kening Iris dia tengok dari tadi. Tak lain tak bukan mesti tengah memfitnah suami.
"Takde apa lah. Hal perempuan. Sibuk kamu ni." Ujar Maklong sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam rumah kembali. Maksu juga turut serta. Memberi ruang kepada pengantin baru meluangkan masa. Ayam sudah diberi makan. Settle masalah.
"Hai awek." Usik Zahin. Tubuh Iris didekati. Dengan berpakaian tshirt short sleeve dan skirt labuh, Zahin rasa nak cubit-cubit je Iris. Sabar jela.
"Maaf saya dah ada suami. You takda isteri? Lemah." Rambutnya di flip.
Fuyo bau sunsilk siot. Selamba dia libas wajah Zahin.
Iris memandang anak ayam yang seronok berlari berkejaran seindah bunga ditaman. Sekarang dia rasa mahu menjadi anak ayam pula. No stres, no work just cip cip.
"Weh. Duduk sini." Satu kerusi kayu panjang ditepuk-tepuk oleh Zahin. Debu dibuang sebelum memberikan isterinya duduk. Sayang betul.
Orang utara cakap keciwi baru ada bini lagutu la.
Iris melabuhkan punggung di situ. Tampang Zahin dipandang. Handsome betul. Seksi pulak tu.
Zahin berdehem.
"Kau taknak pergi honeymoon ke?" Tanya Zahin
"Nak tapi bukan sekarang."
"Why tak sekarang. Kau nak pergi time kita ada anak ke?"
"Anak? Siapa cakap i nak anak?" Iris menjungkitkan kening. Saja mahu menguji Zahin. Siapa je taknak anak kan? Cuma bukan masa terdekat. Baru kahwin semalam weh sabarlah gelojoh betul.
"Tapi aku nak anak." Zahin membalas.
"Tapi i tak nak anak." Lidah dijelir suka.
"Kau takde pilihan. Kau tu isteri. Aku nak anak jugak!" Pipi Iris dicubit sambil kepala isterinya digoyang-goyang.
"I isteri, i yang nak lahirkan. Suka hati i lah." Tidak mahu kalah. Sabar kaum wanita semua. Kita takkan kalah. ANAK KITA LAHIRKAN!
"Tapi anak tu dari i." Zahin menjawab sambil kening dijongket-jongketkan. Sabar para suami. BERAS KITA BELI!
"Tapi i yang perlu beri keizinan." BERAS KITA MASAK WAHAI KAUM WANITA!
"Korang gaduhkan apa ni?" Hana yang sedari tadi memerhati pertelingkahan suami isteri itu menegur.
Melihat figura wanita yang tidak disukainya, Iris dengan pantas memeluk lengan sasa Zahin. Zahin sudah mula beriak malas. Dia mula dah ulat beluncas tak matang ni.
Sado tak suami I, Hana? You mampu tengok je tau. I boleh pegang. Siap cubit-cubit lagi adipose tissue suami I.
Lengan yang dipeluk erat itu diperhati Hana. Sakit hati. Namun riak wajah dikawal supaya kelihatan biasa.
Terus bahagian kosong di sebelah kiri Zahin diisinya. Melihat tindakan Hana yang tak kenal malu, Iris makin bengang. Nak je dia kurung Zahin dalam bilik. Biar perempuan gatal ni tak dapat tengok abang Zahin kesayangan dia dah.
"Kitorang gaduhkan pasal anak. I nak dua orang anak je. Tapi baby abang I ni nak sepuluh anak. Lima lelaki, lima perempuan, babe. Dia cakap nanti boleh lawan netball and football. Cute la suami I ni." Dagu Zahin diusap lembut sambil mulut tak henti-henti tersengih. Rasa nak terkoyak mulut bila tengok wajah cemberut dan terkejut Hana.
Ha sibuk lagi nak tahu kan? Ambik kau.
Zahin terpana. Apa lagilah isteri dia ni. Buat hal betul. Nak 10 orang anak ye. Sabar ye sayang.
After amali, exam itu ini and grad semalam, akhirnya aku publish chap baru. Ok bye~
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...