24 S O R R Y

26 3 0
                                    

Selepas sejam bertapa di dalam gym, dan kelenjar peluh telah merembeskan peluh semahu-mahunya, Zahin menutup treadmill itu. Puas. Hilang amarahnya.

Salah satu cara untuk hilangkan marahnya. Work out. Atau bersenam.
Sama, bukan? Abaikan semua orang.

Badan yang basah dengan peluh di lap. Melekit mak oi. Telinga yang bersangkut earbud ditanggalkan. Tiba-tiba perut rasa lapar. Iris dah masak ke?

Selepas sejam, baru dia teringat akan isteri dia semula. Dasar suami derhaka. Itulah terlalu mengikut habit waktu bujang, sampai bini pun boleh lupa dekat bawah. Timbul rasa bersalah namun demi ego, dia keraskan. Siapa suruh mengada sangat?

Pintu bilik gym dikuak. Terkejut Zahin sehingga terkebelakang tubuhnya. Mata disajikan dengan tubuh Iris yang duduk bersilang kaki sambil badan bersandar di dinding. Pasrah benar mukanya. Di sisi Iris, terdapat dulang yang diisi satu pinggan nasi goreng kampung, dan air kopi panas. Mungkin sudah tidak panas. Separa panas mungkin.

Iris mendongak. Senyuman kecil diberikan. Masih takut. Takut ditengking lagi. Dikuis jari-jemari perlahan sebelum dia bersuara.

"You, ni I buat sarapan." Perlahan sahaja suaranya.

Reaksi wajah Zahin mendatar.

"Aku tak lapar."

Balas Zahin mengundang keluhan di bibir Iris. Zahin masih marahkan dia.

"Penat I masak." Gumam Iris lagi. Namun sempat ditangkap di pendengaran Zahin.

"Kalau dah penat, tak payah masak. Aku kan beban. Pergi breakfast dengan nenek kau tu." Perlahan langkahnya di bawa melepasi Iris. Terkulat-kulat Iris di situ mendengar balasan suaminya. Salah lagi kah aku cakap?

"You, janganlah macamni. I nak say sorry." Lengan lelaki itu pantas ditarik. Tidak berniat mahu memanjangkan pergaduhan. Dia tidak suka. Tambah-tambah bergaduh dengan Zahin.

Tangan Iris ditepis Zahin. Tergamam Iris tidak kurang juga Zahin. Dia hanya mahu menepis perlahan, tetapi kelajuannya tidak dapat dikawal pula. Alamak.

Serentak dengan itu, air mata Iris jatuh laju. Tidak pernah orang berkasar sebegini dengannya. Dan dia tidak tahu mengapa ketika bersama Zahin, air matanya begitu murah untuk mengalir. Weak.

Melihatkan air mata yang mengalir sayu itu, Zahin terkaku.

Ha elok lah tergamam, terkaku, terkaki, terkedu, terkelu. Semua dia rasa.

Pantas Iris didekati.

"Sorry aku tak sengaja nak berkasar dengan kau." Pujuk Zahin pula. Tidak betah melihat air mata itu jatuh lagi, Iris ditarik ke dalam pelukan. Ha busuk pun busuklah. Halal kan aje.

Tersedu-sedu Iris di dalam pelukan itu. Takguna betul air mata ni. Juga takguna dengan Zahin yang menolak hidungnya kemek ke dada bidangnya itu. Nasib baik ketiak bau wangi. Mau tak dia smackdown lelaki itu.

"How dare you." Dada lelaki itu ditumbuk perlahan. Oksigen buk oksigen. Kemek hidung diva kita.

"I'm sorry sayang." Pujuk Zahin lagi. Lembut. Tidak berkasar seperti tadi.

Memang salahnya. Dia marahkan orang lain, Iris yang menjadi tempiasnya. Dasar tidak berguna kau Zahin.

"You buat lagi, malam ni you tidur luar." Dengan sedu-sedan yang masih bersisa, Iris mengugut dengan penuh kepayahan namun tampak bergaya gitu. Amaran!

Zahin ketawa.

"Iya cinta. Promise tak buat lagi. Abang taknak tidur luar." Tangan di angkat separas dada. Meyakinkan isteri divanya itu.

SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]Where stories live. Discover now