14 D U A M E T E R

26 4 3
                                    

"Betul ke Cik Iris bakal menamatkan zaman bujang Cik Iris pada hujung tahun ini?" Serbu wartawan itu ketika dilihat Iris yang keluar dari keretanya.

Iris terkejut. Siapa pulak yang bagitahu ni? Potong betullah.

"No comment." Balas Iris ringkas.

Wartawan di sekelilingnya membontoti langkah Iris yang laju. Tergesa-gesa dia berjalan dengan heels berincinya.

Rimas lah. Sudahla Malaysia ni panas. Boleh pulak wartawan ni dok berkepig-kepig dengannya.

Macam lain je bunyi.

Sewaktu melepasi sebuah kedai, tangannya disambar oleh seseorang dari belakang. Langkah Iris terhenti.

Baru sahaja mahu menampar gerangan yang berani betul memegang tangannya, Iris menghentikan perbuatannya apabila memandang figura tegap dan tinggi lampai itu.

Zahin di hadapannya. Tersenyum kecil.

"Eh, you." Iris menarik nafas lega.

Wartawan dan jurukamera di sekeliling mereka mula bising.

"Encik ni siapa?" Tanya seorang wartawan di situ.

"Saya bakal suami Iris Natasha." Situasi di situ semakin gawat apabila mendengar pengakuan Zahin.

"Encik, bila majlis akan berlangsung?"

"Inshaa allah dalam dua bulan yang akan datang. Doakan ye." Zahin hanya beriak biasa. Padahal Iris di sebelah sudah mencubit-cubit Zahin. Cari pasal betullah pergi bagitahu wartawan. Tiada privasi.

"Kitorang pergi dulu ye." Lengan Zahin ditarik menjauh dari wartawan yang bersesak-sesak. Rimas.

"Apasal you bagitahu diorang?" Selepas berjaya melepaskan diri, Zahin di bawa masuk ke dalam butiknya.

"Salah ke?" Tanya Zahin.

"I taknak diorang tahu. Nanti kecoh." Iris mengeluh.

"Oh kau taknak diorang tahu yang aku ni bakal suami kau la?" Suara Zahin seperti menjauh.

"Bukan macamtulah. I taknak nanti dekat majlis kita diorang buat kecoh."

"Alasan. Cakap jela taknak orang tahu kau tu bakal isteri aku." Gumam Zahin, perlahan.

"I dengar Zahin." Terjegil mata Iris. Ewah pandai-pandai je fitnah.

"Baguslah kalau dengar." Dia berjalan menghampiri meja kerja Iris.

Kemas. Itu apa yang dilihat olehnya selepas pertama kali memasuki bilik gadis itu.

Sofa berwarna cream dituju. Zahin melabuhkan punggungnya di situ dengan selesa.

"Macam mana you boleh ada dekat area sini?" Zahin yang memejamkan mata itu diperhati Iris. Pejam mata pun kacak. Sabarlah duhai hati. Lagi dua bulan je.

"Aku jumpa client tadi."

"Awalnya jumpa client." Kata Iris curiga.

"Kau tu yang datang kerja lambat."

"Client lelaki ke perempuan." Soalan cliche perempuan kalau dia cemburu.

"Lelaki la. Kau jealous ke sayang." Zahin ketawa perlahan. Mata masih dipejamkan.

"Yes, i jealous." Ujar Iris.

Terbuka mata Zahin. Okey kalau perempuan lain maybe diorang akan cakap yang diorang tak jealous pun. Tapi Iris memang jujur habis-habisan.

Diangkat kepalanya yang disandar di kepala sofa. Iris yang sibuk menulis sesuatu dipandang.

"Tak payah nak jealous sangatlah. Aku tak cari orang lain pun. Aku ada kau je sayang."

SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]Where stories live. Discover now