Pintu bilik kayu dibuka dari luar. Melihatkan Zahin yang hanya bertuala separas pinggang dan tubuh lelaki itu sedikit basah, tahulah dia suaminya sudah mandi. Bibir mengoyak senyuman nakal.
"Annyeonghasayang!" Sergah Iris dari belakang. Terlompat Zahin apabila disergah sedemikian rupa.
"Kau ni kan. Nasib baik tuala aku tak terlompat sekali. Kang dapat tayangan free. Live lagi." Kepala Iris ditolak perlahan. Sengal punya isteri. Nakal betul. Siap bersayang bagai. Cuma yang annion annion dekat depan tu dia tak faham maksud apa. Mungkin maksudnya Zahin handsome. Nanti dia google.
Iris ketawa suka. Sumpah la kelakar muka Zahin tadi. Hilang terus handsome. Diganti dengan kekacakan. Eh?
"Maksu panggil turun makan." Itu tujuan dia menjenguk suaminya itu tadi. Untung-untung dapat tayangan free. Rezeki depan mata. Nasib baik dia tidak cukup gatal untuk menerkam suami sendiri.
"Boleh. But before that, ambilkan baju and seluar kejap." Rambut disisir rapi di hadapan cermin sambil bibir mengarahkan isteri. Seronok ada isteri ni. Boleh buli sesuka hati.
"You ada tangan kan? Ambillah sendiri."
"Nak jadi isteri derhaka ke. Aku okey je." Tubuh di hala ke arah almari pakaian. Provok sikit.
Terus pantas Iris menghalang langkah Zahin. Taknak jadi isteri derhaka. Nanti tak dapat bau syurga.
Iris menggeleng perlahan. Terus kakinya laju dihala ke arah almari. Pakaian yang sudah digantung berpasangan itu disua ke arah Zahin.
Namun huluran itu tidak disambut.
"Pakaikan." Zahin tersenyum nakal.
Tanpa banyak cakap, terus dia menarik tubuh Zahin mendekat. Haruman dari tubuh lelaki itu menyesakkan dada Iris. Zahin ni suka goda dia lebih-lebih. Baru dua hari jadi isteri, dia dah tak sanggup.
Ketika begitu asyik memakaikan baju kepada si Zahin yang mengada, Iris tidak sedar yang langkahnya semakin kebelakang. Sehingga belakang tubuhnya berlanggar dengan pintu almari. Zahin mendekat. Tubuhnya dijatuhkan sedikit memandang si isteri yang sudah menunduk.
Selalu Iris yang menggodanya. Hari ini, biar dia pula. Kau goda aku kan, sekarang biar aku goda kau pula. Tawa Zahin di dalam hati.
Cuping telinga Iris didekati. Deruan nafas hangat Zahin di cuping telinga itu menegakkan bulu roma Iris. Geli dan takut bercampur.
Iris pantas mengecilkan tubuh tatkala Zahin semakin mendekat.
"You kenapa ni?" Ditolak kuat dada bidang Zahin namun sedikit pun tidak berganjak. Dasar kebal.
"Thank you sayang." Suara garau Zahin menerpa cuping telinga Iris. Terkaku apabila mendengar suara husky tersebut.
Tergoda?
Ya.
Cair?
Sangat!
Tubuhnya yang mahu melorot jatuh itu dipegang Zahin.
"Melt, huh?" Zahin smirk.
Iris rasa tercabar. Terus ditegakkan tubuh. Leher suaminya itu dipaut erat. Mari kita beraksi pula.
"Yes. Your voice, really make my heart beat faster. I like it." Iris makin merapatkan jarak di antara mereka. Pandangan mata bersabung. Sedikit pun tidak berkelip.
Halkum Zahin bergerak tenggelam timbul. Seperti terkena renjatan elektrik tatkala Iris memaut lehernya erat.
Iris ketawa perlahan. Melihat Zahin yang tertelan air liur, dia bersorak menang. Tahu lelaki tersebut tergoda dengan perlakuannya. Sekarang mari leraikan.
YOU ARE READING
SURI HATI MR. HEARTLESS [EDITING]
Romance(Slow update) Tirai diselak kasar. "GOOD MORNING WORLD!" Iris Natasha. Miss terpaling diva abad ini. Setiap lenggok tubuhnya menjadi igauan. Pakaian? Aksesori? Kereta? Rumah? Semuanya melambangkan kemewahan. Kata orang, Iris punya segalanya. "I w...