"Yaaasinn..." Seisi rumah banglo itu dirasakan suram. Bergema suara yang hadir ke majlis tahlil membacakan yasin untuk arwah Puan Zanirah.
Zahin sedari tadi tidak duduk diam menguruskan majlis tahlil untuk arwah neneknya. Kehulur-kehilir dia pergi sehingga Iris yang melihat risau jadinya.
Wajah itu hanya beku. Tiada reaksi. Bibir itu tersenyum hambar tatkala menghantar tetamu pulang.
"Takziah. Kuatkan diri kamu ye Im." Ahli surau yang datang memberikan kata-kata semangat.
"Terima kasih pak imam." Mereka bersalaman dan sedikit demi sedikit tetamu mula pulang.
"Mama balik dulu ye. Esok mama datang balik." Puan Kayla bersuara. Iris cium tangan Puan Kayla dan mengangguk perlahan.
"Papa balik dulu. Takziah Im." Tan Sri Khalid memeluk menantu lelakinya bertujuan untuk memberi kekuatan. Satu-satunya insan yang rapat dengan Zahin sudah pergi menghadap illahi. Sudah pasti lelaki itu sangat sedih walaupun riak wajahnya tidak begitu.
"Terima kasih papa sebab datang."
Pulang sahaja keluarga Iris, Iris dan Zahin mendaki tangga ke tingkat atas. Penat. Itu yang dirasakan mereka sekarang.
"Sayang tidur dulu. Abang nak mandi kejap. Badan abang melekit dah ni."
Pantas tubuh Zahin ditarik merapat. Tersentak Zahin tatkala tubuhnya dipeluk erat oleh Iris.
"Sayang kenapa ni?"
"Takde apa. Nak peluk je." Wajah didongak memandang suaminya. Risau. Itu yang dia rasakan sekarang. Lagi risau apabila lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan perasaannya.
Zahin tersenyum. Pelukan dibalas kembali.
"Dah pergi tidur. Dah lewat ni."
Iris mengangguk.
Pukul 2 pagi, Iris meraba bahagian di sebelahnya. Tempat itu serasa kosong. Iris bingkas bangun. Mana perginya Zahin?
Pantas bilik air dibuka. Kosong.
Dia turun ke ruang tamu dan dapur. Kosong juga. Tiada kelibat lelaki itu. Hati mula berdetik risau. Pergi mana sampai 2 pagi hilang begini. Dengan keadaan suaminya begitu, dia mula berfikiran yang bukan-bukan. Pantas kaki mendaki tangga ke tingkat atas semula.
Matanya pantas menangkap bilik Puan Zanirah yang pintunya tidak bertutup rapat. Zahin di situkah?
Buka sahaja pintu, Iris menyalakan lampu bilik tersebut. Terang-benderang dia dapat lihat Zahin yang menekup wajah di sebalik lututnya yang dirapatkan ke dada. Lelaki itu duduk di penjuru dinding bilik Puan Zanirah.
"Abang.." Iris menghampiri.
Bahu lelaki itu dipegang perlahan. Dia melabuhkan duduk di sebelah suaminya.
"Abang okey? Kenapa tak tidur lagi ni?"
Zahin mengangkat kepala. Wajahnya yang sedikit lesu itu memandang Iris di sebelah.
"Abang... rindu nenek." Setitik air mata jernih jatuh ke pipi lelaki itu.
Bergenang air mata Iris. Sedikit hati kecilnya rasa lega. Dari petang tadi Zahin tidak sedikit pun menangis. Dia risau. Sekarang, lelaki itu sudah mula mahu melepaskan beban di dada.
Pantas tubuh lelaki itu dibawa ke dalam pelukan. Diusap perlahan-lahan bahu itu bertujuan menenangkan Zahin.
"Abang takut." Tersedu-sedu Zahin meluahkan rasa.
Kenapa begitu cepat nenek pergi meninggalkan dia? Dia tidak sempat mahu mengucapkan selamat tinggal. Memikirkan empat hari lepas merupakan panggilan terakhir dari neneknya, dia rasa sangat menyesal.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...