"Mama!! Papa!!"
Menjerit sakan Iris apabila melihat kelibat Tan Sri Khalid dan Puan Sri Kayla di halaman resort vvip. Nasiblah takde sesiapa di halaman resort tu. Kalau tak dah lama kena halau.
Tubuh separuh abad itu dipeluk mesra. Gembira sungguh dia selepas berhari-hari kesunyian dekat sini. Akhirnya, dengan ini saya Iris Natasha mengisytiharkan saya keluar dari zon kesunyian. Mari bersalsa.
"Apa kamu ni Iris? Anak dara mana boleh jerit-jerit. Tak elok." Teguran Puan Kayla mengundang cebikan kecil Iris.
"Cubalah jadi macam abang kamu tu Iris. Sopan santun." Chop chop. Itu bukan suara Tan Sri Khalid. Itu suara orang yang angkat bakul sendiri.
Qaiseer yang baru muncul dengan beg pakaian Tan Sri Khalid dan Puan Sri Kayla tersenyum bongkak. Entah sejak bila perangai angkat bakul wujud dalam akal Qaiseer.
"Whatever. Geli Iris dengar. Jom Pa, Ma. Abang, angkat barang Mama and Papa hantar pergi bilik resort sebelah. Jangan nak curi tulang. Kerja kena jalan." Lagak bos dia memberi arahan kepada Qaiseer.
"Amboi kau. Apa ingat abang ni pekerja butik Iris?"
"Dah dah jangan bergaduh. Qaiseer anak mama, bolehkan tolong?" Bergaduh je kerja anak teruna dan dara dia ni. Kalau tak ditegah, memang makin melarat sampai raya haji.
"Boleh mama intan payung." Qaiseer sengih kerang segar dekat pasar.
"Mama, papa. Jom Ris nak bawa pergi tour dekat fashion show punya pentas." Lengan kedua-dua mereka ditarik untuk mengikuti langkahnya.
Pekerja-pekerja Iris, penghias-penghias pentas mula memberhentikan kerja mereka apabila melihat tiga batang tubuh yang sangat dikenali itu.
Zira mula mengorak langkah ke arah Iris.
"Selamat petang Cik Iris. Apa khabar Tan Sri, Puan Sri." Zira tunduk hormat. Bos mestilah kena hormat.
"Khabar baik, Zira. Kamu sihat?" Puan Kayla membalas senang. Tan Sri Khalid pula hanya mengangguk.
"Alhamdulillah sihat Puan Sri."
Iris di sebelah dah juling mata ke atas. Ya Ampun. Sungguh sopan santun Puan Kayla berbicara. Kalau dengan dia, nak terkeluar anak tekak Puan Kayla jerit membebel.
"Mama nampak kamu buat muka Iris. I'm not blind enough to not see it."
Tan Sri Khalid ketawa perlahan. Tu lah. Girlfriend dia ni ada mata depan belakang. Jangan buat main.
"Mana ada Iris buat apa." Iris garu kepala yang tidak gatal.
Tan Sri Khalid dan Puan Sri Kayla memandang hall lokasi fashion show tersebut. Sudah 70% siap. Lagipun hanya tinggal 2 hari lagi fashion show akan berlangsung. Sejujurnya, mereka sangat kagum. Tak sangka anak bongsu mereka yang manja sudah berjaya ke tahap ini. So, jangan pandang Iris Natasha sebelah mata kerana sesunguhnya anda akan tidak berkelip mata dan terbeliak mata apabila melihat kejayaan si diva abad ini.
"Ma, pa." Qaiseer menyertai mereka bertiga. Lengkap satu keluarga bahagia.
Dari jauh, ada sepasang mata yang memandang mereka dengan senyuman kecil.
Iris, sangat beruntung kerana dilahirkan dengan keluarga yang berada dan bahagia. Dia? Dia kaya. Tetapi kebahagiaannya hanya neneknya. Nenek yang selalu ada bersama dia. Menjaga dia. Dia cemburu. Keluarganya kucar kacir sejak dia lahir. Papa dan ibunya berkelahi sehingga papa menghembuskan nafas yang terakhir. Ibu pula mengikut kekasihnya berpindah ke Itali. Mengakibatkan dia dahaga akan kasih sayang yang sempurna dari mereka.
Tan Sri Khalid memandang seisi dewan. Mata coklatnya memanah ke arah seorang pemuda yang sedang menyapu sampah. Macam pernah nampak. Tapi di mana ya? Sangat familiar.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...