Tok tok tok.
"Come in."
"Kenapa Zira?" Zira dipandang sekilas sebelum Iris menyambung kembali lakarannya.
"Ada orang nak jumpa Cik Iris."
Kata-kata Zira mengundang kerutan di dahinya. Pensel diletakkan kembali ditempat asal.
"Siapa?" Rasanya dia tidak menanti kedatangan sesiapa.
Zira mengangkat bahu. Wajah itu tidak pernah dilihatnya. Mungkin saudara rapat Cik Iris.
"Suruh dia masuk."
"Baik Cik."
"Iris." Susuk tubuh seorang wanita yang amat dikenalinya itu muncul di hadapan muka pintu.
"Eh aunty!" Bergegas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Puan Syari. Tangan wanita itu disalam hormat.
"Duduk dulu aunty."
Sofa putih dihadapannya diduduki. Mata tidak lekang memerhati bilik kerja menantunya itu. Not bad.
Ketika masuk tadi pun, matanya terpesona dengan butik yang besar dan mewah itu. Jadi Iris juga wanita yang bekerjaya. Puan Syari tersenyum.
"Macam mana aunty tahu butik Iris dekat sini?" Hairan juga dia. Setahunya, dia tidak pernah memberitahu tempat kerjanya di sini.
"Asking from friend. Aunty tak sangka yang Iris hebat macamni."
Iris menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mana ada. Iris biasa je. Kenapa aunty datang? Ada hajat ke. Apa yang Iris boleh tolong?"
Serta-merta wajah Puan Syari berubah kelam. Jemari Iris diraihnya ke dalam genggaman.
"Tolong aunty."
"Tolong apa aunty?"
"Pujuk suami kamu. Terima aunty balik ke rumah tu semula." Wajah itu sedaya upaya disedihkan bagi meraih simpati. Dia tahu Iris sangat lembut hatinya. Senang percaya cakap orang. Senang dimanipulasi. Hati jahatnya tersenyum.
Iris kehilangan kata. Bukan dia tidak mahu pujuk, tetapi dia tahu sikap keras kepala suaminya. Masakan arwah Puan Zanirah dahulu begitu lama mahu mengambil hati Zahin, apatah lagi dia. Bukan tidak kesian dengan mak mentuanya.
"Tapi aunty..."
"Please.." rayunya lagi.
Lama mereka berpandangan sebelum Iris melepaskan nafas berat.
"Iris cuba."
"Terima kasih Iris."
"Zira harini i balik awal tau."
"Ada hal ke cik Iris."
Iris mengangguk. Takde hal pun. Tapi kalau nak pujuk suami, kena lah masak dulu.
Dia mahu singgah ke pasar sebentar dan baru pulang ke rumah. Semestinya mengambil masa yang agak lama. Jadi dia harus pulang awal.
"I balik dulu. Bye Zira."
"Bye Cik Iris."
Nasib baik harini jalan tak sesak sangat. Iris menghembus nafas lega. Barang basah juga kurang dikunjungi oleh pengunjung jadi dia boleh memilih dengan senang hatinya.
"Yang ni perlu ke tak eh?" Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak dilihat di skrin telefon. Almaklumlah dia baru sahaja belajar memasak. Nasib baik dia ada catat resepi yang arwah nenek bagi dulu. Bijak Iris.
"Natasha?" Suara garau seseorang menyapa.
Pantas Iris dongak apabila namanya dipanggil. Jarang-jarang orang nak panggil nama keduanya. Kalau bukan..
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romansa(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...